Ada Apa Dengan PG Mall?

Dulu-dulu, nenek moyang kita simpan emas dalam tempayan, mungkin ada yang tanam bawah rumah. Khabarnya ada jugak yang selitkan di tiang seri rumah mereka. Macam-macam cara digunakan asalkan tak ada orang tahu kecuali waris yang dipercayai. Sekarang ni, Public
Gold sudah sediakan platform yang terbaik untuk simpan emas bagi sesiapa yang ada isu keselamatan simpan emas di rumah. Dengan program GAP (Gold Accumulation Program), kita sudah boleh menabung emas dengan bajet yang rendah tanpa komitmen bulanan. Adat menabung, lagi banyak jumlah yang diperuntukkan, lagi cepat capai target jumlah yang diinginkan. Emas pun duit juga cuma dalam bentuk yang lebih stabil nilainya.

Bila disebut emas adalah duit, maknanya emas adalah pengukur nilai barangan yang sebenar. Melalui PG Mall, Public Gold sentiasa komited dalam memperkenalkan satu platform perniagaan online
yang sebelum ini sangat asing apabila mengangkat emas sebagai real currency dengan ‘Gold Cash’.

Denominasi yang diperakui dan tidak akan berubah ialah

1.000gram = 100.00 GC.


Setiap hasil jualan akan dikumpul dalam bentuk Gold Cash dan ianya boleh dikeluarkan sebagai EMAS FIZIKAL dan juga TUNAI.

6 Sebab Bagaimana PG Mall dapat tingkatkan Hasil Jualan

1) Lebih 100,000 data pelanggan tersedia
Pemilik akaun GAP adalah pelanggan berpotensi yang bakal membeli belah di PG Mall. Jika 1% yang menjadi pembeli barangan/perkhidmatan yang ditawarkan, maknanya sudah ada 1000 pelanggan tanpa perlu melakukan kerja-kerja ground.

2) Emas diperakui sebagai medium pertukaran antarabangsa
Public Gold sudah ada cawangan di Singapura dan Jakarta, Indonesia. Tak kira apapun matawang yang digunakan, 1.000gram tetap mewakili 100.00GC. Urusniaga begini lebih adil & telus bagi urusniaga yang merentasi sempadan negara.

3) Potensi Pasaran Antarabangsa
Dengan 1 cawangan di Singapura (populasi sekitar 5juta orang) dan 1 cawangan di Jakarta, Indonesia (jumlah populasi sekitar 280 juta orang), ini merupakan satu-satunya platform yang wajib dipelopori kerana potensi pasarannya yang sangat-sangat luas.

4) 24 x 7 
Website PG Mall boleh beroperasi 24jam x 7 hari sepanjang tahun. Ini memberikan keselesaan kepada bakal pembeli untuk membeli belah tanpa mengira waktu.

5) Perkhidmatan Percuma
Buat masa ini, tiada kos yang dikenakan kepada penjual yang berniaga di PG Mall.

6) Pengiklanan dan Penjenamaan Percuma
Kesemua pengiklanan dan penjenamaan di PG Mall adalah percuma. Ini sangat menjimatkan penjual kerana sebahagian kerja-kerja marketing dibuat oleh Public Gold.


3 Sebab Kenapa Pemilik Bisnes perlukan PG Mall

Sebagai seorang pemilik bisnes, ini antara poin penting manfaat PG Mall kepada mereka:

 1) Kurangkan Kos Operasi dan Tingkatkan Keuntungan
Kos Operasi merupakan kos yang perlu ditangani dengan teliti supaya hasil keuntungan dapat ditingkatkan. Bagi peniaga yang memasarkan produk atau servis di PG Mall, mereka akan dapati Public Gold yang melakukan pengiklanan dan penjenamaan tentang PG Mall dan secara tidak langsung, produk atau servis mereka dapat dikenali tanpa melibatkan kos pengiklanan.

2) Tukarkan Hasil Jualan kepada Emas Fizikal
Melalui pemasaran di PG Mall, para peniaga secara tak langsung membuat dan menambah simpanan emas mereka tanpa usaha dan kos tambahan. Emas yang terkumpul dalam akaun GAP peniaga boleh dijadikan dana modal dan hanya dicairkan (tukar kepada tunai) hanya apabila benar-benar diperlukan. Jika emas yang terkumpul disimpan untuk beberapa tahun, peniaga akan dapat dapati nilainya dalam RM akan meningkat seiring dengan kenaikan harga emas.

3) Melindungi Keuntungan dari Risiko Susut Nilai
Kebiasaanya, hasil jualan akan disimpan di bank dalam bentuk tunai. Untung tunai ini, selain terdedah kepada kebocoran tunai, ianya juga terdedah kepada inflasi saban tahun. Jadi ada baiknya, kesemua hasil jualan disimpan dalam bentuk emas. Peniaga yang bijak hanya akan cairkan emas tersebut untuk menampung kos operasi dalam jumlah yang sangat minimum.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

2 Comments

  1. Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

    mohon kongsi maklumatnya

    Reply
  2. Emellia Maskor

    Silakan Tuan.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *