3 Cara Kita Boleh Ada Duit Simpanan

Cara #1: Simpan Duit Setiap Kali Kenaikan Gaji Dan Bonuss

Waktu mula-mula saya nak simpan duit (dan emas) secara serius, saya buat keputusan untuk simpan duit dari kenaikan gaji; selain dari 10% gaji yang wajib disimpan. Contohnya, RM300 ialah 10% dari gaji pokok dan tahun tersebut ada kenaikan gaji RM200. Seboleh-bolehnya, saya cuba kekalkan komitmen bulanan yang ada supaya kenaikan duit gaji yang baru dapat disimpan. Jika sebelum kenaikan gaji saya simpan RM300, selepas kenaikan gaji saya boleh simpan RM500. Kalau nak simpanan cepat bertambah, guru saya pesan, simpan 50% duit bonus. Jangan dihabiskan duit bonus untuk downpayment kereta baru, melancong atau tukar handphone baru. Bagi yang makan gaji, duit bonus biasanya dapat setahun sekali. Takkanlah duit yang ditunggu selama 12 bulan hendak dihabiskan dalam masa seminggu?

Cara #2: Bina pendapatan kedua dan simpan hasilnya

Ini ramai yang kecundang termasuk saya dulu. Bila kita rasa gaji yang ada tak mencukupi, kita mula cari jalan untuk buat kerja/business part time. Silapnya bila dapat hasil dari part time ni, kita pula berbelanja lebih. Kalau dulu duit belanja rumahtangga RM2000 pun cukup, bila dapat duit extra RM500, kita pun mula rasa kita ada duit lebih untuk berbelanja RM2500. Lagi parah bila kita rasa belanja RM3000 pun tak ada salahnya sebab kita ada kerja partime. Jika mindset begini berterusan kita takkan ada simpanan sampai bila-bila. Dapat sikit, belanja sikit. Dapat banyak belanja banyak. Yang eloknya dapat banyak, belanja sikit. Elok gunakan tambahan pendapatan untuk simpanan sama ada di bank, Tabung Haji atau saham amanah. Simpan. Simpan. Simpan. Nak lebih selamat, tukarkan aje sebahagian duit tersebut kepada simpanan emas!

Cara #3: Tukar sebahagian duit simpanan kepada emas fizikal

Ada orang dia suka belek-belek buku akaun bank/ASB/Tabung Haji. Dia suka tengok angka-angka dalam akaun bank. Cuma bila kerap kali tengok akaun bank, lama-lama otak akan pandai hantar isyarat ‘banyak jugak duit aku, boleh amik sikit untuk beli barang ni..’ Diam-diam emosi dia terganggu selagi tak belanjakan duit tu. Jadi untuk pastikan kita boleh lupakan duit simpanan dalam bank, saya cadangkan tukar sebahagian duit itu kepada emas. Beli emas bermaksud kita menabung duit. Nampak macam duit kita habis beli emas tapi sebenarnya kita sorokkan duit kita dalam bentuk yang kita sayang nak belanjakan. Goldbar Public Gold 5gram lebih kurang RM1000. Kita takkan jual goldbar itu dengan mudah kalau setakat nak tukar karpet atau langsir baru. Berbanding kalau ada duit RM1000 dalam tangan, kita pula yang tunggu ‘bila ada sales’ ni. Betul tak?

Moga bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *