4 Tips Pelaburan Emas Untuk Pelabur Baru

“Kak Emy, saya baru nak mula melabur emas…tapi tak pasti macam mana nak mula.. Boleh Kak Emy ajar?”

Ok baik.

Kata guru-guru pelaburan (apa sekalipun), pelaburan yang paling untuk ialah PELABURAN ILMU.

Tips #1: Cari sebanyak mungkin maklumat tentang emas dan apa sahaja yang berkaitan dengan emas. Dengan maklumat yang ada, kita boleh tentukan sama ada pelaburan emas ini sesuai atau tidak dengan ‘jiwa’ kita.

Ini antara maklumat yang kita perlu tahu:

a) Jenis produk emas yang ada di pasaran

b) Apa risiko yang kita perlu tanggung jika melabur emas.

Tips #2: Mulakan dengan kuantiti yang kecil atau amaun yang kita boleh tanggung jika berlaku kerugian. Kalau emas Public Gold, kita boleh mula beli 1gram emas fizikal @ terus buka Akaun Emas GAP minimum RM100 sahaja.

Tips #3: Konsisten melabur emas. Tujuannnya supaya kita ada pengalaman beli dan jual emas ketika harga naik atau turun. Emas merupakan satu komoditi yang didagangkan mengikut permintaan dunia/kuasa-kuasa besar. Jadi setiap kali ada perubahan pada ‘supply and demand’ emas dunia, harga emas pun aktif bergerak. Jika kita konsisten membeli pada sebarang harga, kita akan ada jumlah emas yang sentiasa bertambah.

Goldbar 100g Bunga Mas

Tips #4: Kata Tuan Azizi Ali dalam salah satu seminar tahunan Public Gold, untuk dapat untung besar dalam pelaburan, kita kena melabur dalam kuantiti yang besar. Orang yang melabur 100g takkan dapat untung yang sama dengan orang yang melabur 1000g!

Usah risau jika tak faham. Jika nak faham, kena mula buat tips #1 dengan klik www.wasap.my/60123669330/SimpanEmas 


Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *