4 Tips Mulakan Pelaburan Emas Dengan Bajet Rendah

Kata guru saya, amat rugi jika seorang pelabur emas fizikal tidak tahu tentang Public Gold. Ini kerana Public Gold menawarkan emas berkualiti yang harga per gramnya antara terendah di pasaran. Sebagai seorang pelabur, dia mesti mahu memaksimumkan keuntungan dengan ‘entering cost’ yang sangat minimum. Bersama Public Gold dan dengan ilmu yang betul, sebenarnya kita tak perlukan modal yang besar untuk mulakan
pelaburan emas. Jika kita ada peruntukan sekitar RM200 sebulan pun, kita dah boleh mula
menyimpan emas.

Menarik kan?

Untuk permulaan, biasanya saya selalu kongsikan dengan bakal pelanggan saya supaya jadikan emas sebagai simpanan. Bila dah mulakan simpanan, baru kita lebarkan sayap kepada pelabur emas sebab kita dah faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Bila dah ada ‘benchmark’ harga kita sendiri, kita boleh tentukan sama ada nak tambahkan simpanan gram emas kita ataupun jual emas tersebut untuk nikmati UNTUNG TUNAI. Semuanya bergantung pada matlamat masing-masing.

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan bajet kurang daripada RM200, saya cadangkan pertimbangkan salah satu daripada cara ni: 

Tips #1 – Beli Emas Secara GAP

1gram emas 999.9 Public Gold
Sejak Ogos 2014, Public Gold telah melangkah setapak maju ke hadapan berbanding syarikat emas lain dengan mengeluarkan produk
terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Program ini untuk
memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM200. Rata-rata pemilik akaun GAP ni pun mengakui yang GAP merupakan kaedah BELIAN dan SIMPANAN emas paling mudah di Malaysia buat masa ini. Kita boleh beli emas secara ONLINE walau di mana kita berada sekalipun 7 hari seminggu, 24 jam sehari. Melalui Kaedah GAP ini, kita boleh beli emas seberat 1gram sekalipun dan Publich Gold simpankan emas itu secara PERCUMA. Kita boleh tambah belian emas tu (dalam gandaan 1gram) pada bila-bila masa tanpa ada komitmen mingguan mahupun bulanan. 
Untuk buat belian secara GAP kali pertama,boleh baca artikel ‘Beli Emas Dengan Kaedah GAP

 

Tips #2 – Beli Jongkong Emas 1gram sebarang jenama

Kita juga ada pilihan untuk beli jongkong emas 1 gram yang ada di kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Wah Chan dan Habib Jewel. Harganya
sekitar RM200 buat masa ini tapi ini tidak termasuk GST yer.
Sudah tentulah jongkong emas tersebut lebih mahal daripada 1gram Public Gold yang kita boleh beli dengan Kaedah GAP.

Kalau nak beli jongkong emas 1gram dari syarikat emas lain seperti Power Gold ataupun GCP pun tak ada masalah. Cuma, sebelum nak beli jenama lain, pastikan ianya memenuhi sebanyak mungkin ciri-ciri emas pelaburan terbaik di Malaysia seperti 1) harga per gram antara yang terendah 2) susut nilai terendah 3) bebas GST. Takut-takut jika ianya tidak memenuhi ciri-ciri tersebut, seolah-olah tidak berbaloi kita melabur dalam emas fizikal ini. Jika kita terbeli emas yang susut nilainya tinggi, maka lambat lah jawabnya kita nak merasa untung pelaburan emas tu.

Tips #3 – Beli Jongkong Emas 0.5gram edisi istimewa Public Gold 

Jongkong emas 0.5gram edisi Kids on Bicycle

Dengan bajet sekitar RM110, rakan-rakan masih berpeluang nak dapatkan aura menyimpan emas dengan peruntukan yang paling minima. Jongkong emas 0.5gram edisi istimewa Public Gold mungkin antara item yang sesuai untuk dimilik sebagai “My First Goldbar”. Harganya mungkin agak mahal berbanding harga 1gram emas melalui Kaedah GAP tapi ini merupakan alternatif terbaik untuk rakan-rakan memupuk keberanian menyimpan emas fizikal yang paling ringan dalam kelasnya.

Sekadar cadangan, apabila sudah terkumpul 0.5gram x 2 keping, mungkin boleh jualkan kepada rakan-rakan terdekat yang belum pernah simpan emas fizikal dengan harga diskaun. Duit tu kemudiannya boleh digunakan untuk beli jongkong emas 1gram melalui Kaedah GAP pula. Seronoknya simpan emas secara berjemaah, kan?

 Tips #4 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Jika ada peruntukan sederhana sekitar RM600 – RM700,
saya cadangkan beli syiling emas 1 dinar secara belian terus tanpa melalui Kaedah GAP. Caranya mudah je:


Lock harga terus di website – Buat bayaran berdasarkan Sales Order yang diterima – Buat stock reservation dengan cawangan PG terdekat – Datang collect item  dan simpan sendiri.

Public Gold menawarkan syiling emas 1Dinar yang berketulenan 999.9 mengikut berat standard 4.25gram. Susut nilainya cuma 8% dan tanpa GST.  Untuk tahu banyak lagi kelebihan emas keluaran Public Gold, boleh baca lagi artikel 11 Kelebihan Emas Public Gold.

Semoga tips yang dikongsikan ini menjadi pemangkin lebih ramai lagi orang biasa-biasa macam saya untuk menyimpan emas.


Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *