Golongan Ibu Bapa Yang Perlu Simpan Emas Untuk Anak-Anak

Sejak anak pertama lagi, saya asingkan duit gaji sebagai simpanan pendidikan anak. Walaupun masa itu saya sendiri masih struggle nak jelaskan hutang PTPTN sendiri, tapi saya tetap usahakan juga untuk buat simpanan paksa dari awal lagi. Saya cuma survey beberapa pakej yang ada tapi disebabkan pakej yang satu ini lebih memudahkan dari segi bayaran, saya terus sign up. Untuk anak pertama (Aqil), bayaran bulanannya sekitar RM130 sebulan. Mengikut polisi, Aqil bakal terima sejumlah RM34000 selepas tempoh 18tahun nanti. Bila Aqilah lahir 4 tahun selepas itu (2013), saya juga langgan polisi yang sama tapi jumlah bayaran bulanan sekitar RM150 sebulan. Untuk Aqilah, dia bakal terima sejumlah RM40000 selepas tempoh 18 tahun nanti. Ketika sales advisor bentangkan polisi tersebut sebelum tandatangan, saya kira ini jumlah yang cukup baik.

Beberapa bulan selepas itu, saya mula explore tentang simpanan yang lebih baik untuk masa depan sebab saya percaya kos sara hidup akan datang lebih mencabar. Ditambah lagi dengan simpanan keluarga yang kerap sangat bocor sana-sini. Alhamdulillah saya ditemukan dengan blog mentor saya, En Mohd Zulkifli www.mohdzulkifli.com dan dari situ, saya mula kenal ilmu emas. Cuma saya sangat pasti amaun yang sama pada 18 tahun akan datang mungkin sekitar RM20000 nilainya hari ini (Ini kita ambil kira purata inflasi 5% setahun walaupun hakikatnya kadar inflasi lebih daripada ni). Jadi selepas polisi ini melepasi tempoh minima untuk ‘surrender’, saya ambil keputusan untuk batalkan polisinya baru-baru ni. Insha Allah cash out yang dapat nanti boleh masuk terus akaun GAP Aqilah.Mengikut kira-kira, saya kerugian sekitar RM1000 sebelum ‘balik modal’ tapi saya pejamkan mata untuk rugi RM1000 sekarang berbanding kerugian nilai jika meneruskan pegangan polisi ini.

Jadi berdasarkan pengalaman saya ini, saya percaya ibu bapa yang mahukan ‘jaminan’ nilai bagi dana pendidikan anak-anak, perlulah simpan emas apatah lagi jika rakan-rakan tergolong dalam salah satu (atau kesemua) golongan di bawah.

Golongan #1: Kerja dah lebih 5 tahun, tapi simpanan duit sebulan gaji pun belum ada.

Sebahagian ibu bapa ada yang sudah cuba belajar simpan duit. Tapi, ikut pengalaman saya biasanya walaupun simpan awal bulan, kemungkinan untuk korek balik simpanan pada hujung bulan lebih besar. Pepatah baru sejak fenomena emas melanda ialah ‘Simpan awal tahun sikit-sikit, lama-lama masih sikit.’ Walaupun golongan ini ada niat untuk baiki kewangan keluarga,hakikatnya mereka masih gagal simpan duit. Jadi, kena cepat-cepat UBAH cara simpanan iaitu kena simpan emas.

Dengan simpanan emas ni, insha Allah kita dapat bentuk disiplin diri dalam menyimpan.Aura emas ini kuat tarikannya. Lagi banyak dikumpul, lagi seronok nak tambah simpanan.

Golongan  #2: Ada matlamat kewangan jangka masa panjang seperti Dana Pendidikan, Umrah & Haji

 

Bagi Ibu Bapa yang ada misi untuk anak-anak mereka tiada hutang pelajaran sebaik sahaja tamat pendidikan di universiti, rancanglah dari sekarang keperluan pendidikan mereka. Saya cadangkan mula simpan emas dengan duit raya mereka melalui Akaun Emas GAP. Akaun Emas GAP ini boleh dibuka atas nama anak-anak di bawah umur 18 tahun secara join account dengan ibu bapa.

Bagi yang ada planning nak pergi Haji, lebih baik simpan duit tu dalam bentuk emas. Lagi bagus, mulakan simpanan emas untuk haji sebaik sahaja kita daftar Haji. Dengan giliran menunggu yang masih jauh at least 10 tahun ke hadapan, lebih baik letak dulu duit tersebut dalam bentuk emas. Jika dipanggil jadi Tetamu Allah nanti, jual aje emas tu. Lagipun dalam tempoh masa  10 tahun, harga emas sudah tentu-tentu jauh lebih tinggi daripada hari ini.

 

Golongan #3:  Simpanan Kecemasan Melebihi 3 hingga 6 bulan gaji

 

Kalau ikut mentor saya, jumlah duit simpanan kita dalam bentuk wang sepatutnya sekitar 3 hingga 6 bulan gaji saje. Antara risiko simpan duit kertas melebihi 6 bulan gaji ialah kebocoran tunai. Apatah bila keluar berjalan dengan anak-anak. Desakan emosi ‘kesian anak aku mintak ini….’ buatkan kita biasanya kalah dengan rasional akal. Panjang mana pun ‘to buy list’, tapi kalau anak-anak dah merengek, mesti kita mengalah. Kalau ibu bapa yang hati kental dan tak mudah shopping sana sini, mereka masih perlu tukarkan duit simpanan yang lebih itu kepada hard asset seperti hartanah dan emas. Dan aset yang boleh dibeli dengan modal minima ialah emas, khasnya emas Public Gold.

 

Mudah-mudahan bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *