Barang kemas kurang sesuai untuk tujuan pelaburan

Geram rasanya bila tengok
barang-barang kemas yang berkilauan kat kedai emas. Zaman datuk nenek kita
dulu, mereka simpan barang kemas sebagai harta yang boleh dijual bila-bila masa
waktu terdesak. Sama ada untuk 1) membiayai pelajaran anak-anak atau 2) untuk
menunaikan haji. Mereka anggap barang kemas amat berbaloi untuk dijual atau
digadai untuk dua tujuan di atas. 

 
Tapi kita kena fahamkan berbezaan
antara barang kemas dan emas pelaburan. Barang kemas biasanya ada nilai
sentimental tersendiri seperti cincin merisik, cincin bertunang ataupun rantai
kahwin dan pemilik biasanya beli barang kemas sebab ianya cantik dipandang dan
diperagakan. Jadi rasa ‘sayang’ kepada barang kemas lebih mendalam. Pemilik biasanya akan fikir betul-betul sebelum menjual sebab emosinya sudah sebati dengan emas-emas perhiasan tersebut.

Dari aspek pelaburan, hanya emas dalam bentuk syiling ataupun jongkong sahaja yang sesuai
untuk pelaburan. Matlamat pembelian emas pelaburan adalah untung dan bukan
cantik semata-mata.

Barang kemas tidak sesuai dijadikan
atas beberapa faktor berikut:

Sebab #1: Manipulasi harga emas melalui kos upah (workmanship)

Barang kemas sama ada yang padu atau
kosong, tetap ada upah tukang (workmanship) yang boleh dimanipulasi oleh kedai
emas demi keuntungan masing-masing. Ketika harga emas jatuh, mereka boleh
menaikkan upah tukang dan ketika harga emas melambung, mereka boleh menurunkan
upah tukang. Jika diperhatikan, harga barang kemas tak banyak berubah sama ada
ketika harga emas merudum mahupun harga melambung sebab kos upah dapat menyerap
jurang perbezaan harga ini. Disebabkan emas bukan barang kawalan harga, turun naik harga emas di kedai-kedai ini tertakluk pada harga yang ditetapkan persatuan selain daripada margin keuntungan yang ditetapkan oleh pekedai emas.

Sebab #2: Harga lebih mahal berbanding Emas Pelaburan

Harga barang kemas lebih tinggi
berbanding emas pelaburan sebab harganya mengikut persatuan pekedai emas i.e.
Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM).
Ketika
artikel ini
ditulis, harga emas 916 di kedai-kedai emas sekitar RM190 segram dan di
Public
Gold harganya cuma sekitar RM170 segram. Perbezaan harga adalah sekitar
RM20 per gram dan harga di kedai-kedai emas TIDAK termasuk kos upah
seperti yang diterangkan di atas yer.

Sebab #3: Susut nilai tinggi

Baru-baru ni saya tanya berapa
tolakan yang kedai emas terkenal ni akan kenakan jika saya jual semula seutas rantai tangan. Pekerja tu cakap ‘20%’. Banyak tu. Berbanding emas Public Gold yang
memang dikeluarkan khas untuk pelaburan, susut nilainya jauh lebih rendah.
Untuk jongkong emas & dinar , susut nilai tertinggi hanyalah 8% iaitu untuk
jongkong 1gram hingga 10gram dan untuk Dinar susut nilat 8% untuk ½ Dinar dan 1
Dinar.
Sebab #4:Pergerakan harga perlahan
Pergerakan harga emas Public Gold sangat
aktif iaitu harga berubah setiap 20minit mengikut pergerakan harga emas dunia. Kita
boleh rujuk www.kitco.com atau website www.publicgold.com.my untuk semak harga
terkini setiap item. Berbanding harga barang kemas di kedai-kedai emas,
harganya agak pegun walaupun harga emas menjunam sebab pekedai-pekedai lambat
semak harga tapi jika harga emas naik, harga barang kemas dengan pantas terus
melonjak.
Bagi saya, barang kemas hanya sesuai
dibeli untuk perhiasan dan tanda kenangan tertentu yang mempunyai nilai
sentimental yang tinggi kepada pemilik. Biasanya pemilik akan berfikir lebih
daripada sekali untuk pajak atau jual semula barang kemas walaupun keadaan agak
mendesak untuk cairkan kepada tunai. Berbeza dengan jongkong & dinar,
pemilik biasanya tak teragak-agak untuk cairkan sebab memang jongkong &
dinar emas adalah wang sebenar!

Di Public Gold, ada program yang dikenali sebagai X-plan iaitu menukar emas sebarang jenama & barang kemas khususnya kepada produk-produk Public Gold. Hanya perlu bawa barang kemas ke cawangan Public Gold terdekat tak kira sama ada emas tersebut bengkok, patah ataupun kemek. Staff akan buat ujian ketulenan dan jika ianya tulen, Public Gold akan beli mengikut harga emas D-series yang tertera di website Public Gold. 
  

Jika berminat untuk alihkan wang kertas anda kepada wang sebenar, jangan lengah hubungi saya.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *