Cara Tambah Akaun GAP Secara Konsisten

N

Niat yang baik untuk konsisten dalam simpanan emas adakalanya tak kesampaian. Apatah lagi bagi sesiapa yang baru nak amalkan tabiat menyimpan. Jadi Public Gold perkenalan langkah terbaru untuk membantu penyimpan emas untuk terus konsisten menyimpan emas, tanpa perlu risau

a) Turun Naik Harga Emas

b) Terlupa nak tambah simpanan emas akibat kesibukan harian.

Bermula bulan Disember 2018, Public Gold lancarkan kempen ‘Kumpul Emas dengan cara Arahan Tetap’ Lebih menarik, kempen ini ada sediakan hadiah cabutan bertuah khas kepada penyimpan emas yang lakukan arahan tetap (standing instruction – SI)  selain dari hadiah cabutan bertuah kempen ‘Buy & Win’.

BAGAIMANA SAYA NAK SERTAI?

Cara-caranya sangat mudah. Saya berikan contoh menggunakan akaun Maybank2U

  1. Klik pada akaun (peribadi/semasa) dan pilih ‘Standing Instructions’
Pilih Standing Instructions


2. Pilih jenis ‘3rd Party Transfer. Klik ‘continue’

3. Masukkan maklumat seperti:

1) Recipent reference i.e PG Code.
2) Masukkan no akaun Public Gold untuk transaksi GAP.
3) Masukkan jumlah yang mahu ditolak dari akaun.
4) Pilih tarikh bermula
5) Pilih tarikh terakhir

Klik Continue & Selesai

*** Saya sarankan Tuan/Puan letakkan PG code masing-masing pada bahagian Recipient Reference supaya mudah untuk rujukan Public Gold & kita sendiri. Untuk contoh di atas, saya buat SI untuk anak pertama saya. Dan untuk anak-anak yang lain, saya letakkan juga PG code mereka supaya mudah untuk saya rujuk pada masa akan datang.

Ini resit transaksi yang kita perlu hantar ke Public Gold untuk tujuan rekod mereka


Kita cuma perlu wassap sekali saja sepanjang 12 bulan Standing Instruction ini berjalan.

Mudah sangat, kan?

Saya yakin tidak ada platform jual beli emas semudah yang Public Gold tawarkan sepanjang 10 tahun Public Gold beroperasi. Ini adalah ‘gaya baru’ orang zaman moden untuk miliki logam kuno (emas) dengan cara paling up-todate.

Moga bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *