Belian Terus Emas (Online)
Emellia Maskor
June 25, 2015
Sebelum Kaedah GAP diperkenalkan pada tahun 2014, pembelian emas
Public Gold adalah melalui belian terus di website secara online 24 jam
sehari, 7 kali seminggu.
Semudah ‘Klik-klik-klik’ sahaja.
Pembeli
emas Public Gold boleh mendapatkan harga yang ‘dikehendaki’ dengan
memantau sendiri pergerakan harga emas tanpa terlalu bergantung pada
Dealer.
Mengikut pengalaman saya, harga emas biasanya
aktif pada waktu malam kerana urusniaganya adalah mengikut waktu New
York, US. Harga emas mungkin mencanak naik atau jatuh menjunam pada
waktu malam dan lebih stabil pada waktu sebelah pagi waktu Malaysia
kerana urusniaga di New York baru sahaja tamat pada waktu tersebut
(Perbezaan 12 – 13 jam antara waktu New York, US dan Kuala Lumpur,
Malaysia).
Saya kongsikan empat (4) langkah
mudah untuk beli emas Public Gold sebagai rujukan anda untuk lock harga
sendiri lebih-lebih lagi ketika harga tengah ‘cun’!
Langkah #1 : Daftar di Website Public Gold
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Selesaikan Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas di cawangan terdekat
**********************************************************************
Langkah #1 : Daftar di Website Public Gold
 |
Skrin #2: Klik butang ‘Register’ |
 |
Skrin #3: Klik ‘Ok’ |
|
|
 |
Skrin #4: Isi maklumat peribadi anda & PG code Introducer/Dealer yang anda percaya |
|
|
|
- Letakkan maklumat berkaitan DEALER yang anda percaya sebagai introducer
anda. Ini amat penting kerana Dealer itu nanti akan bantu anda follow-up
dengan PG jika diperlukan.
- Tambahan lagi, anda akan dapat tips-tips dan bimbingan dari DEALER secara percuma.
- Jika anda inginkan saya sebagai DEALER anda, letakkan nama ‘EMELLIA
BINTI MASKOR’, ‘PG code 041139’ dan lepas tu tekan butang ‘Check
Introducer’. Pastikan nama saya yang tertera di situ.
- Sekadar peringatan penting, Dealer ini tidak dapat
ditukar ganti, jadi pastikan anda pilih Dealer yang bertanggungjawab dan
dapat membimbing anda dengan betul.
-
 |
Skrin #5: Tick ‘I am Human’ dan terus tekan butang ‘SUBMIT’ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
Skrin #6: Buka email anda, dan klik “activation link”.
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Skrin#8: Masukkan Temp Username dan Password yang dihantar ke email anda. Tick “I am human”.
Skrin #9: Klik Order dan Place Order
Skrin #10: a)Biarkan ‘Use storage service’ kosong;
b) Pilih cawangan berdekatan yang mana anda akan pergi ambil item tersebut
Skrin
#11: Pilih jenis item yang anda nak beli sama ada ‘Gold’, ‘Silver’ atau
‘Accessories’. Satu senarai panjang akan tertera dan jika anda mahu
beli 1Dinar, sila isikan kuantiti yang anda ingin beli. Di skrin ini
anda dapat lihat Harga Terkini item + Gold Premium dan jumlah yang perlu
anda bayar. Kemudian tekan butang ‘Next’.
Skrin #12: Jika anda berada di skrin
#11 lebih dari 20minit, 1 mesej skrin yang memberitahu harga terkini
telah dikemaskini dan harga yang baru akan tertera. Jika kuantiti item
yang anda pilih telah menjadi ‘0’ semula, JANGAN PANIK. Ulang langkah di Skrin #10 dan Skrin #11 semula.
Skrin
#13: Di skrin ‘Step 2’, pilih ‘Order for Myself’. Maklumat lain akan
tertera secara automatik apabila PG code yang betul dipilih.
Di
bahagian ‘Remarks on Order’, saya hanya beri ‘pre-alert’ message kepada
cawangan PG Sunway secara formal. Tapi saya tetap akan TELEFON mereka
sekurang-kurangnya 1 hari sebelum hari yang saya nak datang ambil.
Jika
anda lantik saya sebagai Introducer anda, saya boleh tolong orderkan
bagi pihak anda; dan saya akan pilih “Third Party’. Tapi, anda juga yang
akan pergi ambil item itu sendiri di cawangan yang anda pilih awal tadi
selepas anda selesaikan bayaran.
Skrin #14.1: Kesemua produk LBMA tiada caj GST.
Skrin#14.2: SEBELUM tekan butang
‘Submit Order’, sila semak kesemua maklumat yang anda masukkan tadi
adalah BETUL. Ini melancarkan proses seterusnya. Jika ada kesilapan pada
mana-mana maklumat, anda boleh tekan ‘Cancel Order’.
Langkah #3 : Selesaikan Bayaran
Langkah 3.1: Tunggu Sales Order
a) Lepas klik “Submit Order” di Skrin #14.2, sistem web Public Gold akan emailkan Booking Order (BO) on-the-spot.
b) Anda dah boleh buat bayaran terus berdasarkan Booking Order tu atau tunggu sehingga anda terima email Sales Order (SO)
seperti di bawah.
Skrin
#15.1: Maklumat terpenting ialah no. Booking Order CSO133281 dan A/C
Code PG002369(Kod Dealer/ Kod Customer PG) untuk rujukan.
Skrin 15.2: Ini pula adalah Sales Order yang merujuk kepada pembelian yang sama.
c) Kalau tak terima SO dalam masa 2 hari, bagi tahu
dealer untuk dia follow-up dengan Public Gold.
d)
Bila dah terima SO, semak dan pastikan maklumat tepat sebelum buat
bayaran. Kalau berlaku kesilapan dalam SO tu, bagi tahu dealer untuk
minta Public Gold buat pembetulan.
Langkah #3.2: Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran
a) Bila sudah dapat SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa 1 hari bekerja (atau selewatnya 4 hari).
b) Pastikan anda simpan bank-in slip / bukti bayaran ORIGINAL
baik-baik. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti
bayaran original. Ini penting.

Skrin #16: Contoh Slip Bayaran: Bayaran ini saya jelaskan sebaik sahaja dapat Booking Order CSO133281 melalui Maybank2U.
Nota Penting:
a) Cara
terbaik buat pembayaran melalui Maybank2u (limit harian RM10,000, kalau
RM15,000 kena buat 2 kali bayaran), ataupun bank-in di kaunter kalau
amaun melebihi RM10,000.
b) JANGAN buat bayaran melalui Cash Deposit Machine. Ia
sangat berisiko sebab kalau tiba-tiba Cash Deposit Machine (1) error
masa anda sedang masukkan duit, atapun (2) tak dapat keluarkan resit,
anda tak ada bukti yang anda telahpun buat bayaran.
c) Lepas buat bayaran, terus emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my untuk
mereka sahkan yang anda telahpun buat bayaran. Kalau bayaran tak
diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), anda boleh dikenakan
penalti ataupun nama di blacklist. Anda dinasihati agar lakukan
pembayaran secepat yang mungkin.
Langkah #4 : Ambil Emas di cawangan terdekat
a) Tempoh 2 bulan diberikan kepada anda untuk mengambil barang di cawangan yang anda telah pilih.
b) Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan upah simpanan 1.0% setahun.
c) Jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Sales Order ketika hendak datang ke cawangan.
d) Anda dinasihatkan untuk telefon dulu cawangan Public Gold tersebut.
–
Berikan no.
Sales Order untuk mereka semak samada sudah boleh ambil atau belum.
Kadang-kadang ada kelewatan ATAS FAKTOR LOGISTIK, jadi anda dinasihatkan
untuk telefon sekurang-kurangnya 3 hari sebelum nak datang ambil item.
–
Ataupun, sudah ramai pelanggan lain yang buat temujanji untuk ambil
item mereka pada tarikh yang sama. Jadi jika anda sudah ‘pre-alert’
staf, mereka boleh siapkan item anda awal lagi dan anda tak perlu
menunggu lama.
Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer) anda. InsyaAllah, dia akan bantu.
Itu sahaja 4 langkah lock dan beli emas
Public Gold tanpa menunggu Dealer. Mudah kan?
Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam
|