Aku ibu bekerja

Assalamualaikum…

Entri yang terakhir untuk bulan Jun ni rasanya nak sentuh pasal issue yang agak berat sikit <ye ke berat?> Ada bran nak baca? hahaha

Zaman sekarang ramai isteri dan ibu yang berpelajaran tinggi dan menjadi suri rumah selepas bertahun-tahun belajar di universiti bukanlah satu ‘kerjaya’ pilihan. Mungkin kerana faktor persekitaran yang masih belum mengangkat taraf suri rumah sebagai satu profesion yang mulia menjadikan ramai isteri dan ibu ini menangguhkan dulu hasrat menjadi suri rumah sepenuh masa.

Setiap kali hujung bulan, perasaan untuk berhenti kerja tu semakin membuak-buak. Ibarat ‘datang bulan’ yang jadi rutin bulanan, graf perasaan tu memang akan sentiasa menaik disebabkan tekanan kerja dan waktu kerja yang tak tentu masa. Waktu-waktu begini, aku selalu terfikir alangkah seronoknya kalau aku dapat jadi suri rumah sepenuh masa. Dapat melayan suami….dapat tengok anak membesar setiap masa….

Tapi bila difikirkan semula, aku belum bersedia nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Dengan tuntutan sosio ekonomi <cam ilmiah jek perkataan ni kan> yang makin mencabar, pilihan untuk jadi suri rumah sepenuh masa terpaksa aku letak di rak ‘KIV’ dulu. Kereta, anak, bil utiliti, insurans (and the list goes on)…itu semuanya perlukan ‘wang besar, wang besar’.

Aku pernah terbaca yang dari segi syarak, suami boleh mengizinkan si isteri bekerja tetapi duit isteri tetap jadi milik isteri melainkan si isteri sanggup berkongsi. Pergh…tak semua orang berjodoh dengan orang poket tebal yang mana si isteri tak perlu keluarkan sesen pun duit gaji. Paling tidak, si isteri bekerja mesti hendak bantu meng’upgrade’ kan perbelanjaan sekeluarga. Katalah kalau keluarga yang ‘single income’, beli beras RM30 sekilo. Tapi bila si isteri juga bekerja dan ada duit sendiri, kata orang tu, boleh la kalau tiap-tiap bulan nak makan beras wangi yang RM40. Itu cuma perbandingan mudah dan banyak lagi faktor-faktor material dan duniawi yang menyebabkan isteri dan ibu merasakan mereka juga perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. ‘Lagi besar besar periuk nasi, lagi banyak keraknya’

Baru-baru ni aku terjumpa dengan kawan lama yang satu tempat belajar dan aku sebenarnya tak berapa nak ingat dekat mana aku kenal dia..mungkin kawan sekolah menengah, kawan SAMURA ataupun kawan matriks…Mengikut cerita tuan punya badan sendiri, dia sekarang jadi suri rumah sepenuh masa sejak dari habis pengajian universiti lagi. Sambil-sambil jaga anak, dia buat bisnes online. Masa anak kecik lagi, dia ambil tempahan bungkus hamper…wow! Macam seronok je. Selain dapat buat apa dia minat, dia dapat jugak jaga anak dengan tangan sendiri….

Namun aku kena berpijak di bumi nyata.Sebahagian besar wanita zaman sekarang sama ada berkelulusan tinggi atau rendah sanggup sama-sama keluar bekerja untuk membantu suami mencukupkan keperluan hidup. Untuk suami yang dibantu, hargailah pengorbanan si isteri. Bila di rumah, ringankan lah tangan membantu si isteri apa yang patut.  Tak salah kan, isteri bantu suami di luar, suami bantu isteri di rumah… 🙂

S.e.e. Y.o.u


3 Comments

  1. Emellia Maskor

    afifah's step, sila baca entri ini sambil ingat aku yang bercuti 4 hari mulai esok (1st july)

    Reply
  2. afifah's step

    hahahahhahahahah…siap pesanan penaja ko ea…agree ngn pndptan ko..lg plak dok kt kota metropolitan kan kan…aku pn tgh nk ngikut jejak lngkah ko le ni….duit skang ni satu keperluan yg jatuh wajib dh kn…xkn le nk pkai lampin anak pkai daun pisang lg..kna la tuka CD plak kan skang..hehhehhe
    harung je laaaaaa…=) hepi ho ho holidays ok 'abu' aqil >.<

    Reply
  3. Emellia Maskor

    kalau nak beli CD yg murah, sila tengok blog Bongbongidea yang aku folo tu…ctu harga dia terbaikkkk. tapi janganla expect boutique quality :p

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *