8 Kelebihan Emas Fizikal Sebagai Simpanan

Bagi yang baru nak berjinak-jinak simpan emas, ada pelbagai persoalan, kerisauan malah ada yang teragak-agak untuk memulakan simpanan emas fizikal. Ini merupakan situasi yang biasa kerana ramai yang masih lagi rasa takut dan kurang yakin atas faktor-faktor yang pernah saya kongsikan dalam artikel ‘5 sebab orang rasa takut untuk miliki emas‘.  Ada juga yang ‘tersilap’ langkah dengan membuka akaun pelaburan emas di bank dengan anggapan bahawa bank yang tolong simpankan emas mereka. Hakikat sebenarnya, akaun pelaburan emas yang bank-bank tawarkan tersebut TIDAK SEMUANYA disokong oleh emas fizikal.

Jika masih ragu-ragu untuk simpan emas fizikal, Program GAP yang disediakan oleh Public Gold memang sangat sesuai kerana ianya bukan sahaja meleraikan kerisauan tempat simpan emas fizikal yang selamat tapi juga sangat sesuai untuk mulakan simpanan emas fizikal dengan bajet serendah 1gram.

Secara ringkasnya, di bawah ini merupakan kelebihan utama emas fizikal berbanding akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank-bank:

  1. Simpanan Emas Patuh Syariah
  2. Simpanan Tunai Lebih Kebal Kebocoran
  3. Emas Kalis Inflasi
  4. Emas Magnet Kekayaan
  5. Emas Fizikal Pemegang Modal Bisnes Kecil
  6. Aset Milikan Penuh Pemilik
  7. Aset Mudah Alih
  8. Tiada Had Waktu Urusan Jual Beli

Kelebihan #1: Simpanan Emas Patuh Syariah

Apabila kita berurusan jual beli emas, pastikan urusan jual belinya jelas. Beli emas, mesti dapat emas. Bukan dapat ‘penyata akaun emas’ ataupun dapat ‘dividen’ yang dibayar secara mingguan/bulanan. Yang paling menarik ialah emas itu HAK KITA sepenuhnya tanpa ada halangan untuk JUAL kepada sesiapa sahaja atau PAJAK bila ada keperluan untuk tunai segera atau cuma mahu SIMPAN ‘bikin pusaka’. Kita bakal menghadapi masalah jika beli emas tapi hanya dapat kertas dan tidak ada pengeluaran emas fizikal yang dibenarkan. Seolah-olah kita beli sesuatu yang tidak wujud! Di Malaysia, kalau mahukan akaun pelaburan emas yang patuh syariah, pilihan yang ada ialah Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi bank. Kedua-dua institusi kewangan ini membenarkan pengeluaran emas fizikal daripada akaun pelaburan emas. Cumanya untuk untung maksimum, kena pastikan ciri-ciri emas pelaburan terbaik ini dipatuhi.

Kelebihan #2: Simpanan Tunai Lebih Kebal Kebocoran

Orang yang celik emas sentiasa faham yang emas fizikal adalah tunai tapi dalam bentuk yang lebih kebal kebocoran. Berbanding dengan simpan tunai, berkemungkinan simpanan itu tidak bertahan lama apatah lagi kalau simpan duit awal bulan dan keluarkan semula duit tersebut bila-bila ‘sesak’ pada tengah bulan. Nombor-nombor yang tertera dalam akaun simpanan tunai mahupun duit yang ada di tangan itu terlalu mendesak untuk dibelanjakan. Apabila ianya sudah ditukar kepada gram emas, secara automatik penyimpan emas terasa seperti tiada duit tunai.

 

Kelebihan #3: Emas Kalis Inflasi

Ketika darjah 1 dulu, mak beri saya wang saku 30sen sahaja. Dapat beli sepinggan nasi goreng berharga 20sen dan air barli/cincau ikat tepi 10sen. Itu harga makanan kira-kira 25tahun dulu. Tahun 2016, saya perlu berikan anak saya RM2-RM3 untuk dapatkan makanan yang lebih kurang sama. Duit kertas/syiling tidak mempunyai nilai ‘intrinsic’ yang melekat padanya. Saban tahun kita terpaksa menggunakan duit yang lebih banyak jumlahnya bagi mendapatkan barang yang sama. Berbeza dengan emas, 1 Dinar seberat 4.25gram masih boleh membeli seekor kambing pada zaman Nabi dan zaman sekarang!

Kelebihan #4: Emas Magnet Kekayaan

Bagi yang dah mulakan simpanan emas fizikal, mereka seolah-olah dapat suntikan semangat untuk mereka beli lebih banyak emas. Berbanding kalau masih simpan duit dalam akaun simpanan biasa mahupun pelaburan emas, ianya masih sama dengan akaun simpanan yang lain iaitu masih tak dapat rasa aura emas yang rasa seronok bila simpanan emas bertambah. Selain daripada naluri manusia yang memang sukakan emas yang cantik berkilau, penyimpan-penyimpan emas dapat kawal nafsu berbelanja pada perkara bukan keperluan secara halus. Bila-bila ada duit lebih, mereka akan ‘shopping’ emas walaupun cuma 1gram. Secara tak langsung, apabila simpanan emas mereka bertambah, ini bermakna kekayaan mereka bertambah.

Kelebihan #5: Emas Fizikal Dana Modal Bisnes Kecil

Peniaga-peniaga kecil yang hendak pastikan dana modal lebih ‘selamat’ daripada dirompak diri sendiri, adalah lebih baik jika sebahagian dana tersebut ditukar dalam bentuk emas fizikal. Apabila dana modal itu tersimpan dalam bentuk emas, hanya perlu pajakkan emas tersebut apabila benar-benar perlukan modal untuk kembangkan bisnes sedia tanpa perlu risau ‘terpakai’ dana modal untuk kegunaan peribadi jika dibiarkan dalam akaun semasa atau akaun simpanan biasa. Bawa sahaja emas tersebut kepada Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Dapatkan tips dan cara untuk pajak emas fizikal di Ar-Rahnu di SINI. Saya juga ada kongsikan sedikit pengalaman mendapatkan pinjaman bercagar di Ar-Rahnu POS Kelana Jaya di SINI.

Kelebihan #6: Aset Milikan Penuh Pemilik

Walaupun setiap ketul emas fizikal itu tidak terukir nama kita sebagai pemilik, tapi kita mempunyai kuasa penuh ke atas emas fizikal tersebut. Lagipun hanya kita sahaja yang tahu jumlah emas yang kita ada tanpa ada sekatan atau had tertentu untuk memiliki sebanyak mana emas yang kita mahu dan mampu. Tidak ada pihak yang berhak merampas emas tersebut daripada pemiliknya walaupun pemiliknya diistiharkan muflis kerana emas fizikal tidak berada dalam sistem kewangan meskipun ia adalah wang sebenar. Berbanding hartanah, walaupun nama kita tercatat dalan dokumen milikan seperti S&P, bil cukai tanah dan bil cukai pintu ianya masih belum milik kita 100% kerana ianya masih ‘terikat’ dengan beberapa agensi lain seperti gadaijanji dengan pihak bank. Dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang, hanya 3 bulan tidak membayar ansuran bank, hartanah kita boleh dilelong pada bila-bila masa sahaja. Kalau pandang sepi bil cukai yang sampai untuk beberapa penggal, bersedialah pula untuk bayar sejumlah penalti.

 

Kelebihan #7: Aset Mudah Alih

Disebabkan emas fizikal ini kepunyaan kita 100%, kita bebas untuk bawanya ke mana sahaja. Berbanding dengan aset lain seperti rumah sewa dan tanah kebun, kita cuma boleh menikmati hasil sewaan ataupun hasil kebun sahaja tanpa dapat buat pemantauan kepada aset tersebut jika kita tinggal jauh daripada lokasi aset itu. Jika nak jual aset itu pun, memang akan ambil masa yang lama kerana proses jual beli yang agak kompleks. Berdasarkan sejarah, ketika perang antara Vietnam dan US, pelarian Vietnam membawa lari kepingan emas bersama-sama mereka untuk memulakan kehidupan baru di tempat lain. Kepingan emas itu adalah hasil jualan segala harta yang mereka ada sebelum ini. Bijak mereka ini.

 

(Kredit gambar:iowereport)

Kelebihan #8: Tiada had waktu urusan jual beli

Dengan milikan penuh di tangan, emas fizikal ini boleh diniagakan pada bila-bila waktu sahaja. Tak kira siang ataupun malam, hari bekerja mahupun hujung minggu, asalkan ada sahaja permintaan. Kalau urusan jual beli emas Public Gold pula, kita boleh lock harga emas secara online 24x7x365. Kalau nak tunai segera tanpa menunggu waktu operasi Public Gold, hubungi mana-mana dealer terdekat dan anda percaya untuk jual kepadanya. Kalau harga emas jatuh tengah malam dan memang rezeki dapat beli harga rendah, terus lock harga itu dan buat bayaran dalam 4 hari bekerja.

 

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *