Akaun Emas GAP: Gadaian Tanpa Emas Fizikal

‘Alamak, dah hujung tahun ni. Nak bayar upah renovate rumah, tapi sayang pulak nak keluarkan duit ASB. Nanti kurang kiraan bonus.’

Lepas buat kira-kira pantas, inilah masanya kita nak gunakan simpanan emas kita. Simpan emas bermakna simpan duit tapi simpan duit belum tentu simpan emas.

Seronoknya simpan emas ni bila kita nak pakai duit, kita boleh pergi ke mana-mana arrahnu dan buat gadaian. Saya pernah tulis pengalaman saya menggadai emas di Pos Arrahnu Kelana Jaya. Prosesnya pun ambil masa sekitar 15 – 20minit untuk satu urusan gadaian.

Biasanya ar-rahnu berikan pinjaman antara 65% – 75% bagi gadaian kali pertama dan kadar pinjaman mungkin boleh hingga 80% bagi penggadai yang biasa buat gadaian dan ada track rekod yang baik. Kita cuma bawa sahaja emas fizikal ke arrahnu tersebut dan pegawai arrahnu akan uruskn proses gadaian. Selesai urusan, kita dapat cash di tangan.

Bagi pemilik Akaun Emas GAP Public Gold, urusan gadaian emas menjadi amat mudah. Dia tak perlu bersusah payah hendak keluar rumah dan bawa emas fizikal itu ke mana-mana arrahnu. Ini sahaja langkah-langkah yang dia perlu ambil dan tunggu Public Gold kreditkan duit ke dalam akaun bank.

Langkah #1: Login ke GAP Portal dan klik ‘Arrahnu’

Langkah #2: Masukkan jumlah gram yang kita nak gadai

Langkah #3: Klik Confirm untuk sahkan penggadaian Akaun Emas GAP ini dan tunggu Public Gold kreditkan duit gadaian ke dalam akaun bank dalam masa 2 hari bekerja.

Nota Penting tentang Gadaian Akaun Emas GAP ini:

1) Pinjaman dapat 70% dari harga GAP.

2) Upah simpan 1% dan boleh tebus dalam masa 6 bulan. Sambungan tempoh gadaian seterusnya ialah 2 bulan. Selepas bulan ke 8, kita kena jelaskan semua jumlah pinjaman dan upah simpan.

3) Lepas request gadaian emas terus call branch Public Gold untuk mereka approved gadaian. Duit akan dibank in selepas 2 hari bekerja ke akaun bank yang didaftar waktu buka Akaun Emas GAP.

Semoga bermanfaat.

Emellia Maskor
PG041139
Dealer PG
012.3669.330

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *