Barang Kemas Aurora Italia

Public Gold merupakan satu-satunya pengedar (sole distributor) barang kemas Aurora Italia dia Malaysia. Jenama ini datangnya daripada Itali (Eropah) yang memang menjadikan emas 18karat sebagai komposisi utama barang kemas berasaskan emas. Idea penghasilan barang kemas Aurora tercetus untuk memberi pilihan yang lebih baik kepada peminat aksesori & barang kemas yang terkini.

Keunikan Aurora

Dalam seminar yang disampaikan Ms Michelle daripada HQ Public Gold, beliau menyatakan yang barang kemas Aurora Italia adalah barang kemas yang premium dan eksklusif.

  1. Setiap koleksi charms Aurora Italia cuma dibuat sebanyak 100 biji dan ada kira-kira 120 pilihan charms yang cantik, comel & anggun.
  2. Hasil kerja setiap charms sangat halus melambangkan hasil kerja yang bermutu dan reka bentuk yang canggih. Emas 18karat lebih kukuh untuk dibentuk pelbagai corak & kerawang yang cantik belaka.
  3. Struktur barang kemas Aurora Italia yang lebih kukuh memberi nilai tambah yang tinggi berbanding barang kemas gred 916 yang lebih lembut dan mudah bengkok. Ianya lebih tahan lasak dan sesuai dipakai harian.
  4. Untuk jangka panjang, barang kemas Aurora Italia akan dikeluarkan dalam bentuk “White Gold”, “Rose Gold” & juga “Aurora Elite” yang bertakhtakan batu pertama premium.
  5. Salah satu variasi produk Aurora Italia Nombor 0 – 9 diberi kemasan enamel color yang pertama seumpamanya dia Malaysia. Buat masa ini, enamel color yang ada berwarna striking pink. Keunikannya ialah warna ini tidak luntur & pudar walaupun terkena air dalam jangka masa yang lama.

 

Tempoh Jaminan

Bagi setiap ‘manufacturing defects’, Aurora Italia memberi jaminan selama 6 bulan jika batu perhiasan yang menghiasi charms tercabut. Penukarannya adalah one on one exchange basis & bukan ‘FREE repair’ basis. Maksudnya, walaupun batu yang tercabut cuma sebiji sahaja tapi pemilik asal boleh dapat sebiji charms yang baru sebagai ganti.

Walaubagaimanapun, jika kecacatan itu disebabkan bengkok atau patah, Public Gold tidak dapat berikan jaminan tukar semula.

 

Emellia Maskor
PG041139 – AURORA SPEAKER PG SUNWAY BRANCH
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam
p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.