6 Ciri Emas Pelaburan Terbaik Di Malaysia

1) Harga lebih murah daripada kedai emas
Harga emas yang ditawarkan Public Gold adalah lebih murah daripada kedai emas atau syarikat emas yang lain. Harga bagi setiap item berubah setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia (kecuali harga 1gram GAP yang hanya
dikemaskini sekali setiap hari). Pada ketika artikel ini ditulis, harga emas 999.9 yang dipaparkan di kedai emas ialah RM200/gram dan kos ini tidak termasuk 6% GST. Manakala harga emas yang Public Gold tawarkan
adalah sekitar RM170/gram melalui Kaedah GAP. Penjimatan sekitar RM20-RM30 bagi setiap gram dan bebas GST!

Bukankah ini dapat menjimatkan harga yang patut dibayar oleh pembeli?

Jika berlaku kenaikan harga emas 10%, penyimpan dan pelabur emas Public Gold pasti tersenyum bangga sebab nilai kekayaan emas mereka meningkat 10% tapi bagi penyimpan dan pelabur emas lain, mereka hanya untung sekitar
4% sahaja. Lagipun, harga yang Public Gold tawarkan adalah sama adil tak kira anda Dealer atau pembeli biasa sahaja.

2) Jongkong emas & Dinar tidak akan dikenakan cukai GST
Selain daripada harga per gram yang jauh lebih murah, jongkong emas dan dinar tidak dikenakan cukai GST kerana mendapat sijil LBMA dan berketulenan 999.9 Ini merupakan pra-syarat untuk pengecualian GST seperti yang diwar-warkan. Ini memberikan penjimatan 6% kepada penyimpan dan pelabur emas fizikal!

 

3) Susut nilai antara terendah di pasaran
Susut nilai emas Public Gold cuma 6% – 8% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita beli. Disebabkan susut nilai yang rendah ni, aktiviti jual beli emas Public Gold rancak sama ada ketika harga emas naik atau turun.
Jika harga emas turun, Dealer Public Gold yang buat promosi di FB akan ‘pukul canang’ untuk beritahu yang harga emas turun. Jadi pembeli emas Public Gold yang nak tambah gram emas masing-masing boleh ambil tindakan
selanjutnya. Kalau harga emas naik pula, Dealer Public Gold akan pukul kompang untuk beritahu kalau-kalau ada penyimpan emas Public Gold yang nak jual stok emas mereka untuk nikmati untung tunai.

Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah dapat penjimatan berganda. Dengan rebat yang Public Gold bayar, dealer boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 5%), susut nilai sebenar cuma 2.7% (5% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 2.3%. Jadi, tak perlu tunggu lama untuk dapat untung.

4) Stok tiada Had 
Belum pernah Public Gold hentikan jualan kerana tiada stok. Jika ada masalah dari stok semasa harga emas jatuh, pelabur emaslah yang paling rugi sebab tak dapat beli dan tambah pemilikan emas ketika harga lebih murah. Disebabkan emas fizikal keluaran Public Gold ini dikilang di Turki (Nadir Metal Refinary), jadi mungkin terdapat sedikit kelewatan penghantaran stok ke cawangan-cawangan atas faktor logistik. Jadi dinasihatkan untuk telefon dulu cawangan yang anda nak berurusan untuk tanyakan kesediaan stok. Bukan apa, amat tak berbaloi jika sudah datang
ke pejabat Public Gold, tapi stoknya belum sampai.

5) Banyak cawangan seluruh Malaysia 

Terdapat 18 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia termasuk di Singapura. Setiap negeri ada cawangan Public Gold. Tiada masalah untuk jual semula emas tu kepada Public Gold tanpa perlu bergantung harap kepada Dealer. Apabila harga emas naik, pasti ada penyimpan/pelabur emas yang mahu melepaskan pegangan emas mereka. Tanpa cawangan yang banyak, mungkin agak sukar pemilik emas itu untuk jual semula bagi menikmati untung tunai jika Dealer tak berminat untuk beli balik emas tersebut. Ingat yer, Dealer boleh memilih untuk beli balik emas tersebut tapi syarikat yang teguh macam Public Gold MESTI beli balik jika ada orang yang nak jual emas tersebut.

6) 100% Jaminan beli balik item emas tanpa banyak soal

Asalkan berat item emas sama seperti yang tertera dalam sijil ketulenan, Public Gold tetap akan beli semula emas itu. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, ataupun hilang resit asal pembelian asalkan berat masih kekal. Katakan hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item.Jadi pemilik emas Public Gold tak perlu risau kredibiliti emas simpanan mereka.

Jadi, sebelum kita buat pilihan untuk membeli emas fizikal, pastikan kita semak dulu ciri-ciri tersebut untuk dapatkan untung maksimum .

Kenapa?

Ini kerana banyak syarikat yang boleh jual emas, tapi tak ramai yang boleh beri jaminan mereka mampu beli semula emas tersebut jika pemilik/pembeli mahu jual emas mereka.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *