Apabila 5gram Magnet Kekayaan Diletak Dalam Dompet

[Artikel dikemaskini Oktober 2018]

Tahniah untuk sesiapa sahaja yang sudah mulakan simpanan emas fizikal terutamanya melalui Kaedah GAP, tak kira sama ada dibawah dealership saya ataupun tidak. Setakat hari ni, tak kisahlah dalam akaun baru ada 1gram ataupun 2gram asalkan sudah ambil tindakan pantas untuk alihkan duit kertas kepada duit sebenar. Alang-alang sudah mulakan simpanan emas GAP, apa kata letakkan matlamat untuk keluarkan sebahagian daripada emas fizikal itu dengan tujuan untuk rasakan sendiri AURA EMAS.

Apabila kita sudah mula menyimpan emas, mesti kita terasa nak pegang sendiri emas tersebut. Dengan akaun GAP, tak ada halangan untuk kita ‘fizikal’kan emas yang kita dah kumpul. Saya cadangkan, keluarkan Goldbar 5gram daripada akaun emas GAP masing-masing.

Kenapa 5gram?

1) Jongkong emas 5gram ini bersaiz kad kredit dan ianya didatangkan dalam packaging yang ‘wallet-friendly’.

2) Emas 5gram ini mudah disimpan dalam dompet sebab jongkong emasnya sama rata dengan kad dan tidak menjadikan dompet kita kembung apabila diletakkan di dalamnya.

3) Dari segi caj premium, ianya lebih menjimatkan kerana hanya perlu bayar RM10 sahaja. Caj yang sama dikenakan untuk jongkong emas 1gram juga. Maksudnya, kalau kita keluarkan 1gram x 5 keping kita perlu bayar caj premium RM10 x 5 = RM50!

Untuk capai matlamat keluarkan 5gram daripada akaun GAP, pemilik akaun kena pastikan dalam akaun GAP perlu ada minimum 6gram. Ini kerana 1gram baki perlu ditinggalkan dalam akaun GAP supaya akaun kekal aktif. Sama ada nak beli secara konsisten setiap gram sebulan, ataupun sekali gus 6gram, ianya terpulang pada bajet masing-masing.

Saya percaya, apabila jongkong emas 5gram yang pertama sudah tersimpan rapi dalam dompet, kita akan dapat motivasi untuk terus menambah gram emas secara istiqamah. Inilah yang dikatakan ‘Emas adalah Magnet Kekayaan’. Nafsu untuk berbelanja akan berkurang dan dapat diurus secara lebih bijak sebab kita akan sentiasa berusaha untuk menambah tabungan emas. Apabila kita berjaya simpan 5gram ini dalam dompet, maksudnya kita sudah berjaya TIDAK AKAN membelanjakan RM1000 (harga runcit jongkong 5gram) selagi tak betul-betul terdesak.

Tak percaya, Cubalah?

Emellia Maskor
012 3669 330
PG041139
Seksyen U5, Shah Alam 
 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *