3 Kategori Pilihan ‘Pemain’ Emas

Bagi orang yang baru nak belajar tentang emas, kadang-kadang dia tak tahu apa matlamat dia simpan emas. Ini yang menyebabkan mereka cepat risau dengan turun dan naik harga emas. Dalam fikiran mereka, ‘kalau beli hari ni dan esok harga emas jatuh, apa akan jadi?’ Paling tidak pun, ‘bila harga emas nak turun ni, aku nak tunggu murah sikit’.

Sebelum buat belian pertama, pasang nawaitu dan pilih kategori yang betul sebagaimana yang saya tuliskan di bawah ini.

Kategori #1: Penyimpan Emas (Gold Savers)

Kategori pertama ini BELI & SIMPAN emas secara konsisten tanpa mengira TURUN atau NAIK harga emas. Bila-bila ada duit lebih, mereka tukarkan kepada emas.
Matlamat mereka ialah KUMPUL GRAM emas sebanyak yang mampu. Lagi banyak, lagi bagus.
Bila-bila harga emas meningkat, mereka gembira sebab NILAI KEKAYAAN bertambah.
Bila-bila harga emas menurun, mereka juga gembira sebab dapat BELI BARANG MAHAL pada harga lantai.

Mereka ini lebih gentleman sebab EMOSI mereka lebih stabil tanpa ambil pusing sangat tentang pergerakan harga emas asalkan duit mereka sudah ditukar kepada emas fizikal

Bagi penyimpan emas, antara sebab mereka beralih kepada simpanan emas fizikal ialah:

Penyimpan emas simpan lebih banyak emas berbanding duit kertas

a) Mengelak kebocoran wang tunai akibat kelalaian mengawal nafsu berbelanja perkara bukan keperluan
b) Mahu melindungi nilai wang dan kekayaan mereka daripada kesan inflasi untuk jangka masa panjang.
c) Faham bahawa Emas Fizikal adalah ‘Real Money’ & ‘International Money’ yang diterima pakai di seluruh dunia.

Kategori #2: Pelabur Emas (Gold Trader)

Kategori kedua ini lebih sukakan cabaran dalam memahami turun dan naik harga emas supaya mereka dapat jana UNTUNG TUNAI ketika harga emas melonjak naik. Matlamat mereka ialah dapatkan UNTUNG MAKSIMUM dan bukan jumlah gram emas yang terkumpul.

Sebagai seorang pelabur emas, mereka sudah

a) menetapkan saranan untuk dapatkan keuntungan tunai melalui aktiviti jual beli emas
b) menganggap emas hanya salah satu portfolio perlaburan mereka selain daripada Unit Trust mahupun saham
c) mempunyai kemahiran teknikal analisis yang asas untuk mengetahui dan membaca pergerakan harga emas dunia di www.kitco.com. Aktiviti menganalisis ini dilakukan hampir setiap hari oleh otai-otai pelaburan emas.

Mereka gunakan strategi ‘Buy low, sell high’. Ini bermakna, mereka akan beli emas pada harga rendah dan bila harga naik dan kenaikan itu sudah mencapai untung yang mereka kehendaki, mereka akan segera jualkan emas tersebut untuk dapatkan UNTUNG TUNAI. Bagi yang pilih untuk berada dalam kategori ini, JANGAN TAMAK dengan keuntungan tunai yang bakal diperolehi. Jual segera bila harga dah capai target yang dikehendaki. Buat belian ulangan bila harga emas jatuh semula untuk dapatkan untung tunai dalam pusingan kedua.

Kategori #3. Peniaga Emas (Gold Dealer)

Kategori ini boleh dikatakan gabungan antara kedua-dua penyimpan emas dan juga pelabur sebab mereka bukan sahaja beli emas untuk simpanan peribadi tapi juga terlibat dengan urusan jual beli emas kepada sesiapa sahaja. Selain itu, peniaga emas yang mempunyai integriti tinggi juga bertindak sebagai penasihat (bukan salesman) kepada bakal pembeli-pembeli emas tentang item terbaik yang sesuai dengan bajet dan matlamat bakal pembeli-pembeli emas ini.

Dealer-dealer Public Gold merupakan contoh terdekat yang bertindak sebagai peniaga emas.
Peniaga emas boleh menjana keuntungan tak kira masa, sama ada ketika harga naik mahupun harga menjunam sebab mereka tidak terikat dengan turun atau naik harga emas.

Sebahagian koleksi 1gram pelbagai edisi

Dealer-dealer Public Gold menjana keuntungan melalui:
 a) aktiviti jual dan beli emas daripada pembeli runcit seperti item 1gram, 5gram dan 1/2 Dinar tanpa Kaedah GAP mengikut harga runcit yang ditetapkan oleh Public Gold
b) rebat untuk belian sendiri yang menjadikan spread sesuatu item lebih kecil
c) komisyen jualan sendiri dan kumpulan
d) komisyen atas rekomendasi pelanggan & dealer baru kepada Public Gold
e) komisyen atas belian ulangan pelanggan yang didaftarkan oleh dealer tersebut

Semoga penerangan di atas dapat membantu rakan-rakan membuat pilihan sebelum memulakan belian emas pertama. Ketiga-tiga kategori dapat memberikan keuntungan yang dikehendaki asalkan kita memilih dan bermula dengan asas ilmu emas yang tepat.
Kalau sudah tetapkan kategori pilihan hati, hubungi saya jika berminat lantik saya jadi introducer rakan-rakan.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *