3 Sebab Utama Wang Kertas Bukan Simpanan Jangka Panjang Yang Ideal

Sejak minggu lepas, berita tentang bank di Greece diarahkan tutup akibat kehabisan duit di ATM menjadi viral di media sosial. Situasi ini dikhabarkan akibat kerisauan rakyat Greence dengan krisis kewangan negara mereka. Jadi orang ramai disana mengambil keputusan untuk keluarkan duit mereka dari bank. Apabila orang ramai ‘berpakat’ untuk keluarkan duit masing-masing daripada bank dalam masa hampir serentak, bank akan kehabisan duit. 

Kita mungkin tak dapat gambaran jelas tentang situsi sebenar di sana. Tapi bayangkan jika kita sudah memasuki usia emas dan mengharapkan duit simpanan di bank untuk menampung sebahagian perbelanjaan hidup dan apabila kita sudah penat beratur di luar bank, tiba-tiba kita diberitahu, kita tak dibenarkan untuk keluarkan duit kita! Inilah yang berlaku kepada seorang pesara di Greece yang
menyebabkan beliau terduduk dan menangis sambil memegang buku bank akibat gagal mengeluarkan duit simpanannya. Kesian kan?

Kejadian di Greece ini sebenarnya adalah sebahagian daripada hakikat pahit yang perlu diterima jika kita menyimpan wang kertas sebagai simpanan jangka panjang. Dengan ketidaktentuan ekonomi dunia, pasti tempiasnya terkesan pada negara kita. Jika bukan sekarang, pasti masanya akan tiba tanpa sebarang amaran. Duit yang kita simpan hari ini, nilainya takkan ‘melekat’ bersama duit itu untuk jangka masa panjang, hatta setahun dari sekarang pun disebabkan inflasi.

Ada 3 sebab utama yang menjadikan wang kertas bukanlah simpanan yang ideal sebagai simpanan jangka panjang.

1) Fitrah duit tunai untuk dibelanjakan

Sejak kecil lagi pun kita sudah terbiasa dengan istilah ‘Duit Belanja Sekolah’.

‘Nah, ini duit untuk belanja kat sekolah yer.’

Dialog yang lebih baik ‘ Nah, ini duit untuk belanja kat sekolah, ada lebih, simpan yer.’

Secara tidak langsung, setiap kali bila ada duit, kita rasa seronok dan tidak rasa bersalah untuk belanjakan kesemua duit itu, kan?

Dari sudut kewangan, tabiat ini memang akan jadi penghalang besar untuk kita menjadi kaya sebab asas menjadi kaya ialah MENYIMPAN.  Orang yang bergaji puluhan ribu juga susah atau lambat nak kaya jika duit gajinya tidak diperuntukkan langsung untuk menyimpan. Pakar-pakar kewangan sangat mengesyorkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan dan mempunyai simpanan tunai sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan pendapatan.

Bagi saya yang tergolong dalam kategori gatal tangan untuk berbelanja bila dapat duit, saya ambil langkah untuk tukarkan simpanan wang tunai kepada emas fizikal. Saya masih boleh meneruskan hobi saya iaitu bershopping, tapi saya tukarkan kepada shopping emas. Asal ada duit yang ada harapan untuk dibelanjakan pada perkara yang kurang berfaedah, cepat-cepat saya asingkan untuk menambah gram emas saya.

Keseronokan menyimpan emas itu lebih mengujakan dan menjadi ketagih apabila orang yang biasa-biasa (macam saya) pergi ke cawangan Public Gold untuk tebus keluar emas fizikalnya. Hanya orang yang ada simpanan emas faham aura emas apabila kita dapat pegang sendiri sesuatu yang sangat cantik dan bernilai untuk jangka panjang. Allah dah campakkan dalam naluri semua manusia memang sukakan emas!

Fitrah duit untuk dibelanjakan
Fitrah emas untuk disimpan baik-baik

2) Nilai duit dimakan inflasi

Walaupun kita ini jenis tak pandai berbelanja dan duit simpanan ibaratnya berlumut di dalam bank/Tabung Haji, tetapi kita tidak boleh nafikan nilai duit itu takkan dapat bertahan lama. RM10,000 pada tahun 2000 takkan sama kuasa belinya pada hari ini (2015). Benar angkanya masih kekal RM10000 dan ditambah dengan dividen tahunan sekitar 5.5% hingga 7% tapi sebenarnya dividen yang diberikan itu hanya untuk menampung atau mengejar kadar inflasi sahaja.

Katakan dividen yang terkumpul selama 15 tahun simpanan tadi ialah RM5,000 (ini sekadar congakan linear sahaja), wang simpanan tadi menjadi RM15000 pada tahun 2015. Kita mungkin terfikir kita ada duit tambahan RM5000 untuk dibelanjakan tapi sebenarnya jika kita sentuh duit dividen sahajapun, bermakna kita sudah menjadikan kita lebih miskin daripada tahun-tahun sebelumnya.

Ini belum termasuk zakat simpanan yang dikeluarkan pada setiap tahun. Pada ketika ini, kita mula mengeluh yang harga barangan menjadi mahal belaka tapi sebenarnya, wang kertas kita yang semakin susut nilai yang seterusnya mengehadkan kuasa beli kita.

Ketika sekolah darjah 1 dulu, saya ingat lagi yang saya bawa duit belanja (bukan duit simpan) 30 sen dan dapat beli nasi goreng sepinggan berharga 20 sen dan air barli ikat tepi 10 sen yang sekali dua sedut, dah habis. Saya belum pasti berapa agaknya bajet untuk anak sulung saya yang akan
bersekolah darjah 1 tahun depan supaya dia boleh makan untuk alas
perutnya pada waktu rehat nanti. :-).

Berbanding emas fizikal, kuasa belinya hampir sifar inflasi seperti mana 1 Dinar emas masih dapat membeli seekor kambing sejak zaman Nabi hingga hari ini iaitu selepas 1400 tahun! Di Malaysia pun, ada penternak kambing yang menerima 1 Dinar pelbagai jenama sebagai medium pembayaran; tidak terhad kepada wang tunai sahaja.

Bukankah ini menunjukkan yang emas fizikal ini adalah simpanan yang relevan dan kekal bernilai?

3) Matawang Ringgit Malaysia jatuh

Beberapa isu politik dan ekonomi dalam negara sekarang ini banyak mempengaruhi prestasi Ringgit Malaysia. Jika kita tidak terlibat dengan tukaran wang asing dalam urusan seharian, mungkin kita kurang peka dengan situasi ekonomi semasa. Kita cuma perasan apabila harga barangan semakin naik bukan sahaja disebabkan inflasi tetapi disebabkan kadar tukaran yang rendah. Peniaga-peniaga perlukan lebih wang ringgit untuk mengimport barangan daripada luar negara. Kesannya mereka terpaksa menaikkan harga barangan untuk menampung kos operasi mereka. Pengguna iaitu sebahagian besar daripada kita yang akan menanggung kesannya sebagai pihak terakhir dalam rantaian pengguna ini.

Katakan peniaga perlu beli barangan import daripada pembekal pada kadar USD1000 dan mereka perlu membayar RM3400 sebelum kejatuhan Ringgit Malaysia. Apabila nilai ringgit semakin jatuh dan berada sekitar USD1/RM3.72, ini bermakna peniaga terpaksa membayar RM3720 bagi produk dan kuantiti barang yang sama. Kos tambahan inilah yang akan dipindahkan kepada pengguna iaitu kita dan kita terpaksa bayar lebih untuk dapatkan barangan tersebut.

Berbanding emas, jika harga emas jatuh, penyimpan emas yang tegar akan tersenyum lebar kerana mereka dapat beli item mahal pada harga murah. Apabila harga emas jatuh, ianya ibarat durian runtuh sebab pada masa inilah penyimpan emas akan mengambil peluang untuk tambahkan simpanan emas masing-masing. Tak perlu tunggu ‘Year End Sale’ untuk shopping emas.

Kejatuhan nilai ringgit ini lebih menakutkan kerana ianya bukan sahaja menghilangkan kuasa beli kita tapi jika keadaan berterusan (Nauzubillahiminzalik ), matawang ringgit mungkin tidak diterima untuk tukaran di bandar-bandar lain di dunia. Walaupun harga emas juga dipengaruhi kestabilan ekonomi tapi gram emas yang terkumpul tetap laku dan tidak berubah ditelan waktu. Jika kita simpan 100gram ianya itu akan kekal jika emas tersebut tidak hilang atau dijual semula.

Lagipun Emas yang sama itu tetap Emas 100gram di Malaysia mahupun di Greece. Emas yang dibeli di hemisfera selatan masih laku jika dijual di hemisfera utara asalkan ianya emas tulen.

Emellia Maskor
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

1 Comment

  1. Pingback: Manfaat Simpanan Emas Kepada Kakitangan Swasta | emellia.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *