2 TEKNIK KUMPUL EMAS DENGAN PANTAS

Semalam dalam seminar emas pertama saya di Public Gold Sunway, saya kongsikan cara-cara nak mulakan simpanan emas dengan betul. Salah satunya ialah kita mesti letakkan matlamat menyimpan emas dan jumlah GRAM yang mahu dikumpul. Ada penyimpan emas di bawah bimbingan saya yang menyimpan emas dengan konsisten pada permulaannya. Lepas itu dia rasa kurang bermotivasi untuk terus menyimpan sebab dia tak ada target tertentu untuk menyimpan jumlah yang khusus. Walaupun dia sudah tahu kepentingan simpan emas, tapi dia perlukan satu matlamat khas supaya simpanan emasnya sentiasa bertambah.

Jadi saya kongsikan ilmu daripada Mahaguru Emas Malaysia iaitu Tuan Syukor Hashim tentang dua (2) teknik yang mengumpul emas dengan pantas.

Teknik 1: Teknik Kejar Goldbar 5 gram

Teknik ini lebih kepada ‘memaksa’ diri menyimpan emas di dalam mod “pantas”. Cara-caranya:

i) Buka Akaun GAP at least 1gram.
– Hanya dengan akaun GAP kita boleh beli emas 1gram dengan harga MURAH.

ii) FOKUS untuk top-up akaun GAP sebanyak 6gram (yer 6gram) secepat mungkin
TANPA TERPENGARUH dengan harga emas semasa

iii) Lepas cukup 6gram, kita boleh keluarkan goldbar 5gram daripada akaun GAP
– baki 1gram mesti ditinggalkan dalam akaun supaya kekal aktif.

iv) Call mana-mana ofis Public Gold dan beritahu staff yang kita nak keluarkan Goldbar 5gram.

v) Kemudian, goldbar 5gram itu kita simpan dalam wallet/purse macam dalam gambar.

Best wooo…kita ada duit RM1000 tapi kita tak rasa nak perabiskan duit tu pun.

Bak kata guru-guru emas saya #buatdulufahamkemudian.

 

Soalan: Kalau tak minat goldbar 5gram, nak keluarkan 1 dinar boleh tak?

Jawapan: Mestilah BOLEH! 1 Dinar 4.25gram je.

Next?

Gunakan cara yang sama (kumpul & kejar gram) untuk goldbar dan dinar yang lebih BERAT.

Teknik kedua yang diperturunkan oleh Mahaguru Emas Malaysia, Mahaguru Syukor Hashim ialah

Teknik “Simpan 1 gram emas setiap bulan”.

 

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pasang niat yang jelas. Anda niatkan simpan emas 1 gram sebulan sebagai ‘forgotten saving’ (simpanan untuk dilupakan). Gunakan kemudahan Akaun Emas GAP untuk membuat simpanan emas
  2. Setiap kali dapat gaji, maka anda terus beli 1 gram emas. Tak perlu tengok harga. Beli 1 gram dan lupakan.
  1. Sekiranya budget anda agak ketat pada bulan, ikhtiarkan juga simpan 1 gram bulan itu. Jangan berhenti walaupun ada masalah. Fikir dan cari jalan keluar. Kalau ada barang tak pakai di rumah, JUAL untuk dapatkan tunai dan tukarkan tunai tersebut kepada emas.
  1. Kalau ada rezeki lebih seperti bonus, BRIM atau elaun, anda boleh beli lebih gram. Tips! Seelok-eloknya 50% daripada duit durian runtuh anda gunakan untuk membeli emas.
  1. Jika anda berminat untuk melihat hasil simpanan emas ini, anda boleh keluarkan emas fizikal daripada Akaun Emas GAP anda dan simpan sendiri.

p/s: Kalau Teknik 1 kita keluarkan 5gram goldbar selepas ada 6 gram dalam Akaun Emas GAP, Teknik 2 ini kita TETAPKAN MATLAMAT untuk keluarkan goldbar yang lebih 10gram @ 20gram dan seterusnya ATAUPUN 5 Dinar (21.25gram) dan 10 Dinar (42.5gram).

Saya percaya kedua-dua teknik ini adalah teknik yang praktikal untuk semua orang, tanpa mengira ketebalan poket masing-masing. Sesiapa yang poketnya tebal sudah tentu tak ada masalah untuk beli dan simpan goldbar dan dinar yang berat. Cuma bagi sesiapa yang poketnya biasa-biasa sahaja, kedua-dua teknik mampu dilakukan asalkan dia konsisten dan sanggup buat.

Sesiapa nak mula simpan dengan teknik pantas ni, Call/WA saya supaya mudah saya bantu.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *