Bina Kekayaan Dengan Emas

Dalam sesi FB live Jumaat lepas (13/7/2018), Mahaguru Emas Malaysia merangkap Guru Emas saya iaitu Encik Syukor Hashim ada berkongsi tips membina Kekayaan Dengan Emas. Wah..dengar tajuk pun dah teruja nak tahu apa tips-tips yang beliau kongsi Saya follow FB beliau dan tonton ulangan sesi itu pada esoknya. Bagi rakan-rakan yang mahu mendengar sendiri penerangan menarik tentang topik ni, boleh klik SINI.

 

Sejak zaman atok nenek kita, emas ini sudah dianggap lambang kekayaan & kejayaan. Kebetulan malam tadi berlangsung pelawanan akhir Piala Dunia 2018 antara Perancis & Crotia yang hadiahnya piala diperbuat daripada emas 18 karat seberat kira-kira 6.1kilogram. Jika dinilai dalam Ringgit Malaysia, piala tersebut berharga hampir RM1.1juta! Memang pada mana-mana zaman pun, emas tetap dianggap berharga, mahal dan berprestij.

Sesuai dengan tajuk yang Mahaguru kongsikan dalam FB live beliau. Katanya ilmu Emas ini ialah ialah Ilmu Kekayaan. Jadi sesiapa yang faham tentang ilmu emas dengan mendalam, dia sudah mula faham tentang cara membina kekayaan. Antara buku-buku yang Encik Syukor suka baca tentang kekayaan ialah ‘The Ten Roads to Riches’, The Secret of Millionaire Minds dan juga buku tulisan Mentor saya iaitu Zero Hutang tulisan Encik Mohd Zulkifli Shafie.

Asas Membina Kekayaan #1: Mulakan Dengan Tabiat Menyimpan (Duit)

Bila kita sudah ada simpanan yang mencukupi, barulah kita ada ‘modal’ untuk membina cabang kekayaan yang lain seperti pelaburan, modal bisnes. Kalau ikut pakar-pakar kewangan, orang kaya melabur dengan duit lebih atau senang cerita dengan duit simpanan, bukan dengan duit untuk beli pampers dan susu anak!

Ok katakan kita bergaji RM3000 sebulan. Kalau kita habiskan kesemua duit gaji setiap bulan, kita takkan dapat kumpul walaupun RM1000 selepas setahun bekerja. Betul? Lagi parah lagi bila setiap bulan perbelanjaan bulanan kita ialah RM4000… Mana pulak datangnya extra RM1000 tu?

Bak kata Encik Syukor, kita panggil senario itu sebagai ‘Belanjawan Defisit’. Bila rutin bulanan macam ini berulang-ulang, kita memang takkan dapat menyimpan. Jadi macam mana nak betulkan rutin ini? Tak lain tak bukan ialah, kena susun balik cara urus duit. Sifu-sifu kewangan sarankan, kita kena simpan at least 10% duit gaji. Dan kalau dapat duit bonus, overtime atau apa-apa duit selain gaji, kita kena simpan 50%! Banyak mana gaji kita dapat taklah berapa penting. Yang lebih penting ialah berapa banyak duit gaji yang kita SIMPAN.

McTyson, peninju hebat dunia yang dapat bayaran jutaan dollar pun boleh bankrup sebabnya selain berbelanja, dia juga ‘berhenti’ hasilkan income yang berjuta-juta dollar itu. Jadi yang paling penting ialah pupuk TABIAT menyimpan. Tak dapat mulakan 10% gaji, mulakan dulu dengan RM100 sebulan. Tak dapat RM100 sebulan, paksa juga simpan at least RM10. Janji simpan.

Satu lagi pesan Mahaguru, sebelum mulakan pelaburan, sediakan tabung sebanyak 6 Bulan gaji Sebagai Dana Kecemasan. Bukan apa, andai kata berlaku hal-hal yang tak diingini dan jatuh susah, sekurang-kurangnya kita sudah ada duit simpanan tanpa perlu TAMBAH SUSAH dengan buat hutang baru (swipe kad kredit, pinjam kawan)

Cabaran kita bila dapat duit ialah kita kembali kepada fitrah. Apa fitrah kita? Fitrah kita ialah berbelanja. Kajian menunjukkan yang manusia suka kepada ‘Instant Gratification’ atau ‘Keseronokan Segera’.

Duit RM100 kalau sekarang dibawa ke shopping mall, kita dah boleh dapat baju branded yang boleh terus dipakai. Tapi duit RM100 kalau diajak beli emas dan simpan dalam akaun emas GAP kita rasa tak syok ‘alah, lambat lagi nak gi haji…’, ‘ alah, lambat lagi anak aku nak masuk U’..

Berbanding dengan orang kaya, mereka membina kekayaan hari ni (menyimpan) untuk kesenangan masa hadapan…Jadi sesiapa yang nak kaya, dia kenalah kekang sifat berseronok-seronok sekarang untuk kesenangan masa hadapan.

Membina Kekayaan Dengan Emas #2: Simpan Emas Untuk Dilaburkan

 

Duit yang kita simpan pula, mesti tujuannya untuk dilaburkan semula supaya kita untung di masa hadapan. Contohnya sesiapa yang melabur ASB dan tunggu setahun untuk dapatkan untung dalam bentuk dividen. Uniknya emas ialah ianya boleh jadi simpanan dan dalam masa yang sama, emas ialah salah satu cabang pelaburan. Cuma bila duit jadi emas fizikal, mesti emas itu kita simpan baik-baik! Lagi satu, bila duit ditukar jadi emas, ianya juga pelaburan sebab potensi kenaikan harga emas pada masa hadapan sangat cerah!

Ikut pemerhatian Mahaguru, tahun 2015 hingga 2016, harga emas naik 12.5%. Harga emas tahun 2016 hingga 2017 pun harga emas naik 12.5%. Ini sangat mengujakan berbanding simpan duit dalam bentuk tunai. Keuntungan simpan emas mengatasi peratus dividen yang ASB & Tabung Haji mampu berikan! Walaupun hakikatnya harga emas naik dan penyimpan emas boleh dapat untung KALAU JUAL EMAS itu, hakikatnya mereka takkan jual emas itu semata-mata nak reward diri dengan materials lain. Berbanding simpan duit di ASB, biasanya awal tahun pejabat pos ‘jem teruk’ sebab sebahagian penyimpan-penyimpan ASB akan serbu pejabat pos untuk keluarkan sikit duit dividen yang mereka terima.. Saya tahu sebab dulu saya pun begitu… 🙂

Dan bermula tahun 2017 hingga 2018 harga emas jatuh. Bagi orang yang tiada ilmu emas, dia akan susah hati dan anggap pelaburan emas ini merugikan. Tapi bagi sesiapa yang ada ilmu emas, dia tahu apa nak buat bila harga jatuh. Dari segi pelaburan, waktu harga jatuh kita kena membeli lebih banyak. Sebab apa? Sebab kita dapat beli barang MAHAL pada harga MURAH!

Membina Kekayaan Dengan Emas #3: Bisnes Emas Untuk Dapatkan Pendapatan Tanpa Had

Dengan bisnes Public Gold, potensi pendapatannya tanpa had sebab pembeli emas boleh datang dari seluruh negara. Lagipun bisnes emas ini salah satu contoh bisnes evergreen. Ianya bukan bisnes trendy sebab ianya memenuhi fitrah manusia.

Fitrah manusia ialah suka cantik dan insurans kekayaan. Manusia rasa selamat kalau ada simpanan emas sebab ada simpanan yang berguna jika terdesak nak pakai duit. Kalau berlaku apa-apa dalam negara dan kita perlu tinggalkannya, kita boleh bawa lari emas kita dengan mudah. Lagipun emas diterima di seluruh dunia. Emas, kalaupun tak laku di pasaran, ianya menjadi aset yang tiada tarikh luput kepada pemilik bisnes emas.

Bak kata Mentor emas saya, ‘Bukan Emas yang menjadikan kita kaya, tapi Ilmu’. Sejauh mana ilmu kita tentang emas yang menentukan banyak mana kekayaan yang kita dapat melalui simpanan (dan perniagaan) emas.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *