Ini merupakan salah satu juga faktor utama orang ramai tak nak simpan emas fizikal. Apabila kita simpan emas fizikal sendiri, adakalanya kita lupa dekat mana kita letak emas tersebut, mungkin sebab kita sudah simpannya dalam jangka waktu yang lama. Atau emas tersebut mungkin dicuri kerana kecuaian kita meletakkan emas tersebut tanpa pengurusan keselamtan yang baik.
Cara Urus Risiko #1 – Boleh rujuk tips ‘Cara Selamat Simpan Emas‘
Risiko #2 – Harga emas turun dalam jangka pendek.
Seperti
yang kita sedia maklum, belum ada mana-mana pakar emas yang boleh
menjangka turun naik harga emas secara tepat. Jadi bukan sesuatu yang
pelik apabila harga emas tiba-tiba turun sebaik sahaja kita beli emas.
Tak perlu panik sebab dalam jangka panjang, harga emas memang dalam
trend menaik kerana nilai duit kertas yang semakin menyusut.
Cara Urus Risiko #2 – Beli
emas dengan duit simpanan jangka panjang. Sebaik-baiknya duit yang
memang kita takkan sentuh sekurang-kurangnya 2 – 3 tahun. Ini penting
supaya EMOSI kita tidak terganggu dengan turun naik harga emas dalam
jangka pendek.
Ini risiko yang ramai orang terkena, terutamanya orang baru. Jika anda rajin jengah-jengah di FB group yang aktif dalam jual beli emas, mesti ada terselit keluhan orang ramai yang mereka ditipu oleh peniaga-peniaga online yang mengambil kesempatan pembeli yang naif ini. Situasi yang selalu terjadi ialah ‘peniaga’ tersebut menghilangkan diri/mengnyahaktif akaun FB selepas bayaran/deposit dibuat oleh si pembeli.
Cara Urus Risiko #3 – Buat urusniaga terus dengan syarikat yang kukuh i.e Public Gold.
Jangan kerana mahukan penjimatan dan boleh tawar-menawar dengan peniaga online yang TIDAK bertanggungjawab, kita mendedahkan diri kita |(dan duit kita juga) dengan risiko penipuan. Sebaiknya buat urusniaga secara terus dengan syarikat. Jika anda kenal rapat dengan Dealer pun, buat transaksi on the pot. Anda serah duit tunai, Dealer serah item.
Saya secara peribadi memang galakkan bakal pelanggan saya untuk jadi pelanggan merdeka berdasarkan panduan yang saya kongsikan dalam blog ini. Ini bermula dengan pengetahuan:
* kenapa perlu simpan emas fizikal
* kenapa perlu pilih emas Public Gold
* cara belian emas secara GAP atau non GAP
* cara simpan emas dengan selamat
Dan bakal pelanggan & pelanggan sedia ada tak perlu segan-segan untuk hubungi saya untuk KHIDMAT NASIHAT PERCUMA berkaitan tentang emas fizikal, khasnya emas Public Gold. Saya bantu sedaya-upaya untuk memudahkan urusan.
Semoga kita terus istiqamah dalam menabung emas fizikal apatah lagi selepas tahu RISIKO dan CARA PENGURUSAN RISIKO berkaitan emas fizikal.
Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam