Eh, sama lah!

Assalamualaikum to all
Dah dekat nak raya ni <puasa lom abis ganti> tapi tahun ni aku paling sempoi sebab sepasang kain pun untuk baju raya aku tak beli lagi…Nak kata bajet tak cukup, memang tiap-tiap bulan ‘sesak de’, bak kata Kassim Baba. Kalau tahun lepas, time2 macam ni, aku dah mula beransur-ansur beli sepasang dua. Patutnya tahun lagi excited sebab turn raya umah mak sendiri <walaupun hari-hari duduk umah mak>. Tapi macam takde feel je nak cari baju raya.
Aku rasa malas nak cari baju baru sebab biasanya baju yang aku suka pakai tu, mesti akan sama dengan orang lain. Sama dengan officemate la, tak pun sama dengan budak office lain yang satu bangunan la atau paling tak leh blah sama dengan boss! Aduyai!!! Sengal betul.
Taste aku tak de la tinggi sangat tapi dah kenapa kena sama dengan boss.
Kalau setakat sama corak tapi kombinasi warna lain-lain, ada la ampun lagi. Ini memang sebijik-sejibun. Memang hangin. Bukan sekali aku kena macam ni..Dah banyak kali. Tapi yang paling terbaru, aku dengan Miss X <ntah sapa minah ni> pakai baju kurung-corak-warna yang betul-betul sama termasuk warna tudung pada hari yang sama!
Pernah satu hari masa tunggu Yan dekat lift lobi untuk keluar lunch sambil mendengar keroncong perut sendiri, tiba-tiba nampak Miss X yang keluar dari lif yang sama dengan dak Yan pakai baju kurung yang betul-betul sama corak & warna. Kawan-kawan Miss X pun perasan baju kami sama. Aduh malu betul. Agaknya muka aku pun blushing masa tu, tapi aku cover & tarik tangan yan cepat-cepat. Yan pun tak leh cover ‘eh, baju korang sama lah’. Lagi stress aku dowh. Elok-elok nak makan kat kantin bawah ofis ni, aku terus ajak yan g secret recipe seberang jalan. Hahahaha..Bajet2 pergi tempat makan yang Xklusif untuk cover baju yang tak Xklusif. Boleh blah!
Serik ok bila jadi macam tu. Terus aku ban baju tu untuk pakai ke ofis. Kejadian paling terbaru ni sangat-sangat terkesan <Emosi terlebih sudah>. Aku tahu la baju tu boleh dapat kat mana-mana arked kat Jalan TAR tu. tapi jangan lah pakai time aku time :p 
So sekarang, aku kena cari kain ela dekat tempat lain selain arked Jalan TAR. 
Huhu..Next target is Wisma Jakel  **blink** **blink** <ada bintang dalam mata aku 🙂  >
 
Ini lah baju corak 1Malaysia yang sama dengan Miss X
S.e.e. Y.o.u

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *