Kenapa Orang Islam Perlu Kaya

Sebenarnya kalau orang Islam kekal miskin, kita takkan ke mana-mana. Cuma ramai yang pandang  sinis kalau ada kawan-kawan kita yang hendak jadi orang kaya. “Gila harta dunia”, “Tak ingat mati” dan macam-macam lagi label yang biasanya menjadikan orang kita takut nak kaya. Kaya dan miskin sebenarnya tiada kena mengena dengan kerendahan hati. Ramai beranggapan orang kaya ini sombong dan bongkak sebab kita disogokkan dengan karekter orang kaya sebegitu dalam drama-drama TV.

Dalam satu seminar emas, seorang speaker ada berkongsi kisah Saidina Uthman bin Affan & Telaga Ar-Rumah. Telaga ini milik seorang yahudi dan penduduk yang mahu dapatkan bekalan air dari telaga ini perlu membayar sejumlah wang. Ini sangat menyusahkan penduduk yang tua dan miskin. Jadi Nabi SAW membuat tawaran kepada sahabat-sahabat yang kaya untuk beli telaga itu & wakafkannya kepada umat Islam.

Saidina Uthman tampil dan beliau setuju untuk beli telaga tersebut daripada orang yahudi itu. Pada mulanya si yahudi tidak mahu menjualkan telaga itu tapi rundingan diteruskan sehingga orang yahudi itu setuju untuk jualkan telaga tersebut pada harga 50,000 dirham. Liciknya orang yahudi, dia cuma mahu jual separuh sahaja daripada telaga itu! Jadi bagaimana hendak teruskan penjualan telaga ini?

Akhirnya mereka sepakat yang telaga itu diteruskan untuk dijual separuh sahaja! Helahnya ialah 1 hari telaga itu boleh diambil airnya seberapa banyak oleh umah Islam tanpa larangan. Jadi umat Islam perlu ambil air yang mencukupi untuk kegunaan esok harinya. Dan tiba hari giliran si yahudi, telaga itu sunyi sepi tanpa ada yang datang membeli air telaga. Lama kelamaan, si yahudi mengaku kalah dan menjual kesemua bahagian telaga itu kepada Saidina Uthman. Telaga itu masih berfungsi hingga hari ini dan diwakafkan atas nama Saidina Uthman bin Affan..Allahuakbar..

Walaupun Saidina Uthman sudah lama meninggal dunia, pahala wakaf itu masih mengalir selagi telaga itu masih berfungsi..

Soalannya:

  1. Jika tiada umat Islam yang kaya dan mampu membeli telaga itu walaupun cuma separuh, sampai bila agaknya umat Islam ditindas dan diperlekehkan yahudi?
  2. Kisah telaga ini menunjukkan harta yang kita cari didunia (pahalanya) masih boleh dibawa masuk kubur. Siapa kata harta dunia hanya untuk dunia?

Orang-orang kaya kategori ‘self-made millionaire’ ini biasanya mereka sangat teliti membelanjakan harta mereka. Tapi orang kaya segera dan tak berapa kaya inilah yang suka menayang simbol kekayaan palsu.

Dalam mencari kekayaan, guru saya sentiasa ingatkan untuk betulkan mindset dan niat agar kita tahu apa yang kita mahukan sebenarnya. Tidaklah kita jadi golongan ‘Kaya segan, miskin tak mahu’.

Ada orang ingat simpan emas sahaja kena zakat. Sedangkan gaji bulanan pun kena bayar zakat pendapatan. Tapi ramai yang culas dan buat-buat tak tahu. Kalau ikut pengalaman saya, dengan duit kita susah bayar zakat sebab duit simpanan selalu bocor dan susah nak dapat senilai dengan 85gram emas yang tak diusik selama setahun.

Kata guru saya ‘duit habis lebih bahaya daripada harga emas yang mahal’. Bila kita beli emas, nampak macam duit kita habis tapi sebenarnya kita sudah selamatkan duit kepada duit yang susah dan sayang nak dibelanjakan sesuka hati.

Moga bermanfaat.

Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *