Apa untungnya simpan emas?

Divident Channel

Bila disebut pelaburan emas, perkara yang seterusnya terlintas dalam fikiran biasanya adalah ‘berapa keuntungan yang boleh dapat?’ Sesiapa yang tak ada ilmu asas yang betul, dia akan cepat terpesona dengan janji manis berkaitan keuntungan yang pasti dapat setiap masa. Harga emas memang turun dan naik dalam jangka pendek jadi memang tak logik kalau ada pihak yang tawarkan keuntungan bulanan apatah lagi keuntungan yang berlipat ganda daripada harga asal emas yang dibeli. 

Sesiapa yang realisitik mesti akan bertanya bagaimana atau dari mana pihak yang melaburkan duit itu dapat menjana keuntungan ‘yang pasti’ setiap bulan walaupun harga emas jatuh? Penyimpan-penyimpan emas Public Gold biasanya memulakan simpanan emas sebagai pelindung kekayaan, dan bukannya ‘penjana’ kekayaan. Saya teringat kata-kata Ustaz Khairul Anuar Basri iaitu salah seorang Master Dealer Public Gold yang menyatakan lebih kurang begini ‘sebelum kita sibuk menjana keuntungan melalui emas adalah lebih penting untuk kita SELAMATKAN dulu apa yang ada di tangan (duit)’.

Saya biasa terima soalan daripada bakal-bakal pembeli emas yang berminat untuk tahu apa keuntungan yang boleh diperolehi apabila simpan emas. Saya cuma katakan keuntungan bagi sesiapa yang simpan emas tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Yang lebih penting:


1) Untung Duit Tak Lesap @ Kebocoran Tunai

Sesiapa yang berdisiplin menyimpan walaupun cuma 1gram 1bulan, dia akan dapati simpanan emasnya bertambah daripada bulan ke bulan. Berbanding dengan duit, kalau RM200 (lebih kurang harga 1gram emas sekarang) dalam bentuk tunai, duit itu pasti sekejap je habis tanpa sedar. Apatah lagi kalau niat asalnya cuma window shopping, mesti sekurang-kurangnya duit tu luak RM100 sebab ada kos-kos lain yang perlu kita bayar untuk window shopping tu. Belum lagi singgah makan, singgah pulak ke kedai yang ada buat jualan istimewa. Walaupun kita ada asingkan RM200 di tempat selain daripada dompet, kita akan teringat-ingat juga duit tu sebab kita yang simpan.

2) Untung Dari Inflasi 

Ramai tak perasan lagi yang emas kalis inflasi. Tiap-tiap tahun mesti kita dengar rungutan pasal kenaikan harga barang. Bila harga barang naik, maksudnya KUASA BELI kita semakin kurang. Kita terpaksa keluarkan duit yang lebih banyak untuk dapatkan barang yang sama beratnya. Berapa duit poket kita masa sekolah dulu kalau dibanding dengan duit poket anak-anak zaman sekarang. Sesiapa yang simpan emas, dia dapat KEKALKAN KUASA BELI.

1 Dinar mampu beli 1 ekor kambing yang layak dibuat aqiqah.
1 Dirham mampu beli 1 ekor ayam hidup.
5 Dinar mampu beli 1 ekor lembu yang layak dibuat korban.
10 Dinar mampu tanggung kos mengerjakan umrah.
20 Dinar mampu tanggung kos mengerjakan haji.

Itu sebab sesiapa yang mampu keluarkan zakat, maksudnya dia orang kaya, sebab orang kaya mampu pergi haji.

3) Untung Dari Segi Emosi

Penyimpan-penyimpan emas yang mulakan simpanan emas akan dapati naluri untuk berbelanja akan lebih terkawal. Sejak simpan emas, saya akan mula berkira-kira untuk berbelanja pada perkara-perkara yang kurang perlu. Kiranya ada ‘second thought’ sebelum nak keluarkan duit. Ada masanya saya sempat buat kiraan pantas ‘kalau aku TAK BELI benda ni, berapa banyak emas yang aku boleh dapat?’ Kalau boleh tangguh beli barang tu, saya akan tangguhkan. Macam tak logik, tapi itulah hakikatnya. Bila simpan emas, kita cuma tahu simpan,simpan,simpan je. Secara tak langsung, simpanan (aset) makin bertambah.

Kadang-kadang untung yang kita dapat tu bukan semata-mata dalam bentuk wang ringgit tapi lebih kepada kepuasan dalaman. Kita berjaya kekang nafsu berbelanja dan perbaiki tahap kewangan kita. Itu sebenarnya lebih besar kesannya untuk jangka panjang.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *