5 Sebab Orang Takut Miliki Emas & Tips Atasi Rasa Takut

Dulu masa sebelum mulakan simpanan emas fizikal, saya cukup takut nak simpan emas. Salah satu sebabnya, saya agak cuai dalam menjaga emas terutamanya barang kemas ni. Pernah sekali saya pakai rantai tangan masa ke bandar berhampiran, tapi saya langsung tak perasan rantai tangan tu jatuh entah di mana hinggalah mak saya yang perasan rantai tangan tu dah tak ada di pergelangan tangan saya.

Sekarang, apabila dah mula tahu kepentingan simpan emas fizikal, saya mula rasa lebih bertanggungjawab untuk jaga emas fizikal yang saya beli. Ada beberapa sebab yang membuatkan kita ‘takut’ nak beli dan simpan emas.

Ini antaranya.


1) Takut emas hilang atau dirompak

Memang ini adalah risiko yang biasa bila kita ambil keputusan untuk simpan emas fizikal. Belumpun mulakan simpanan emas, kita sudah terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat salah letak yang menyebabkan ianya hilang dari simpanan, ataupun emas tu dirompak. Kalau baru bermula simpan emas sama ada sekeping dinar atau jongkong, alasan takut menyimpan emas tu boleh diatasi. Hanya kita yang tahu situasi/keadaan rumah kediaman kita. 

Cara atasi: Jika nak simpan emas di rumah, cari tempat yang orang tak sangka kat situ ada emas. Saya ada kongsikan caranya dalam artikel ‘Cara Selamat Simpan Emas‘. Dan jika jumlah berat emas itu sudah melebihi 20-30gram, bolehlah pertimbangkan untuk sewa safe deposit box di syarikat swasta ataupun bank. Simpan di safe deposit box memang lebih selamat sebab simpanan kita dilindungi insurans. Lebih baik keluar belanja sikit sebagai duit sewa, asalkan kita senang hati untuk balik kampung atau bercuti dalam tempoh yang panjang. Selebihnya, kita tawakkal pada Allah.

2) Takut dikenakan zakat

Ini juga merupakan alasan yang diberikan untuk tidak menyimpan emas. Sebenarnya wang kertas yang kita simpan di bank pun wajib dikenakan zakat simpanan apabila dah cukup haul dan nisabnya.

Menariknya, jumlah wang kertas yang disimpan jika nilainya sama berat atau lebih 85gram emas juga wajib dizakatkan. 

Cara atasi: Bukankah lebih mudah kita menyimpan emas yang beratnya adalah tetap (85gram dan lebih) berbanding menyimpan wang kertas yang nilainya berubah-ubah mengikut harga emas. Jika kita merujuk kepada nisab zakat wang simpanan DI SINI, nilainya berubah-ubah kan? Moga-moga zakat emas dan perak bukanlah alasan utama atau penghalang untuk kita menyimpan emas dan perak. Lagipun, zakat adalah ibadah yang menyuburkan harta.

3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli,  rasa rugi bila jual semula
 
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya,
dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal pelaburan.
Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat
keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Saya tak salahkan
mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya
dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan
perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.

Cara Atasi: Apabila kita dah beli emas semasa harga tinggi, kita boleh aplikasikan teknik pemurataan kos untuk dapatkan harga purata yang lebih rendah.
Contohnya:

Harga Belian 1 Dinar LBMA pada 2015 setakat Julai 2015:


Januari 2015 – RM 660
Febuari 2015 – RM 625
Mac 2015 – RM 635
Julai 2015 – RM 622


Secara puratanya, harga sekeping Dinar
hanya RM 635. Purata harga ini jauh lebih rendah berbanding belian
pertama pada Januari 2015 dan hanya tinggi sedikit daripada harga
terendah pada belian Julai 2015.

Andaikata kita perlukan tunai dan mahu jualkan terus emas itu, kita boleh jualkan setiap keping Dinar itu melebihi RM635 sekeping.

4) Takut terbeli emas palsu atau kurang ketulenannya

Antara sebab lain kita takut nak memiliki emas ialah takut emas yang dibeli adalah palsu atau bermasalah dari segi ketulenan. Bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan emas, kadang kala mereka tak begitu mengetahui jenis-jenis emas yang ada di pasaran. 

Cara Atasi: 

a) Bagi mengelakkan daripada terbeli emas palsu, semak dulu kredibiliti pengedar dan syarikat emas tersebut sama ada ianya tersenarai dalam Bank Negara Malaysia alert list ataupun tidak. Public Gold pernah tersenarai dalam Bank Negara Malaysia alert list dan ini penjelasan oleh Mentor saya, Encik Mohd Zulkifli Shafie di BLOG beliau. Public Gold memberikan kerjasama penuh kepada Bank Negara dalam proses siasatan dan hasilnya, Public Gold berjaya keluar dari senarai alert list dalam masa kurang 2 minggu. 

Jumlah pengedar yang banyak juga memudahkan kita menjual balik emas tersebut kepada pengedar berdekatan tanpa perlu datang ke cawangan Public Gold terdekat.

b) Untuk emas pelaburan, sebaik-baiknya adalah emas berketulenan 999.9. Di Malaysia pula, untuk mendapatkan untung maksimum pelaburan emas, kita perlu membeli emas yang memang dikhaskan untuk pelaburan iaitu berketulenan 995 ke atas dan bebas GST 6%. Buat masa ini, hanya Public Gold satu-satunya jenama tempatan yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) dan dikecualikan GST.

 
5) Takut emas yang dibeli susah nak “cairkan” pada wang kertas.

Jika kita tidak ada simpanan wang tunai yang
mencukupi, kita mungkin terpaksa menjual emas tersebut dengan harga
lebih rendah jika benar-benar perlukan tunai segera. 

Cara Atasi: 

a) Pesan guru saya, sebelum mulakan simpanan emas fizikal, persiapkan simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Ini kerana, emas fizikal ini tak kira untuk simpanan atau pelaburan, ianya adalah untuk jangka panjang iaitu 3 hingga 5 tahun.

b) Alternatif lain jika tidak mahu jual emas tersebut, kita boleh dapatkan tunai segera di Ar-Rahnu. Ar-Rahnu POS Malaysia menerima produk Public Gold tanpa banyak soal. Di sinilah pentingnya untuk memilih produk emas pelaburan yang laku keras seperti yang saya kongsikan DI SINI.

Secara umumnya, untuk mengatasi ketakutan-ketakutan ini, kita perlu dapatkan ilmu dahulu sebelum mulakan simpanan emas fizikal. Beli buku-buku yang berkaitan dan carilah mentor dalam bidang yang berkaitan.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *