Aset fizikal atau aset kertas?

100g LBMA Cast Bar tanpa seal

Sebelum kenal emas fizikal, saya cuma buat simpanan duit dalam bank. Duit tabungan pendidikan anak-anak pun saya buat potongan gaji terus ke ‘akaun khas’. Nak main saham, tak pandai baca graf. Orang sekeliling saya pun bukan dari kalangan trader ataupun sekurang-kurangnya celik saham. Sampai pada satu hari, hati saya terdetik dan saya terfikir macam mana nak gandakan duit simpanan dengan cara paling selamat dan cepat.

Saya mula google tentang kewangan dan kaedah simpanan terbaik. Antara rumusan yang saya dapat:

1) Untuk jangka pendek:
– Simpan aset
kertas masih boleh diterima.
– Aset kertas termasuklah simpanan di bank, Tabung Haji, ASB,
unit trust atau saham.
– Dalam keadaan ekonomi bagus, selalunya aset
kertas boleh dapat pulangan yang boleh tahan.
– Aset kertas dipengaruhi prestasi ekonomi & politik sesebuah negara.

Kesimpulan: Simpanan pendidikan anak-anak mesti ditukar kepada medium simpanan lain yang lebih stabil.

2) Untuk jangka panjang:
–  Simpan aset yang lebih stabil @ aset fizikal.
–  Bila semak semula, saya baru ada sebuah rumah flet yang disewakan. Ketika ni, anak dah ada dua orang. Takkan nak belah dua rumah tu nanti bila nak pakai duit. Dan nak beli rumah, bukan sikit modalnya walaupun rumah kos rendah.
– Akhirnya saya jumpa juga dengan aset fizikal yang senang dimiliki iaitu emas fizikal.
– Emas fizikal penyimpan nilai yang stabil untuk jangka panjang walaupun harga emas sentiasa turun dan naik dalam jangka pendek.

Realiti tentang emas:

1) Emas fizikal hak mutlak 100% tanpa perlu bayaran cukai-cukai pemilikan.
2) Emas fizikal paling mudah dicairkan.
3) Hanya perlu JUAL atau PAJAK bila nak pakai duit.
4) Aset fizikal yang boleh dibeli serendah 1gram setiap bulan.
5) Aset fizikal yang meningkat dalam jangka panjang.
6) Aset fizikal yang tak boleh berikan pulangan bulanan seperti rumah-rumah sewa.
7) Harga emas turun dan naik dalam jangka pendek.

Emas fizikal memang bukanlah ‘EVERYTHING’,
Emas fizikal pun bukanlah ‘NOTHING’,
Emas fizikal adalah ‘SOMETHING’ yang semua orang perlu usahakan untuk memilikinya sebagai Insurans Kewangan seperti yang disyorkan pakar-pakar kewangan.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *