Seminar Emas Alaf Baru di Kompleks Tabung Haji

Sabtu lepas (13/10/2018), saya dan suami berkesempatan menghadiri Seminar Emas Alaf Baru di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Ini adalah seminar akademi tahunan yang dianjurkan oleh Public Gold yang dihadiri oleh dealer emas Public Gold dari seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia khususnya dan juga para pencintanya emas amnya. Seminar separuh hari ini menjemput 2 tokoh dalam bidang kewangan iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar iaitu Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Advisors merangkap Pengerusi Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan juga Dr Ahmad Sufian Che Abdullah, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Ini merupakan kali kedua gandingan mantap duo panelis dan ilmuan dalam bidang masing-masing. Sebagai salah seorang dealer Public Gold, ini antara salah satu seminar yang saya tunggu-tunggu setiap tahun. dan atu-satunya seminar ‘berbayar’ pada kadar sangat minimum.

 

Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai panelis pertama diamanahkan untuk mengupas topik ‘Emas Sebagai Aset Cair Berkualiti Tinggi (High Quality Liquid Aset). Pihak Public Gold mencadangkan agar Datuk Dr Daud mengupas topik ini supaya dapat berkongsi idea dengan masyarakat Malaysia bahawa emas bukan hanya produk berbentuk runcit (retail) kepada satu polisi kewangan negara yang boleh menentukan halatuju emas pada masa hadapan. HQLA adalah satu istilah/piagam kewangan antarabangsa atau polisi kebijaksanaan kewangan antarabangasa yang berpusat di Basel, Switzerland.

Berikut ialah poin-poin yang dikongsi oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam pembentangan beliau:

1) Emas boleh menyerap kekurangan ‘aset cair’ di bank-bank berbanding hartanah, saham dan pembiayaan perniagaan. Apabila berlaku krisis kewangan tahun 2008, bank-bank seluruh dunia menyedari bahawa mereka kekurangan aset yang boleh dicairkan segera tanpa perlu menunggu bertahun-tahun lamanya untuk dapatkan ‘tunai’ mereka semula. Mereka (bank-bank) tiada aset yang boleh dicairkan dalam masa 30hari.

2) Apabila kita simpan duit dalam bank, duit tersebut adalah aset cair tapi pihak bank tidak akan membiarkan duit kita terbiar. Bank akan menggunakan duit simpanan kita untuk tujuan pelaburan. Sebelum mereka melabur, pihak bank perlu mengasingkan sedikit duit untuk tujuan kecairan bagi kegunaan pelanggan seharian. Ada 3 tahap kecairan duit yang pihak bank perlu buat. Contohnya tahap kecairan satu, bank-bank perlu membeli bon-bon kerajaan bertaraf tinggi.

3) Satu perkara pelik ialah bank-bank seluruh dunia tidak mengiktiraf emas sebagai aset cair yang boleh dilupuskan dalam masa 30 hari. Emas sepatutnya menjadi aset pilihan bank untuk dilaburkan asbab kecairannya yang sangat tinggi. Walaupun ada usaha untuk menjadikan emas sebagai aset mainstream (aset pendasar) tetapi sistem perbankan dunia masih terikat dengan kuasa besar US (atas faktor politik dan ekonomi) yang masih mahu seluruh dunia menyimpan ‘aset’ dalam bentuk USD.

4) Emas tidak ada pemiliknya (tiada negara ‘khas’ yang memiliki emas). Ianya tidak terikat dengan mana-mana pengeluar. Emas adalah emas. Emas tiada kaitan dengan kredit mana-mana negara. Inilah keunikan emas yang boleh dijadikan sebagai aset pendasar untuk kecairan.

5) Pakar-pakar kewangan islam khasnya masih berusaha untuk memasukkan emas sebagai salah satu aset pendasar bagi sesebuah negara (bank) sehingga 40%.

6) Negara Turki dan Arab Saudi melihat emas sebagai aset yang sangat cair. Masyarakat di kedua-dua negara menggunakan emas untuk melabur dalam bank untuk memenuhi rizab kecairan dalam negara mereka.

7) Pakar-pakar kewangan dunia melihat emas sebagai satu-satunya aset yang sangat berguna ketika krisis berdasarkan kajian-kajian yang mereka termasuk pihak Amanie lakukan. Apabila berlaku sebarang krisis, harga emas akan melonjak. Emas bukan sahaja stabil dan mempunyai kadar kecairan yang tinggi, tetapi memberikan pulangan yang tinggi kepada bank-bank yang menyimpan emas ketika krisis.

8) Pada waktu diluar krisis, harga emas sangat cepat bertukar harga (volatile) sekitar 70% lebih tinggi berbanding bon, sukuk dan interbank money market yang menyebabkan masyarakat dunia (dan bank khasnya) kurang memberikan tumpuan kepada emas. Pada pendapat Datuk Dr Mohd Daud, pada waktu luar krisis, pihak bank sepatutnya membiarkan sahaja simpanan emas dalam bank tersebut. Emas hanya diperlukan untuk menyerap kecairan ketika dalam krisis. Emas tersebut masih boleh dicairkan ketika ‘hari hujan’ atau bila kita kekurangan kecairan. Pada waktu itulah emas adalah ‘save heaven aset’.

9) Emas sepatutnya dilihat sebagai aset penyelamat waktu krisis. Emas bukan aset yang menjadi kepentingan bank semata-mata. Di Malaysia, kita masih kekurangan bank yang melihat emas sebagai aset.

10) Mungkin hikmah Allah, apabila berlaku krisis matawang, krisis ekonomi, harga emas akan naik…Aset sebenar akan menyinar. Kita takkan nampak ‘nilai’ emas sebenar pada waktu-waktu biasa dan tenang tapi apabila berlaku krisis, dengan izin Allah kita semua berbalik kepada asas dan matawang sebenar. Emas akan bersinar ketika pada keadaan gelap, darkness of the world. Emas ialah aset sebenar dan nyata pada waktu krisis.

11) Walaupun bank-bank dilihat gah dan besar, tetapi jika bank kekurangan kecairan (tunai) dan berlaku krisis, ianya boleh menyebabkan kekalutan dalam negara. Kerajaan mana-mana negara sangat takut jika bank dalam negara kekurangan kecairan untuk pusingan ekonomi rakyat sebab ianya boleh mencetuskan huru-hara. Jadi pengamal-pengamal emas mempunyai peluang untuk menggesa pihak berkenaan untuk meletakkan emas sebagai salah satu simpanan (reserve) negara sekurang-kurangnya 10% hingga 20%.

12) Aset yang baik ialah aset yang paling rendah kos pelupusan seperti emas. Selain itu, aset tersebut mestilah boleh dilupuskan dalam masa yang cepat dan munasabah.

13) Emas hampir tiada keterikatan dengan aset cair yang lain seperti saham, sukuk dan bon. Jika kita beli saham negara kategori ‘high rated’ sekalipun, jika berlaku krisis ekonomi, kerajaan boleh untuk tidak membayar kepada pelabur. Emas tiada risiko pembayaran semula.

14) Bagi produk Shariah Easy Payment Purchase (SEPP) yang diperkenalkan Public Gold, wang ‘bayaran ansuran’ itu belum lagi dianggap membeli. Wang tersebut hanyalah ‘komitmen bayaran’ untuk membeli pada masa hadapan..

Satu isi penting tentang shariah ialah shariah sangat dinamik. Shariah bukanlah SATU jawapan untuk semua masalah. Shariah ialah beberapa penyelesaian kepada satu masalah. Shariah juga boleh jadi beberapa penyelesaian kepada beberapa masalah dalam masyarakat. Apa yang paling penting ialah transaksi itu tiada riba, gharar, konsepnya jelas.

Sebagai kesimpulannya, ada kemungkinan simpanan emas kita boleh diangkat atau diserapkan dalam pengurusan kecairan bank-bank di Malasia. Ianya bukan sahaja kepada bank islam tetapi untuk semua bank di Malaysia sebab Emas tiada Agama. Kekuatan emas untuk menyerap kecairan tidak ada kaitan dengan shariah. Itu adalah kurniaan Allah kepada emas itu sendiri. Ianya cuma berkaitan dengan risiko pengurusan kecairan semua orang tanpa mengira agama.

‘People Thought You As A Dreamer.Yes I Am A Dreamer But I Am Not Alone’ – John Lenon.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *