5 Manfaat Menjadi Dealer Public Gold

Saya memulakan belian pertama Dinar Emas Public Gold sebagai customer biasa sahaja sehinggalah 6 bulan selepas itu, baru saya buat belian yang melayakkan saya mendapat status Dealer. Selama menjadi customer biasa, saya memerhatikan ‘cara kerja’ beberapa orang Master Dealer memberikan perkongsian ilmu dengan orang ramai tentang kepentingan menyimpan emas fizikal melalui blog dan facebook. Ini termasuk Encik Mohd Zulkifli sendiri selaku introducer saya. Banyak ilmu yang mereka kongsikan dan dengan ilmu asas daripada mereka, saya membuat belian yang melayakkan saya mendapat status Dealer.

Secara amnya, untuk menjadi Normal Dealer, kita perlu buat belian sekurang-kurangnya RM30,000 dalam satu resit.

Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, Public Gold sentiasa memberikan peluang yang lebih banyak kepada orang ramai untuk sama-sama menjadi Dealer dengan pembelian sekitar 100gram emas sahaja (melalui Kaedah GAP). Mengikut harga terkini, 100gram sekitar RM15,000 ataupun kurang. Ini bermakna, lebih ramai orang dapat menjadi Dealer dengan potongan melebihi 50%!

Berikut adalah beberapa kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi sebagai Dealer Public Gold. Tak kira sama ada harga emas naik atau turun, Dealer yang aktif tetap akan mendapat manfaat dari kenaikan atau penurunan harga emas.

Manfaat #1 : Komisyen Belian Emas Sendiri

Sama ada pelanggan baru atau pelanggan sedia ada, belian emas minima RM30,000 dalam 1 resit akan melayakkan kita dapat status Dealer ataupun sebarang belian emas melalui Kaedah GAP seperti yang selalu Public Gold tawarkan (contohnya beli emas 100gram secara Kaedah GAP).

Ini dikira belian pertama kita. Belian pertama ini, kita belum dapat komisyen lagi. Komisyen sebagai Dealer akan mula
diperolehi daripada belian kedua dan seterusnya. Public Gold membayar komisyen mengikut tahap Dealership.

Normal Dealer – 1% Komisyen Belian
Priority Dealer – 1.5% Komisyen Belian
Master Dealer – 2% Komisyen Belian

Manfaat #2: Komisyen Jual Balik Emas kepada Public Gold

Bagi ketiga-tiga tahap Dealership, jika ada jualan balik emas kepada Public Gold, Dealer akan dibayar sebanyak 0.3%. Percentnya kelihatan kecil tapi masih lagi berbaloi sebab kita tetap ‘dibayar’ walaupun kita jual semula emas kepunyaan kita.

Bagaimana Manfaat #1 & Manfaat #2 menguntungkan Dealer walaupun Dealer tidak aktif:

Contoh: Katakan jumlah jualan balik emas kepada Public Gold sebanyak RM15000, Public Gold akan bayar Dealer sebanyak RM 45.00.

Katakan Dealer membeli jongkong emas 250gram berharga RM39,000, maka Public Gold akan membayar balik:

Normal Dealer 1% = RM390
Priority Dealer 1.5% = RM585
Master Dealer 2% =  RM780

Jika Dealer menjual balik item emas kepada Public Gold, Public Gold akan membayar balik sejumlah 0.3% dari nilai jualan balik tersebut.

Katakan harga PG Buy jongkong 250gram hari ni berharga RM37,000, maka Dealer akan dibayar nilai penuh RM37,000 + RM111 (0.3%).

Pengiraan Spread mengikut tahap Dealership:

Normal Dealer: 5% – 1% – 0.3% = 3.7%
Priority Dealer: 5% – 1.5% – 0.3% = 3.2%
Master Dealer: 5% – 2% – 0.3% = 2.7%

Kesimpulannya, walaupun spread asal emas tu 5%, tapi bila ia dibeli dan dijual balik
menggunakan status dealer Public Gold, spread tu dah berkurang menjadi setidak-tidaknya hanya 3.7%
sahaja.

Manfaat #3: Komisyen Perkenalkan Pembeli

Dengan jumlah belian sendiri sebanyak 100gram atau pun RM30000 (sekitar 200gram) yang melayakkan kita menjadi Dealer, kita mesti dapat rasakan keseronokkan menyimpan emas fizikal. Jadi, kongsilah keseronokan dan kelebihan menyimpan emas fizikal ini dengan rakan-rakan kita yang mungkin tak pernah terfikir pun untuk jadikan emas sebagai salah satu portfolio simpanan mereka. Menariknya melalui laman media sosial, kita tak perlu jadi ‘ahli mesyuarat tingkap’ untuk war-warkan kebaikan menyimpan emas fizikal. Tak perlu buat sebarang demo tentang emas sebab semua orang tahu kehebatan aura emas itu sendiri.

Jadi, apabila ada rakan-rakan yang berminat untuk sama-sama simpan emas fizikal, kita sebagai Dealer jadi Pemudahcara untuk mereka. Berdasarkan matlamat simpanan emas dan bajet yang mereka ada, kita hanya berikan pandangan dan bantu mereka buat belian emas. Mereka buat belian terus kepada Public Gold dan datang ambil emas sendiri di cawangan terdekat.

Ganjaran untuk Dealer sebagai Introducer mereka, Public Gold akan bayar ikut tahap Dealership masing-masing (1% – 2%). Kita akan dibayar komisyen selagi pembeli yang kita perkenalkan tersebut buat belian emas mereka.

Manfaat #4: Beli Emas pada Harga Diskaun

Selepas dapat status Dealer, kita berpeluang beli emas dengan harga diskaun apabila pembeli emas yang lepas ingin menjual semula emas mereka kepada kita. Harga diskaun ini bermaksud kita boleh membeli semula emas yang mereka ingin jual pada harga ‘PG Buy’. Kadang-kadang pembeli emas itu lebih selesa untuk menjual semula kepada Dealer mereka sebab mereka boleh dapat duit jualan on the spot.
Kalau mereka jual semula kepada Public Gold, Public Gold perlu 1 hari bekerja untuk proses transaksi tesebut dalam sistem. Jadi, menjual semula kepada Dealer terdekat adalah pilihan terbaik bagi pembeli emas.

Apabila kita sudah beli pada harga diskaun, kita mempunya pilihan sama ada untuk:

a) SIMPAN (Tambah simpanan emas peribadi) – Ini membolehkan kita dapat penjimatan 5%-8% daripada harga ‘PG Sell’. Emas dapat, diskaun pun dapat.

atau

b) JUAL semula emas tersebut kepada pembeli lain – Apabila kita ada lebihan stok dan ada permintaan daripada pembeli, kita boleh jualkan stok yang ada ditangan pada harga ‘PG Sell’. Kalau kita ‘tolak’ balik lebihan stok emas itu kepada Public Gold, Public Gold akan beli pada harga ‘PG Buy’. Jadi, lebih baik kita jualkan kepada pembeli untuk dapatkan harga terbaik. Duit tunai dapat, untung urusniaga tanpa susut nilai pun dapat.

Situasi:

Pembeli emas nak jual 20gram jongkong emas dia pada kita. Kita beli pada harga ‘PG Buy’ sekitar RM2700. Katakan selepas itu ada pembeli kedua mahu beli 20gram ready stock secara cash buy. Kita boleh jual kepada pembeli kedua pada harga ‘PG Sell’. Kita akan dapat RM200 untung dalam satu urusniaga. 🙂

Manfaat #5: Komisyen Overriding Dealer

Apabila kita sudah ada ramai pembeli berdaftar dengan kita, pasti ada antara mereka yang nampak peluang untuk jana pendapatan dengan berniaga emas. Apabila pembeli ini buat belian yang melayakkan dia menjadi Dealer, Public Gold akan bayar ‘overriding commision’ kepada kita. Begitu juga apabila Dealer tersebut buat belian kedua dan seterusnya.

a) Pada belian pertama mereka RM30000 untuk jadi Dealer, Public Gold akan bayar kita sebagai Introducer sebanyak RM300 (1%) atau RM450 (1.5%) atau RM600 (2%) mengikut tahap dealership kita. Komisyen ini bergantung juga kepada jumlah belian yang melayakkan pembeli baru atau customer sedia ada menjadi Dealer.

Contohnya: Promosi menjadi Dealer ialah pembelian emas 100gram melalui Kaedah GAP. Jadi, Dealer yang menjadi Introducer itu akan dibayar mengikut harga belian emas 100gram tersebut. Jika sekarang, harganya sekitar RM15000. Ini bermakna, Dealer akan dibayar komisyen RM150 (1%) atau RM225 (1.5%) atau RM300 (2%) mengikut tahap dealership masing-masing.

b) Apabila Dealer yang baru itu buat belian seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen
dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer.

Syarat Kelayakan Semula Dealer

Public Gold meletakkan Syarat Kelayakan Semula Dealer iaitu Personal Sales bagi setiap tahap Dealer adalah dari serendah
RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap pusingan (tempoh 6 bulan). Tempoh kiraan kelayakan semula adalah bemula daripada pusingan 1
September hingga 28 Febuari dan pusingan 1 Mac hingga 31 Ogos setiap
tahun. 

Ini memberikan peluang kepada Dealer yang benar-benar aktif dan mahu menjana pendapatan dengan jual beli emas Public Gold mendapat komisyen yang lebih adil dan berpatutan.

Personal Sales adalah belian yang dibuat oleh kita sendiri sebagai Dealer dan juga belian yang dibuat oleh customer yg didaftarkan oleh kita. Bagi orang yang benar-benar serius mahu menjana pendapatan sebagai peniaga emas tanpa kedai, Personal Sales ini mudah dicapai, apatah lagi dengan pengenalan cara belian emas melalui Kaedah GAP.

Kami, para Dealer dimaklumkan buat masa ini, syarat kelayakan ini hanya terpakai untuk Master Dealer sahaja. Walaupun begitu, tak salah kita jadikan syarat kelayakan semula ini sebagai pemangkin untuk kita sebarkan lagi kebaikan & kelebihan menyimpan emas fizikal sebagai salah satu alat kewangan jangka panjang.

Bagi yang berminat untuk menjadi Dealer Public Gold bersama-sama saya, hubungi saya dahulu untuk mengetahui promosi terkini belian emas yang melayakkan rakan-rakan menjadi Dealer.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *