Antara aset dan liabiliti hanya satu garis nipis yang memisahkan

Menjalani kehidupan sebagai anak kota sejak kecil
menjadikan saya kurang cermat dalam mengatur kewangan peribadi sejak
mula mendapat pekerjaan.

Walaupun saya bukan jenis yang
mengikuti perkembangan fesyen atau trend tertentu, tapi saya tetap
boros berbelanja membeli barang-barang yang lebih berbentuk KEHENDAK. Gaji saya hanya untuk beri sebahagian kepada mak dan yang
lain-lain adalah saya punya. Mendapat seorang emak yang memang mengambil upah menjahit pakaian wanita, saya tak perlu fikir banyak tentang soal pakaian ke pejabat. Apa sahaja yang emak beli dan jahitkan, saya pakai asalkan sesuai.

Ketika mula-mula bekerja, pengurusan kewangan saya sekadar biasa-biasa sahaja. Mujur juga setiap kali dapat gaji:

1) Saya buat potongan gaji wajib ke dalam akaun simpanan

2) Tidak mempunyai/memiliki kad kredit

Cuma
satu kesilapan kewangan terbesar yang saya buat menurut pakar-pakar
kewangan ialah saya beli kereta idaman yang paling mampu(s) yang menarah
33% daripada gaji bulanan saya ketika itu!

Duduk
dengan keluarga selepas tamat pengajian dan jarak ke tempat kerja
sekitar 10km dari rumah, saya rasa saya mampu beli kereta itu
memandangkan saya tidak ada komitmen bayar sewa rumah dan makan minum
bulanan. Tapi saya lupa mengambil
kira bahawa kos memiliki kereta bukan sekadar bayaran bulanan sahaja
tapi ia merangkumi insurans & cukai jalan tahunan,petrol,bayaran tol
serta parking. Walaupun kereta yang saya beli itu kategori kereta jimat minyak tapi ada masanya nak isi petrol pun kena berkira.

Tragis sungguh.

Saya berjaya kurangkan rasa bersalah memiliki kereta paling mampu kerana saya berjaya memiliki rumah pertama sebelum berkahwin pada tahun 2008. Urusan pembelian rumah pertama selesai kira-kira 2minggu sebelum majlis perkahwinan saya. Dengan simpanan yang masih berbaki selepas ditolak dengan 10-15% downpayment rumah tersebut, majlis kahwin saya dapat disempurnakan dengan sederhana, Alhamdulillah.

Pulang dari bulan madu, kami suami isteri membersihkan rumah tersebut dan mengambil keputusan untuk mencari penyewa secepat mungkin. Rezeki dipercepatkan dan rumah itu saya terus sewakan kepada pasangan yang baru berkahwin juga setelah kami suami isteri pilih untuk tinggal dulu dengan emak saya.

Secara ringkasnya, saya melangkah ke alam perkahwinan dengan membawa sekali satu aset (rumah pertama) dan satu liabiliti (kereta paling mampu). Begitu juga dengan suami saya.

Jadi bermula dari tanggungan membayar liabiliti itu, saya dan suami tercari-cari medium simpanan yang lebih bertahan. Kami kalah dengan emosi setiap kali melihat akaun bank ada banyak nombor.

Akhirnya, pada tahun 2014, kami sepakat memilih emas fizikal sebagai alternatif kepada simpanan tunai.

Emellia Maskor 
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *