EMAS BERDIRI DENGAN SENDIRI SEBAGAI “WANG”

Goldbar 0.5gram yang cantik untuk dijadikan hadiah

“Emas Public Gold ni laku ke kalau jual balik?” Bagi yang belum faham tentang emas pelaburan seperti dinar dan goldbar, mereka akan sangsi dengan kedua-dua item ini. Itu perkara biasa sebab selama ini, mereka cuma nampak emas ialah barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin. Emas perhiasan inilah yang nenek dan mak-mak kita pakai. Bila nak pakai duit, barang kemas inilah yang mereka akan jual atau gadaikan.
Apabila ilmu emas pelaburan mula berkembang di Malaysia melalui tulisan Mahaguru Syukor Hashim di blog www.jutawanemas.com, barulah kita tahu yang keuntungan maksimum simpanan dan pelaburan emas ialah dengan menyimpan dinar dan goldbar. Antara sebab utama dinar dan goldbar lebih baik dijadikan simpanan ialah:
1) Jimat upah tukang yang biasanya dikenakan ke atas barang kemas.
Upah tukang ini bergantung kepada kerumitan corak yang dihasilkan dan ianya boleh dimanipulasi selari dengan turun naik harga emas.
2) Bentuk dinar dan goldbar yang memang direka untuk mudah simpan dan disorokkan.

Sejarah Telah Buktikan

Cerita pasal emas mudah disorok, saya teringat kisah pelarian Vietnam pada zaman perang antara Vietnam dan Amerika dulu. Pelarian Vietnam ini bukan lari sehelai sepinggang tetapi mereka bawa kepingan emas yang nipis, yang boleh disorok dalam jahitan baju. Sekali pandang, memang tak ada sesiapa pun yang tahu ada kepingan emas (Kim Thant) bersama-sama mereka pada waktu itu. Diceritakan yang pelarian Vietnam ini menggunting kepingan emas Kim Thant tersebut untuk membeli makanan di Kuala Kemaman. Kalau mereka bawa duit Vietnam, sudah pasti duit tersebut tak laku lagi. Ini juga satu contoh yang emas laku di mana-mana saja asalkan ianya emas tulen.
Emas daripada negara bergolak masih diterima di tempat lain berbanding wang kertas yang terus hilang nilai akibat ketidaktentuan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Menurut tulisan Tuan Azizi Ali dalam buku Masa Untuk Emas, emas fizikal adalah aset yang berdiri dengan sendirinya tanpa jaminan kerajaan. Penerimaan emas sebagai barang berharga bergantung kepada berat dan ketulenannya sahaja. Emas tak perlukan dokumen sokongan seperti geran dan cukai.

Emas Public Gold Diakui Dunia

Bagi emas keluaran Public Gold, ianya mempunyai sijil perakuan ketulenan dan bermutu tinggi yang mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA). Denominasi emasnya pula bermula daripada 0.5gram hingga ke 1000gram (kilobar).
Saya belum ada pengalaman jual emas di luar negara tapi sudah ramai rakan-rakan dealer Public Gold yang jual emas mereka sewaktu melancong ke luar negara samada 1gram ataupun goldbar yang lebih berat. Mereka dapati harga jual di sana lebih menguntungkan berbanding kalau tukarkan duit Ringgit. Lagipun waktu Ringgit jatuh teruk tak lama dulu, ada negara yang tak nak terima duit kita langsung! Oh, sedih! Kalau kita bawa emas denominasi yang kecil i.e 0.5gram, 1.0gram keluar negara, kita cuma perlu jual emas-emas tersebut jika perlukan duit tanpa perlu bergantung kepada kad kredit semata-mata. Jual emas, dapat duit segera tanpa perlu pening kepala nak cari duit bayar hutang selepas kembali ke tanah air.
Perkara paling penting yang kita perlu tahu tentang emas, emas ialah aset yang di terima di mana-mana sahaja seluruh dunia. Ianya wang sebenar yang dikirimkan oleh Allah untuk kita manfaat sebaiknya.

Bawa duit RM40,000 keluar negara pun kena declare tapi bawa emas 4kilo tak ada sapa nak larang

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *