Strategi Pelaburan Emas 2019

Sejak bulan Ogos 2018, harga emas sudah mula ‘tunjuk belang’. Bagi rakan-rakan yang ada ilmu emas, mereka akan senang hati walaupun harga emas sudah mula naik. Sebab apa? Sebab mereka ada ilmu.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan simpanan (dan pelaburan emas), Mahaguru Emas Malaysia merangkap penulis buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ iaitu Encik Syukor Hashim ada berkongsi 2 tips yang sangat berguna.

Tips #1: Beli Emas Secara Konsisten

Seorang pelabur lagenda Amerika, Jack Bogle (baru sahaja meninggal dunia pada 16 Januari 2019), ada berkongsi tips tentang pelaburan secara amnya yang sangat praktikal sejak dulu hingga kini iaitu ‘Always consistent in the long term’. Kalau dalam pelaburan emas pula, tips ini sangat penting sebab jumlah gram yang terkumpul itulah yang menentukan berapa banyak pelabur boleh untung bila berlaku kenaikan harga emas pada masa akan datang.

Sesiapa yang sudah mula beli dan kumpul emas, dia sudah tentu faham dengan perangai harga emas ni. Beli hari ni, esok harga emas turun RM1..atau beli hari ini, esok harga emas naik RM2..begitulah seterusnya sebab harga emas memang turun dan naik dalam jangka pendek. Jadi sebagai penyimpan dan pelabur emas yang ada ilmu, kita cuma perlu beli emas secara konsisten setiap kali ada duit i.e hari gaji mengikut bajet yang kita tetapkan.

Bagi pembeli emas Public Gold, dia boleh gunakan kemudahan Akaun Emas GAP yang sangat fleksibel untuk beli dan simpan emas serendah RM100 (+/- 0.5gram) setiap bulan.

Untuk newbie yang baru nak mula kumpul emas, tanpa ilmu emas yang betul dia akan sentiasa pantau harga emas TANPA ambil sebarang tindakan untuk bermula. Katakan kali pertama tengok harga emas ialah RM175 per gram. Dia akan tunggu ‘esok’ dengan harapan harga emas akan turun kepada RM175/g dan ke bawah. Ada 3 kemungkinan:

a) Jika harga turun, dia mungkin akan tunggu ‘esok’ dengan harapan harga akan terus turun.

b) Jika harga kekal, dia mungkin akan terus tunggu lagi ‘esok’ dengan harapan harga turun sedikit.

c) Jika harga naik, dia akan menyesal kerana tak mulakan simpanan emas dan akan terus menunggu harga kembali turun!

Situasi a,b dan c akan terus berulang selagi dia tak faham dan kesan ‘buruk’ ialah dia takkan bermula simpan emas sampai bila-bila sedangkan dalam masa panjang harga emas confirm naik. Dalam pelaburan emas, perkara yang paling penting ialah PERTAMBAHAN gram emas.

Tips #2: Jaga dan Kawal Emosi

Dalam pelaburan emas, harga emas turun dan naik itu perkara biasa. Seperti komoditi lain, harga emas diniagakan berdasarkan ‘supply and demand’. Jadi jika pembeli emas mula membeli emas ketika harga tinggi (contohnya tahun 2012) dan kemudian BERHENTI, dia akan rasa beli emas ini sesuatu yang merugikan.

Selepas tahun 2012 harga emas turun disebabkan banyak faktor. Antaranya bank-bank mula perkenalkan ’emas maya’ dalam bentuk Akaun Pelaburan Emas yang tidak disandarkan emas fizikal. Tanpa emas fizikal, akaun emas ini ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga emas dunia yang sebenar dan menyebabkan harga emas mula turun sedikit demi sedikit.

Bagi pembeli emas sekitar tahun tersebut dan tidak teruskan belian emas, dia akan berpendapat yang ‘beli emas merugikan’ dan sangat berikan kesan kepada emosi dan perspektif dia tentang pelaburan emas yang betul.

Sebenarnya pelaburan emas ini ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang, sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas. Jadi untuk berjaya dan merasa untung dalam pelaburan emas, kita kena cari dan belajar ilmu yang betul tentang emas. Pelaburan emas yang sebenar melangkaui ‘Buy Low, Sell High’.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *