4 Cara Beli Emas Public Gold

<Dikemaskini Januari 2018>

Goldbar 5gram dan 10gram Public Gold

Nak beli emas Public Gold tidak lah sesusah mana. Asalkan kita tahu pilihan cara yang ada, pasti ada salah satu cara yang sesuai dengan kita. Kita masih boleh lock harga emas yang terbaik walaupun dari atas katil; masih belum gosok gigi di awal pagi. Dengan kemudahan beli emas 24×7, kita tak perlu terlalu bergantung kepada Dealer untuk dapatkan ‘the best price’. Dealer cuma berikan guidance ketika mula-mula nak beli emas dan selebihnya kita yang urus sendiri pembelian aset kita ni. Lagipun mudahnya nak dapatkan emas Public Gold tanpa perlu tunggu waktu pejabat ataupun waktu operasi kedai emas yang lain.

Kali ini saya akan kongsikan pilihan yang ada untuk dapatkan emas Public Gold. Mengikut pemerhatian saya, ada 4 cara yang sesuai untuk kita beli emas Public Gold pada bila-bila masa, sama ada secara online mahupun offline. Pilih sahaja yang mana sesuai dengan situasi kita.

  1. Beli melalui Kaedah GAP (ONLINE)
  2. Belian Terus di Website (ONLINE)
  3. Belian Secara Syariah Easy Payment Purchase (EPP) di Website (ONLINE)
  4. Beli di cawangan PG berdekatan (OFFLINE)

 Cara #1: Beli melalui Kaedah GAP – ONLINE

Harga 1gram emas GAP dikemaskini setiap hari

Ini ringkasan tentang Program GAP yang ditawarkan oleh Public Gold.

  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram @ RM100
  • Simpan emas dengan Public Gold secara PERCUMA.
  • TIADA had masa, TIADA had jumlah emas yang dibeli. TIADA yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Harga per gram GAP dikemaskini pada jam 12 tengah malam setiap hari mengikut pergerakan harga emas dunia.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa.
    – Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj Gold Premium macam beli emas fizikal Public Gold yang lain.  -TIADA Gold Premium dikenakan selagi kita tak keluarkan emas fizikal tersebut.
  • Bagi item kecil seperti jongkong emas 1gram pelbagai siri, jongkong emas 5gram dan 1/2 Dinar lebih murah jika dibeli melalui Kaedah GAP.

Untuk maklumat lanjut tentang Gold Accumulation Program, boleh rujuk SINI

Cara #2: Belian Terus Di Website – ONLINE

Sebelum Kaedah GAP diperkenalkan pada tahun 2014, pembelian emas Public Gold adalah melalui belian terus di website secara online 24 jam sehari, 7 kali seminggu.

Semudah ‘Klik-klik-klik’ sahaja. Pembeli emas Public Gold boleh mendapatkan harga yang ‘dikehendaki’ dengan memantau sendiri pergerakan harga emas tanpa terlalu bergantung pada Dealer. Ini kerana harga setiap item seperti 1 Dinar dan 10 gram dikemaskini setiap 20minit.

Mengikut pengalaman saya, harga emas biasanya aktif pada waktu malam kerana urusniaganya adalah mengikut waktu New York, US. Harga emas mungkin mencanak naik atau jatuh menjunam pada waktu malam dan lebih stabil pada waktu sebelah pagi waktu Malaysia kerana urusniaga di New York baru sahaja tamat pada waktu tersebut (Perbezaan 12 – 13 jam antara waktu New York, US dan Kuala Lumpur, Malaysia).

Saya kongsikan empat (4) langkah mudah untuk beli emas Public Gold sebagai rujukan anda untuk lock harga sendiri lebih-lebih lagi ketika harga tengah ‘cun’!

Langkah #1 : Daftar di Website Public Gold

Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Selesaikan Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas di cawangan terdekat
Untuk maklumat lanjut tentang Belian Terus di Website boleh rujuk SINI.

Cara #3: Belian Secara Syariah Easy Payment Purchase (EPP) Di Website – ONLINE

Cara beli emas secara EPP juga sama macam cara belian terus cuma pada langkah 3, kita pilih ‘Syariah Easy Payment Purchase’ sebagai cara bayaran. Item yang boleh dibeli secara EPP ni bermula dari 1 Dinar; maksimum 4x bayaran dan bagi item 100gram & ke atas; maksimum 10 kali bayaran. Bayaran pertama dalam masa 24jam dan tarikh bayaran seterusnya cuma ikut tarikh yang ada dalam invoice yang Public Gold emailkan nanti. Untuk EPP, selain caj premium ikut item yang kita beli, ada juga EPP premium dikenakan. Lepas kita jelaskan semua bakinya, kita cuma beritahu cawangan untuk reserve stock dan maklumkan kita bila item sudah sampai di cawangan.
Saya bersama Staff PG Sunway, Pn Miera yang banyak membantu urusan kutipan stok di cawangan.

 

Cara #4: Beli terus di cawangan berdekatan secara walk-in (OFFLINE)

Ada juga pembeli emas pertama kali nak beli emas Public Gold lebih selesa untuk beli secara walk-in di cawangan Public Gold berhampiran. Mereka lebih yakin untuk buat bayaran hanya apabila mereka melihat sendiri emas di depan mereka.

Cuma risikonya di sini ialah:

1) Apabila pembeli datang ke cawangan tanpa membuat ‘stock reservation’ terlebih dahulu, mungkin ada masalah untuk dapatkan item yang dikehendaki on the spot. Ini kerana kebanyakan item sudah terlebih dahulu di’reserve’ bagi memenuhi order pembeli yang lebih awal. Ada baiknya, sebelum datang branch, call dulu branch yang kita nak pergi tu untuk cek ada atau tak item yang kita nak tu. Kalau item belum sampai di cawangan, staff PG akan lock (atau reserve) stock yang kita nak, nanti dah sampai di cawangan, staff PG akan call dan kita boleh datang untuk ambil emas tu tadi.

2) Pembeli emas ‘newbie’ mungkin tak dapat nasihat PERCUMA daripada Dealer jika beli emas tanpa Dealer (Introducer). Staff di cawangan mungkin terlalu sibuk dengan urusan pentadbiran dan proses urusan jual beli yang menanti untuk diproses dalam sistem Public Gold. Mereka mungkin tidak dapat melayan setiap pertanyaan yang diajukan oleh bakal pembeli emas yang datang secara walk-in.

Jika anda mahu buat belian terus di mana-mana cawangan Public Gold terdekat, boleh letakkan saya sebagai Introducer (Kod Dealer PG041139) supaya mudah saya bantu jika diperlukan.

Semoga perkongsian saya tentang cara-cara beli emas Public Gold ini dapat membantu anda pilih cara terbaik untuk buat belian emas di mana-mana sahaja tanpa sebarang risiko.

Emellia Maskor
Kod Dealer PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *