Tukar Duit Raya Anak Jadi Emas

Koleksi ‘Duit Raya cum Emas Raya’ tiga orang anak-anak saya

Duit raya anak-anak saya sudah tukarkan kepada emas sejak Aidilfitri 1436H lagi. Disebabkan nak beli 1g goldbar ni dengan harga murah, saya bukakan Akaun Emas GAP setiap sorang.

Tiga orang anak bermakna tiga akaun GAP berasingan. Akaun GAP ini ibarat akaun Tabung Haji atau akaun simpanan junior di bank-bank. Bezanya kita simpan duit dalam akaun bank tapi dengan akaun GAP, kita simpan emas (dalam bentuk gram). Setiap kali beli emas, jumlah gram akan bertambah dan kita boleh semak akaun kita secara online.

Semua koleksi ini kategori Not For Sale sekurang-kurangnya untuk 8 tahun lagi πŸ˜‰ (anak sulung baru berumur 10 tahun).

Bukan Belanja Hangus

Secara peribadi, saya tumpang seronok bila tengok koleksi emas anak-anak makin ‘bertengkek-tengkek’ tahun demi tahun. 😁 Sekurang-kurangnya saya nampak ke mana duit raya tu. Lagipun beli dan simpan emas ni duit itu bukan belanja hangus. Kita cuma tukar saja duit raya mereka kepada bentuk yang lebih selamat dari segi nilai dan kebolehgunaan.

Saya yakin kalau duit raya tu terbiar dalam sampul raya, kebarangkalian duit tu ditarik dan digunakan sehelai demi sehelai itu tinggi. πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ. Kalau biarkan dalam akaun bank dan harapkan interest saja, saya bimbing kadar interest tak mampu lawan kadar inflasi πŸ˜‡

Dengan Akaun Emas GAP yang Public Gold sediakan, anak-anak kita sudah boleh kumpul duit sebenar iaitu emas yang nilainya bertahan lama, sesuai dengan keperluan mereka pada masa depan.

Insha Allah duit raya mereka tak habis malah muda-muda lagi mereka sudah ada aset kecil berkecairan tinggi ini. Lagipun sebagai ibu bapa, memang jadi tugas kita untuk mendidik anak-anak supaya kenal dan hargai nilai duit. Mudah-mudahan mereka membesar sebagai manusia yang tahu menghargai titik peluh ibu bapa mereka..Aamiin..

Tuan Puan yang mahu saya tunjukkan cara untuk mula menukar duit raya menjadi emas raya dengan cara paling mudah, murah dan patuh Syariah, boleh terus klik www.wasap.my/60123669330/EmasRaya sekarang.

Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *