3 Jenis Wang Yang Perlu Kita Tahu

Di penghujung rancangan keagamaan di TV1 malam tadi, salah seorang penceramah iaitu Yg Berbahagia  Ustaz Badlishah Alaudin menyatakan ‘Orang pandai boleh jadi bodoh bila tak ada duit; orang bodoh nampak bijak bila ada banyak duit‘. Saya setuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz sebab segala-galanya perlukan duit walaupun bukan semua perkara boleh dibeli dengan duit.

Ilmu kewangan peribadi pula tidak diajar secara formal di peringkat sekolah yang menjadikan ramai lepasan sekolah mahupun graduan universiti menjadi ‘hilang akal’ sebaik sahaja dapat gaji pertama mereka. Ramai yang gagal untuk merancang kewangan mereka secara baik dan berbelanja secara berhemah apabila sudah mula dapat duit sendiri.

Pakar-pakar kewangan mengkelaskan duit atau wang yang berlegar dalam dunia kepada tiga (3) iaitu:

1) Fiat Money @ Wang kertas
Ini adalah duit yang kita gunakan seharian dan nilainya adalah bergantung kepada jaminan kerajaaan tempatan. Di Malaysia matawang kita adalah Ringgit Malaysia dan kalau kita ke seberang tambak Johor, kita perlu tukarkan RM kepada Singapore Dollar untuk setiap urusan jual beli di Singapura. Nilai matawang berubah-ubah mengikut faktor-faktor yang di luar kawalan kita sebagai rakyat biasa. Duit inilah yang kita simpan dalam dompet untuk belanja seharian. Lagi banyak kita simpan duit dalam dompet, lagi cepat ianya habis dibelanjakan. Kata Detektif Kewangan, Tuan Zaidi Ismail beliau cuma bawa RM10 sahaja setiap kali keluar rumah dan biasanya RM3 akan dibawa pulang sebagai baki. Maknanya kalau bawa duit sedikit, kita tak akan panjang akal untuk membelanjakan duit kepada perkara yang tak perlu. Secara ringkasnya:

– Makin banyak dapat, makin seronok dibelanjakan. ?
– Susah dikumpul tapi senangnya dihabiskan. ?
– Menang pada nombor yang banyak, kalah pada nilai ?
– Nilai matawang berubah-ubah mengikut faktor-faktor yang di luar kawalan kita sebagai rakyat biasa.

2) Plastics Money @ Kad Kredit
Bagi sebahagian daripada kita, kad kredit adalah salah satu talian hayat apabila sudah kehabisan wang kertas. Berlainan pandangan pakar kewangan, rata-rata mengatakan kad kredit ibarat barah kewangan yang perlu dirawat habis-habisan. Sesiapa yang mengikuti posting-posting Tuan Zaidi di FB beliau mesti tahu yang beliau akan nasihatkan supaya ‘kerat dua’ kad kredit & kambus hutang kad kredit secepat mungkin. Lagipun berbelanja menggunakan kad kredit ibarat membelanjakan pendapatan masa hadapan yang belum tentu ada! Secara ringkasnya:

– Gah pada nama tapi hakikatnya itu kad hutang ?
– Simpan satu hanya untuk mudahkan transaksi, bukan bergantung padanya dari segala segi
– Menang pada gaya, seksa nak membayar bila bil tiba?
– ‘Duit’ belum dapat tapi dah habis dibelanjakan tanpa segan silu

3) Real money @ Emas dan Perak
Sejak beribu-ribu tahun dulu, emas dan perak merupakan satu ‘medium of exchange’ yang sangat-sangat stabil & adil nilainya. Kita biasa dengar tentang kisah 1Dinar mampu membeli kambing sejak 1400 tahun dulu. Selain dinar (emas), Dirham (perak) juga merupakan penyimpan nilai yang sangat baik. Di FB Islamic Debt Solution, pihak admin berkongsi kehebatan 1/4 (suku) Dirham mampu membeli  1 gelen gas sejak 50tahun dulu. Kalau kita simpan 5gram dalam dompet kita, In Sha Allah, 5gram (RM1000 nilai semasa) itu akan kekal dalam dompet sebab akan terjentik rasa sayang nak jual ataupun pajak semata-mata untuk membeli barangan kurang perlu. Secara tak langsung kita boleh mendidik dan mengawal nafsu berbelanja.

Jadi sekarang kita sudah ada pilihan untuk menyimpan jenis wang mengikut matlamat kita. Saya selalu ingatkan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling saya supaya alihkan sebahagian simpanan tunai kepada wang sebenar iaitu Emas dan Perak sebagai simpanan jangka panjang. Ingat yer,’Simpan duit sikit-sikit, simpan emas banyak-banyak’

Emellia Maskor
012 3669 330
Dealer Kod PG041139
Seksyen U5, Shah Alam 
 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *