Kad Kredit: Pilihan atau Talian Hayat?

Dulu masa kecil lagi,saya pernah baca ada 5K atau 5C dalam Bahasa Inggeris yang perlu dipertimbangkan untuk cari calon suami.

Kaya, Kacak, Kereta, Kondominium dan Kad Kredit @ Cash, Car, Condominium, Credit Card & Career.

Lebih kurang begitu kualiti lelaki idaman Malaya yang mesti dimiliki. Hahaha. Sebagai anak yang dibesarkan dalam keluarga biasa-biasa, kad kredit jauh terasing dari kami. Lagipun kami bukannya pergi ke tempat-tempat makan atau hotel mewah. Ke mana-mana pun Mak dan Ayah bayar guna duit.

Tawaran 3 Kad Kredit Sekaligus:

Saya mula bekerja tahun 2005 dan sekitar tahun 2006, saya ditawarkan kad kredit 3 keping sekaligus selepas beberapa bulan menggunakan khidmat perbankan online. Saya cakap dalam hati, ini tak masuk akal! Dengan jawatan kontrak waktu itu, saya tahu saya tak perlukan langsung kad tersebut. Beberapa kali pihak bank hantar surat peringatan untuk ambil kad tersebut di cawangan berhampiran tapi saya abaikan. Cawangan bank tersebut hanya di tingkat Ground Floor, tempat saya bekerja..hahaha. Saya betul-betul tak sudi. Rakan-rakan sekerja ramai rebut peluang tawaran kad kredit ini. Alasan mereka, ‘alah, diorang bagi kita amik dan guna aje. Nanti boleh kumpul point’. Saya abaikan dan terus hidup macam biasa.

Beberapa tahun kemudian, seorang kawan sekerja beritahu dia gunakan kad kredit cuma untuk kumpul mata ganjaran bagi setiap penggunaaan kad kredit. Dia hanya gunakan kad kredit untuk pam petrol sebab tak mahu beratur di kaunter ataupun jika dia keluar negara, dia hanya bawa sedikit tunai dan selebihnya ‘tenyeh’ aje kad kredit. Cuma dia pastikan selepas selesai urusan, dia akan bayar cepat-cepat kad kredit untuk elakkan interest. Bila dia ceritakan sisi positif kemudahan kad kredit, saya jadi tertarik dan saya setuju cara penggunaan kad yang sebegitu. Tambah seorang lagi rakan beritahu, dia anggap kad kredit ini sebagai dana kecemasan kalau perlukan cash sebab setiap kad ada had kredit. Jika satu kad ada RM8000 had kredit, bermakna dia ada ‘access’ kepada RM24,000 cash. Wah, bunyi macam gempak! Tapi penerangan itu semakin buat saya berhati-hati dengan setiap tawaran kad kredit yang datang.

Kad Kredit Pertama Saya:

Saya mula ambil serius penggunaan kad kredit apabila ada satu perkhidmatan yang saya perlukan hanya menerima bayaran melalui kad kredit. Pening juga sebab saya tak ada kad kredit dan suami pula kerat dua kad kredit dia sebulan lepas kami kahwin. Hahaha. Memang kad kredit jauh sangat dari kehidupan kami sebab kami memang boros sebelum ini. Akhirnya saya mengalah untuk dapatkan juga sekeping kad kredit untuk jadikan sebagai satu cara pembayaran dan disiplinkan diri untuk gunakan kad kredit untuk tujuan asal saja.

Bagi orang yang celik kewangan, dia anggap kad kredit hanyalah sekadar mode of payment. Duit dah ada tapi asbab keselamatan untuk bawa duit tunai yang banyak, jadi dia bayar pakai kad kredit. Lepas tu cepat-cepat buat bayaran kredit tanpa tunggu cukup tempoh.

Kad Kredit Bukan Talian Hayat Terakhir

Tapi masih ramai yang anggap Kad Kredit sebagai lambang gaya dan kemewahan. Tak cukup duit tunai, tenyeh aje kad kredit. Lebih menyedihkan, kad kreditlah satu-satunya talian hayat untuk sampai ke gaji seterusnya. Ada 2 panduan tentang penggunaan kad kredit yang kita perlu tahu untuk memudahkan urusan kita akan datang.

1) Jadikan kad kredit hanya sebagai pilihan kaedah bayaran bukan sumber pinjaman kewangan

Bagi rakan-rakan yang selalu keluar daerah/negara dan risau bawa jumlah tunai yang banyak, menggunakan kad kredit ialah satu pilihan yang baik. Walaupun caj kad kredit 1.5% sebulan atau 18% setahun, ianya masih berbaloi daripada terpaksa membawa duit yang banyak ke tempat asing. Lepas saja kembali ke tempat asal, cepat-cepatlah buat bayaran penuh tanpa tunggu hingga tempoh kitaran bil berakhir. Kita dapat jimat caj faedah dan elakkan bayaran denda lewat.

2) Jadikan kad kredit sebagai bukti kita pembayar yang bagus (good-paymaster) kepada bank

Kad kredit ini lebih kepada kad ‘hutang’. Jadi untuk pastikan rekod CCRIS/CTOS kita bagus di mata bank, kita kena pastikan kita jelaskan bayaran kad kredit sekaligus ataupun sebelum tarikh kitaran bil berakhir. Kad kredit boleh bantu kita dapatkan skor kredit yang baik jika kita gunakan dengan betul. Skor kredit ini penting untuk memudahkan urusan pinjaman kita dengan bank sebab bank sudah ada rekod ‘kemampuan’ kita untuk bayar balik pinjaman. Ada banyak pilihan kad kredit tanpa tahunan yang boleh kita mohon dan kita boleh gunakan kad kredit untuk kumpul point, jika berminat. Haha.

3) Jadikan kad kredit untuk kumpul point dan dapat hadiah percuma.

Kalau kita suka gunakan kad kredit sebab boleh tebus mata ganjaran dengan hadiah percuma, silakan saja. Cuma pastikan kita rancang betul-betul untuk tebus mata ganjaran kad kredit sebelum TARIKH LUPUT mata ganjaran tersebut. Ada baiknya kita semak mata ganjaran setiap tahun dan tebusnya secepat mungkin untuk kurangkan pembaziran mata ganjaran.

Bagi penyimpan emas seperti saya, saya jadikan emas sebagai talian hayat jika ke mana-mana. Seorang rakan dealer pernah cerita, beliau jadikan 1 dinar (RM700) sebagai dana kecemasan ketika bercuti pulang ke kampung. Dinar itu hanya akan dijual bila keadaan benar-benar terdesak berbanding bawa ‘duit selit RM700’ dalam sampul surat. Takut-takut hal yang tak cemas pun jadi cemas bila ada duit lebihan dalam beg. Berbanding simpan 1 dinar dalam dompet, dinar itu masih kekal walaupun setelah kembali ke tempat beliau bertugas. Alhamdulillah.

Moga bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *