3 Cabang Bisnes Utama Public Gold

Kredit foto Mr Kenneth Cheah

Masa mula-mula saya beli emas Public Gold tahun 2014, saya cuma tahu emas yang Public Gold jual cuma ada 2bentuk iaitu bulat (dinar) & 4segi (goldbar). Semuanya jenis yang kita boleh ‘sentuh, pegang dan rasa’ – gigit pun boleh! Lepas tu baru tahu Public Gold ada jual barang kemas i-series yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan (investment series) iaitu rantai leher 916 padu & ada juga d-series iaitu gelang tangan 916.

Public Gold International

Kemudian bila kerajaan Malaysia memperkenalkan cukai GST pada April 2015 barang kemas i-series dihentikan pengeluarannya dan Public Gold fokus kepada emas pelaburan berstatus LBMA yang dapat pengecualian GST. Sejak itu, Public Gold terus berkembang dengan sangat pantas dalam urusan jual beli Dinar & Goldbar berketulenan 999.99 dan bebas GST. Dengan pengenalan Program Akumulasi Emas @ Gold Accumulation Program a.k.a GAP, Public Gold memperkenalkan revolusi baru dalam memiliki emas dengan kaedah paling ‘Mudah, Murah, Selamat & Patuh Shariah’. Emas yang sinonim sebagai barang mahal dapat dibeli & dimiliki oleh orang biasa-biasa dengan minimum RM100 @ 1gram! Program GAP ini membolehkan orang ramai membeli dan mengumpul emas tanpa had. Lebih mengujakan, goldbar 1gram mempunyai banyak tema untuk dipilih & sesuai dijadikan sebagai koleksi simpanan peribadi ataupun dihadiahkan kepada orang istimewa. Emas, walau sekecil mana pun, ianya tetap mempunyai sentimental value kepada si penerima.

PG Mall – Platform eCommerce Tempatan

Bekas rempah ratus yang harga asalnya RM40.00 ++ tapi saya bayar RM7 sahaja (kos pos)

Kemudian, bermula pertengahan 2016, Public Gold memperkenalkan satu lagi cabang bisnesnya iaitu PG Mall. Melalui PG Mall, penyimpan-penyimpan emas Public Gold ada pilihan untuk bermuamalat (jual beli) dengan menggunakan emas fizikal sebagai ‘medium of exchange’ ataupun menggunakan ‘online transfer’ seperti biasa. Jadi, kalau rakan-rakan adalah peniaga online, ambil peluang untuk jadi salah seorang pemilik ‘kedai’ di PG Mall. Ada banyak kelebihan yang menanti tau. Bagi yang BUKAN peniaga online, kita masih boleh jadi salah seorang pembeli bijak di PG Mall. Daftar dulu sebagai shopper di SINI. Lepas daftar, call/WA saya 012 3669 330 untuk saya berikan kupon diskaun yang boleh digunakan untuk pembelian kali pertama di www.pgmall.my. Ada macam-macam promosi seperti Hotsales noon, Hotsales 4pm dan Hotsales 9pm. Bagi sesetengah barangan keperluan, ianya boleh didapat secara PERCUMA dengan hanya bayar caj pos sahaja! Saya ada kongsikan pengalaman terbaru saya dapat item PERCUMA di PG Mall. 

Barang Kemas Premium – Aurora Italia

Satu lagi cabang bisnes Public Gold ialah Aurora Italia yang merupakan jenama barang kemas premium yang sangat eksklusif berdasarkan design Itali. Disebabkan permintaan terhadap barang kemas masih lagi hangat walaupun selepas era GST, Public Gold ambil langkah positif untuk memperkenalkan barang kemas emas 18 karat @ emas 750 bagi memenuhi citarasa wanita yang sukakan barang kemas. Aurora Italia terdiri daripada bracelet (rantai tangan), bangle (gelang tangan) dan ratusan charms (perhiasan kecil & comel yang digantung pada bracelet & bangle. Menariknya barang kemas Aurora Italia, ianya boleh digayakan oleh kanak-kanak, remaja & wanita mengikut bajet masing-masing. Konsep ‘mix and match’ sangat sesuai dengan citarasa moden yang sukakan ‘trendy, stylish & elegant’. Baca lagi perihal Aurora Italia di SINI.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *