Anak Emas Dapat Hadiah Emas

Kadang-kadang kita buntu nak cari hadiah yang sesuai untuk orang lain. Kita tak pasti sama ada dia suka atau tidak dengan hadiah yang bakal kita berikan. Tambahan pula kalau hadiah atau cenderamata/cenderahati yang bakal dibeli itu mewakili organisasi atau kumpulan professional tertentu. Jika bagi item A, takut dikatakan murah sangat. Kalau bagi item B, terlebih bajet pulak. Ataupun kalau berlainan peringkat umur, kita tak pasti sama ada pemberian item tersebut atau tidak untuk dijadikan hadiah kepada si penerima. Kalau ada beberapa item cadangan untuk dibeli pun, kadang-kadang payah nak dapatkan kata putus daripada jemaah.

Hadiah Perkahwinan
Beberapa tahun lepas seorang rakan sepejabat mendirikan rumahtangga. Kami seramai kira-kira 20 orang melapor tugas di bawah satu Pengurus yang sama dan bercadang untuk ‘tong-tong’ duit dan belikan hadiah yang sesuai kepada bakal pengantin. Jumlah terkumpul dalam RM450. Selesai aktiviti kumpul duit, kami kena fikir pula hadiah apa yang agak-agak berbaloi untuk diberikan kepada rakan sepejabat ni. Sampai ke hari majlis pun, kami belum ada kata putus nak beli apa. Ada yang cadangkan beri saja Voucher beli-belah dan terpulang kepada pengantin baru mahu beli apa. Ada yang cadangkan set pinggan mangkuk & tak kurang juga cadangkan beri barangan elektrik. Akhirnya kami belikan set Tupperware termasuk bekas beras sebagai hadiah. Lega!

Mujur saya belum celik emas ketika itu. Kalau tidak, pasti saya usulkan 1/2 Dinar sebagai hadiah. Walaupun emas tersebut ‘tidak berguna’ dalam urusan harian rumah tangga, tapi sekeping dinar itulah jadi pemangkin untuk keluarga kecil itu mengurus kewangan bersama. Lagipun memang fitrah manusia akan simpan emas betul-betul di tempat yang tiada sesiapa pun tahu.

Hadiah Kecemerlangan
Bagi anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan, ada baiknya ibu bapa berikan mereka hadiah dalam bentuk emas berbanding wang ringgit. Masa saya sekolah dulu, biasanya apabila peperiksaan besar seperti UPSR & PMR, ada rakan-rakan yang berkongsi cerita mereka bakal mendapat habuan yang lumayan berdasarkan bilangan A yang mereka dapat dalam peperiksaan besar. Ingat lagi dulu, ada rakan sekolah yang dapat RM100 bagi setiap A yang dia dapat untuk keputusan UPSR. Jika cemerlang dan berjaya dapat 4A, maknanya RM400 dalam genggaman. Fuh! Nilai RM400 20tahun dulu sangat lumayan, tambahan lagi bagi kanak-kanak di awal usia remaja. Kalau zaman sekarang, mungkin ibu bapa yang ada kesedaran menyimpan emas sanggup tawarkan ganjaran 1gram emas bagi setiap A yang anak-anak bakal perolehi. Maknanya jika berjaya dapat 4A untuk UPSR, 4gram emas menanti mereka atau pun berikan sahaja 1Dinar berbanding ganjaran wang tunai. Kita boleh perhatikan, kalau berikan wang tunai sangat tinggi potensi duit itu akan dibelanjakan dan habis sekelip mata. Jika dibelikan mainan sekalipun, tetap berakhir dengan sia-sia, sama ada mainan itu rosak dan dibuang. Ataupun mainan itu terbiar sahaja bila dah jemu bermain.

Anak-anak Suka Emas
Beberapa bulan lepas, saya berpeluang untuk buka booth di sebuah sekolah rendah. Selain ibu bapa, anak-anak yang masih bawah umur ni nampaknya sangat tertarik dengan beberapa item emas fizikal yang dipamerkan. Ada yang becok bertanya ‘apa benda ni?’, ‘nak buat apa dengan benda ni?’ dan macam-macam soalan lagi. Yang pasti mereka sangat tertarik dengan design 0.5gram & 1gram yang ada di booth ketika itu. Salah satunya 0.5gram tema Aidilfitri 1437H. Saya tanyakan mereka “duit raya ada lagi tak?” Ada yang jawab ‘sudah habis’, ada yang jawab ‘mak simpankan’ dan ada yang jawab ‘dah masuk dalam Tabung Haji’. Sungguh jujur jawapan mereka. Sebelum mereka beredar, saya sempat pesan supaya rajin menabung dan jangan boros.

Melihat sikap anak-anak ini, memang tak dapat dinafikan yang semua peringkat umur sukakan emas. Jika ibu bapa menabung emas untuk mereka, sekurang-kurangnya ianya boleh dijadikan harta untuk anak-anak ini nanti. Sampai masa nanti anak-anak ini perlukan duit, tak perlu peningkan kepala kat mana nak dapatkan duit. Jualkan sahaja emas itu, tanpa perlu berhutang dengan sesiapa pun.

Jadi rasanya ibu bapa sekarang tak perlu risau untuk fikirkan hadiah yang sesuai untuk anak-anak. Apa juga pencapaian mereka, boleh pertimbangan untuk beli sekurang-kurangnya 1gram emas jika kena dengan bajetnya. Kalau tak nak simpan sendiri kepingan 1gram itu, beli sahaja cara GAP yang lebih convenient. Anak-anak pasti akan sangat menghargainya satu masa nanti walaupun mungkin hari ni mereka bertanya ‘buat apa beli emas?’

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *