5 Sebab Simpan Emas Sebagai Insurans Kewangan

Setiap risiko dalam pelaburan perlu diurus dengan baik. Apabila risiko-risiko ini diurus dengan baik, kita akan lebih rasional dalam membuat satu-satu keputusan sama ada untuk meneruskan pelaburan tersebut atau berhenti daripada melabur (cut loss) secepat mungkin bagi mengelakkan jumlah kerugian yang lebih besar.

Penyimpan-penyimpan wang kertas perlu sedar risiko yang mereka ambil apabila hanya terlalu bergantung kepada banyaknya jumlah simpanan wang tunai di institusi kewangan.

Kita bimbang jika wang yang kita ada dan simpan hari ini
akan hilang nilainya pada masa akan datang akibat inflasi,
ketidakstabilan ekonomi dunia, ketidakstabilan politik dalam negara dan
beberapa faktor lain yang di luar kawalan kita sebagai individu.Ada baiknya jika kita ada alternatif lain ataupun back-up saving dalam bentuk Emas Fizikal.

Emas Fizikal sebagai Insurans Kewangan Terbaik

Apabila sesuatu bencana atau musibah berlaku kita tetap akan merasa kesannya tidak kira jumlah insurans/takaful yang bakal kita perolehi. Bezanya, jika kita ada insurans, kehidupan kita selepas bencana atau musibah tidaklah terlalu sukar berbanding dengan mereka yang tidak ada perlindungan apa-apa. Contohnya, balu yang kematian suami tidak akan hilang punca pendapatan dalam sekelip mata jika arwah suaminya menyumbang kepada takaful hayat semasa hayatnya. Sekurang-kurangnya balu dan anak-anak yatim ini bakal mendapat duit takaful sementara mereka menyusun semula kewangan keluarga.

Begitu juga dengan Emas Fizikal. Andaikata matawang yang digunapakai sekarang tidak lagi bernilai, penyimpan-penyimpan emas fizikal masih boleh mentadbir harta mereka dengan mencairkan emas fizikal tersebut dengan cara menjualnya bagi mendapatkan matawang yang diterima pakai pada waktu tersebut.

Antara sebab mengapa Emas boleh dijadikan sebagai Insurans Kewangan ialah:

1) Hak milik kekal dan persendirian
Emas fizikal adalah 100% kepunyaan pembeli sebaik sahaja ianya berada di tangan pembeli. Pembeli yang sekarang menjadi pemilik emas fizikal ini berhak 100% untuk mentadbir emas fizikal tersebut tanpa perlu ‘consent’ pihak ketiga. Ini bermakna pembeli boleh menyimpannya di rumah, di pejabat, di peti simpanan swasta atau lokasi peribadi tanpa perlu risau halangan atau kavaet daripada mana-mana pihak. Cuma jangan simpan emas di Ar-rahnu kerana kita akan rugi dari segi upah simpan. Ar-Rahnu hanya tempat untuk kita dapatkan tunai bercagarkan emas fizikal.

Jika pemilik mahu menjual emas tersebut sebaik sahaja membelinya juga tidak ada masalah, cumanya pemilik akan rugi dari segi susut nilai harga kerana harga emas tidak mengalami kenaikan harga bagi jangka masa pendek.

2) Keselamatan
Dari segi keselamatan jumlah simpanan emas yang kita simpan, kita tak perlu risau tentang sebarang caj pengurusan jika kita simpan emas fizikal berbanding simpan wang kertas di bank. 
Untuk simpanan wang kertas di bank, tiada had jumlah simpanan pada satu-satu masa di bank. Lagi banyak simpan, lagi banyak kemudahan yang bank (bank fasiliti) boleh berikan kepada kita. Tapi jika kita nak keluarkan duit pula, ada had atau sekatan tertentu yang kita perlu patuhi sedangkan kita mahu keluarkan duit kita sendiri. Contoh mudah, pengeluaran duit di mesin ATM hanya 3 kali sahaja tanpa caj pada bulan yang sama. Pada pengeluaran kali keempat dan seterusnya, caj RM0.50 akan dikenakan. Oh!

3) Mudah di’cair’kan

Jongkong emas seberat 100gram ketika ini mewakili nilai sekitar RM15,000 dan ianya boleh disimpan atau disorokkan dengan mudah. Jika kita perlukan tunai segera, hanya perlu bawa jongkong ini ke Ar-Rahnu POS Malaysia (rangkaian ar-rahnu terbesar) sebagai barang cagaran ke atas nilai pinjaman itu.

Sekadar peringatan, tak perlu buat gadaian jika bukan untuk tujuan yang menguntungkan seperti gadaian untuk dapatkan pinjaman untuk modal perniagaan. Cepat-cepat tebus semula apabila sudah dapat keuntungan untuk jimat kos upah simpan.

4) Mudah dipindahkan daripada satu tempat ke tempat lain

Jongkong emas 250gram mewakili nilai sekitar RM36,000 sekarang dan ianya boleh digenggam tapak tangan orang dewasa. Ini bermakna, penyimpan emas fizikal ini tak perlu risau untuk memilikinya kerana tiada siapa yang tahu jika kita simpan emas seberat itu di dalam poket baju atau seluar.Ibaratnya kalau buat sendal pintu pun, mungkin tak ada siapa yang perasan jika jongkong ini dibalut kemas-kemas.

5) Emas tiada tarikh luput
Selagi emas yang disimpan itu adalah emas asli dan tulen, penyimpan seharusnya bangga kerana sedang menyimpan logam mulia ciptaan Allah yang tidak ada tarikh luput. Lagi lama disimpan, lagi tinggi nilainya selari dengan kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang. Ciri fizikalnya yang kalis keadaan cuaca, anti karat dan sentiasa bernilai walaupun telah bertukar bentuk fizikalnya i.e dari jongkong kepada serbuk emas. 100gram adalah sama beratnya di mana-mana sahaja di bumi ini dan tetap laku ditukar kepada matawang tempatan.

Sesuai sebagai insurans kewangan seperti mana insurans/takaful hayat, kita tak perlu lah menggunakan kesemua wang simpanan kita untuk membeli emas. Kita tak peruntukan jumlah yang besar untuk menyumbang kepada takaful hayat setiap bulan dan jumlahnya adalah bergantung kepada risiko masing-masing. Sama seperti emas, pakar-pakar kewangan menyarankan untuk menyimpan 5-10% kekayaan kita dalam bentuk emas fizikal.

Secara peribadi, saya hanya simpan wang tunai sekitar 6 bulan pendapatan sahaja. Selebihnya saya akan tukarkan kepada emas fizikal secara konsisten setiap bulan melalui Kaedah GAP.

Jom saya bantu rakan-rakan untuk memiliki logam kuning ini sebagai pelindung kekayaan terunggul selain daripada lambang kejayaan dan kehormatan. Bermula serendah 1gram dan tiada batasannya kerana memiliki emas bermakna kita memiliki kekayaan sebenar.

Sebarang pertanyaan, hubungi saya:

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *