Jimat RM2, Rugi 1gram


Banyak kali saya jumpa orang baru yang berkobar-kobar nak beli emas tapi masih ragu-ragu nak buat belian pertama. Ada yang dah bertanya berapa harga segram emas pada hari tersebut tapi masih mahu menunggu dan mengharap harga emas akan turun lagi sekurang-kurangnya RM1 @ RM2 keesokannya. Dengan harga emas di website Public Gold dikemaskini setiap 20minit, harga emas memang bergerak sangat laju walaupun ada masanya harga kelihatan pegun terutamanya Sabtu & Ahad. Jadi kita tak boleh pastikan yang harga emas pasti jatuh esoknya dan baru nak buat belian.

Tahun lepas ada seorang kawan lama saya beritahu dia nak beli emas dan bertanyakan harga terkini emas.  Pada hari tersebut, harga emas sekitar RM170-175 dan minta saya beritahu dia jika harga emas turun dibawah RM170/g. Selang beberapa hari, memang harga turun kepada RM168/g dan saya hubungi dia semula sekadar nak maklumkan harga terkini. Saya ajak dia beli sekurang-kurangnya 1gram dulu supaya mudah faham cara belian Kaedah GAP. Malangnya duit yang sudah diasingkan untuk beli emas sebelum ini sudah dibelanjakan kepada barang-barang kehendak. Tambahan pula ketika itu ada jualan murah sempena hujung tahun (Year End Sales). Oh!

Poin penting:

1) Beli emas sekurang-kurangnya 1gram sebaik sahaja ada duit seperti dapat gaji, dapat bonus ataupun pendapatan tambahan yang tak dijangka seperti cabutan bertuah atau menang pertandingan. Lepas tu, kalau nak reward diri dengan duit tu, terpulanglah cuma seeloknya jangan sampai bersaudara dengan Mr S.

2) Semak harga emas ketika hanya nak beli atau jual emas. Ini penting supaya emosi kita tak terganggu dengan turun atau naik harga sebaik sahaja beli ataupun jual emas tersebut.

3) Jadikan emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Apa yang dah terkumpul itulah aset kita yang boleh ditukar kepada tunai jika betul-betul terdesak.

4) Semak jumlah emas yang terkumpul setahun sekali sahaja ketika nak keluarkan zakat jika dah cukup nisabnya.

Untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan emas, dia masih risau
jika terpaksa bayar lebih RM2 untuk 1gram. Tapi orang yang ada ilmu
tentang emas, dia tak fikir sangat tentang harga emas asalkan berjaya
tambahkan simpanan emas dia. Dia lebih rela keluarkan bajet lebih RM2
berbanding kehilangan 1gram emas yang tak mustahil bernilai RM500/g pada
masa depan.
 

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *