3 Kesalahan Biasa Pembeli Emas

Dalam seminar FB live hujung Mei lalu, Mahaguru Emas Malaysia merangkap guru emas saya iaitu Encik  Syukor Hashim ada berkongsi tentang 3 Kesalahan Pembeli Emas yang patut kita elakkan. Ada yang anggap “alah, beli emas kat mana-mana, jenama apa pun sama je. Emas tetap emas.” Mungkin betul, mungkin juga salah. Jadi kat sini, saya kumpulkan poin-poin penting yang Encik Syukor kongsikan..

 

Kesalahan #1: Tak Ambil Tahu Tentang Susut Emas Tersebut

 

‘Amaran’ pertama daripada Encik Syukor ialah ‘Jangan Beli Emas Tanpa Tahu Susut Nilai Emas Tersebut’.. Jeng..jeng..jeng.

Susut nilai ini direct translation daripada Bahasa Inggeris iaitu “Spread”. Cuma dari sudut kewangan, istilah itu kurang tepat sebab “Spread” yang sebenar ialah Beza Harga Jual dengan Harga Belian semula. Dalam Bahasa Indonesia, ianya dipanggil sebagai ‘Selisih Harga’ yang saya percaya ianya lebih tepat berbanding susut nilai.

Ok, bagi orang yang first time nak beli emas dan sangat excited nak beli emas pelaburan pertama, dia akan terus ke kedai emas. Mengikut pemerhatian Encik Syukor, sales advisor di kedai emas biasanya berat mulut untuk cerita tentang spread Sebab apa? Sebab spread yang kedai emas kenakan agak tinggi walaupun untuk emas pelaburan. Ada yang sampai 15% untuk jongkong emas!

Satu tips dari Encik Syukor, untung pelaburan ialah ketika kita menjual emas tersebut, bukan waktu kita beli. Jadi bila kita tahu berapa spread yang dikenakan pada item yang kita nak beli, kita dah boleh agak berbaloi atau tidak beli emas tersebut. Walaupun masa nak beli harga emas lebih kurang sama kat mana-mana tapi masa nak jual balik, kita akan rugi besar jika spread emas tu tinggi!

 

Jadi pesan Encik Syukor, kalau pergi kedai emas, tanya dulu sales advisor tu ‘Kalau saya nak jual balik, berapa saya boleh dapat yer?’. Dan biasanya dia jadi berat mulut nak jawab. Ada tak ada pun dia akan jawab (walaupun berat hati) ‘Ianya bergantung kepada harga semasa’..

Mujur dia tak jawab ‘no comment’..hahaha.

Ok, rakan-rakan yang rajin buat counter check, bolehlah singgah mana-mana kedai emas untuk verify apa yang guru saya kongsikan untuk poin pertama ni.

 

Spread Bunga Mas 100g cuma 10% berbanding item yang sama di kedai emas

 

#2 Mindset  Terhadap Emas

Antara kesilapan lain ialah mindset yang salah terhadap emas. Emas ialah untuk simpanan jangka masa panjang. Menurut guru emas saya dalam perkongsian beliau baru-baru ini, semakin lama di simpan emas tersebut, semakin banyak untung kita perolehi.

Kes biasa yang saya dengar ialah, baru beli 1gram bulan lepas, bulan ni dah tanya bila boleh jual untuk dapatkan untung. Ini salah satu mindset yang salah.

Dalam fikiran mereka emas sama macam saham, boleh buat untung dalam masa sehari je. Bila jual bulan ni rugi, mereka menyesal beli emas (sama macam saya dulu jugak. HEHE).

Orang yang macam ni biasanya setiap hari monitor harga emas, walaupun tak nak jual pun emas tersebut. Monitor lah 10kali sehari pun, emas turun atau emas tu naik, emas 1gram tersebut tetap berada di tangan kita. Kita akan membazir emosi sahaja kalau monitor harga setiap hari.

Selain itu, ada jugak bandingkan emas dengan tabung Haji. Jadi, EMAS dengan ASB, MANA LEBIH BAIK?

Baca ulasn padat dari guru emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Emas tak boleh compare dengan ASB. Ia comparison yang tak kena. Macam compare tukul dengan kapak. Walaupun kapak pun boleh juga ketuk paku, tapi fungsi kapak sebenar untuk potong kayu. ASB ada dividen, emas tak ada. ASB aset kertas, emas aset fizikal. Emasnampak barangnya, ASB hanya ada nombor dan kertas je. Ketika ASB bagi dividen, emas tak ada apa-apa. ASB nombornya kekal,emas nombor harganya berubah-ubah. Bila ringgit jatuh, harga emas naik mendadak mengimbangi kejatuhan itu sedangkan ASB walaupun nombornya bertambah tetapi kuasa belinya jatuh bila ringgit jatuh. Sebab itu pakar kewangan Azizi Ali sarankan, 10% kekayaan mesti disimpan dalam bentuk emas. Tak pernah ada pakar kewangan sarankan simpan emas 100%. Emas hanya satu daripada banyak alat kewangan. Alat kewangan yang memiliki CIRI-CIRI IDAMAN HATI hanyalah pelaburan yang di tawarkan oleh SKIM CEPAT KAYA (LINGKUP) sahaja… Boleh cuba kalau nak rasa pengalaman lingkup tu macam mana…

Oleh itu, sebelum membeli emas, pastikan anda mempunyai mindset yang betul terhadap emas. Beli emas biarlah bermatlamat, bukan sekadar ikut-ikut. Kalau saya, simpan emas sekarang  sebagai modal untuk pergi Haji dan simpanan untuk pengajian Fayyadh (anak pertama saya) nanti. (“,)

 

#3 Terjoin Skim Pelaburan Emas

Ini yang paling bahaya! Simpan emas fizikal dengan mindset yang salah cuma tidak untung, tapi kalau terjoin skim cepat kaya emas boleh jatuh rugi dan lingkup!

Antara cara mudah nak tahu syarikat emas yang kita join tu skim cepat kaya atau tidak ialah cek je dekat BNM Alert List. Kalau company yang ada join tu tersenarai dalam list tersebut, perlu hati-hati.

Selain itu, beli emas dan mendapat pulangan secara bulanan itu jugak antara ciri skim cepat kaya bertopengkan emas. Saya tak larang anda join.

Tapi, dah ramai sahabat saya yang terpaksa menanggung hutang sampai sekarang sejak dari tahun 2014 akibat ditipu dengan skim emas Tok Belagak dulu.

Nak join silakan. Kalau dah terlingkup, sila bagitau saya ya. HAHA

 

Kesimpulan

Pilih emas jenama paling dipercayai dan mengikut ciri-ciri kritiria emas yang betul. Saya dah ulas topik tersebut di artikel saya sebelum ini. Boleh rujuk dekat SINI. Bagi yang bermodal kecil seperti saya, ubah mindset bagi seorang pelabur emas kepada penyimpan emas.

Menjadi penyimpan emas lebih menguntungkan! Bila matlamat simpanan kita jauh, soal harga turun naik itu hanyalah persoalan masa. Dan yang paling penting ialah, jauhi skim emas, ingatlah takda jalan mudah nak jadi kaya. Hanya tukang jahit sahaja yang goyang kaki dan dapat duit. HEHE

 

 

Posted by Syukor Hashim & Jonaina Nordin on Thursday, 24 May 2018

 

 

Mudah-mudahan bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *