Abu, Ayah dan Aqil

Assalamualaikum to all
1 Julai ni genap umur Aqil genap 2 tahun 4 bulan. Mulut dia memang sangat ramah tapi kami sekeluarga tak berapa nak faham apa yang dia cuba sampaikan…kesian anak Abu. Masa dia mula-mula cakap dulu, perkataan pertama yang dia cakap ialah ‘taceh’ iaitu terima kasih.
Dia akan sebut ‘taceh’ bila orang bagi apa2 barang yang dia nak, tak kisah la mainan yang simpan kat tempat tinggi ke atau dapat sebotol susu bila dia haus. 
Sejak dia pandai cakap ‘taceh’, aku dok berangan lah dia panggil aku ‘Ibu’ sebelum dia pandai panggil ‘Ayah’. Tapi yang jelas, dia panggil ‘Ayah’ dulu. Takpe, aku tetap tak putus asa…Tiap-tiap kali aku suruh dia panggil ‘Ibu’, dia cuma senyum meleret je. Paling tak, dia akan jawab ‘alah…’ Sampai satu petang aku balik kerja, Aqil terus meluru kat aku sambil panggil ‘Abu..Abu’..aduhai anak, Abu tu nama kawan paksu (adik aku)..Rupa-rupanya Abu tu merujuk pada aku a.k.a ‘Ibu’..Bertuah betul budak ni!
Aqil akan sebut ‘Ayah’ tiap-tiap kali nampak kereta proton  – sumber gambar Google
Aqil panggil ‘Abu’ tiap-tiap kali nampak kereta honda – sumber gambar Google
Dengan mak aku, kami suruh Aqil panggil ‘Nenek’. Dulu dia mahu jugak sebut ‘Nek’ tapi sekarang ni dia tukar sendiri panggil ‘Mak2’. Kata mak aku, mungkin dia dengar semua orang panggil mak aku ‘Mak’ kat rumah tu jadi dia pun nak panggil macam tu jugak. Hehe..Mak aku cakap, kalau orang dengar, mesti orang ingat mak aku perasan muda, cucu sendiri pun dibahasakan ‘Mak’….hahaha..Aqil..Aqil…
Yang ni adalah kereta ‘Mak2’ -sumber gambar Google
Makin banyak yang Aqil tahu cakap, makin galak kami gelakkan dia. Kalau ada sesuatu benda atau apa-apa yang menarik perhatian dia, dia akan jerit ‘Nok2’…Mula-mula tak faham tapi lama-lama baru tahu, maksudnya ‘Tengok2’…Sebelum dia pandai cakap ‘Nok2’, dia akan buat eksperi ‘Wahhhhhh’, tu tandanya ada sesuatu yang sangat catchy untuk dilihat..<ye ke?>


Aqil pun sekarang ni dah jadi ‘handbag’ mak aku. Pantang kalau dia nampak mak aku galas handbag, Aqil akan tinggalkan apa je yang dia tengah buat dan terus ke pintu. Yang peliknya dia tak terkam mak aku mintak dukung etc…tapi dia terus berlari ke pintu cari selipar. Macam lah mak aku ajak dia, kalau ajak pun, ajak-ajak ayam ja! Eeeee…tak malu.
Malu-malu bila suruh ‘nok2’ kamera
S.e.e Y.o.u

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *