Bagaimana saya mula simpan emas?

10 Dinar & 10 Dirham yang boleh dibuka casing

Lepas melahirkan anak kedua tahun 2013, saya mencari kaedah menyimpan duit yang berkesan. Dengan kos sara hidup yang meningkat, pendapatan yang ada masanya cuma cukup-cukup makan dan kadang-kadang kena korek duit tabung. Terfikir juga sampai bila keadaan ni nak berlarutan. Bukit, kalau ditarah hari-hari lama-lama rata jugak. Dalam sibuk google artikel & blog yang berkaitan, saya terjumpa blog sifu emas saya sekarang, www.mohdzulkifli.com. Banyak artikel-artikel dalam blog tu buka minda dan hati saya untuk tahu lebih lanjut tentang simpanan emas.

Walaupun dah mula teruja nak simpan emas disebabkan emas dapat kekalkan nilai duit, kami ada cabaran dari segi peruntukan bulanan. Yelah, belum simpan emas pun bajet bulanan sudah cukup ketat. Tapi bulatkan tekad untuk simpan emas dan saya mula mencari jalan macam mana nak adakan peruntukan tambahan untuk beli emas secepat mungkin. Berhari-hari fikir akhirnya saya nampak jalan penyelesaiannya, at least untuk jangka pendek…

Bila bajet bulanan daripada duit gaji agak terhad, biasanya duit anak-anak yang dikumpul sejak lahir ataupun duit raya mereka akan jadi talian hayat terakhir untuk kami ‘pakai dulu’ sementara nak cukupkan bajet sampai ke gaji yang seterusnya. Lepas dapat gaji, kami pulangkan sikit. Bila tak cukup bajet, kami gunakan semula duit anak-anak. Jadi saya fikir, sebelum duit tu habis licin kami ‘pakai dulu’,  saya alihkan duit mereka kepada dinar emas. Waktu tu harga dinar 916 sekitar RM595 sekeping. Kami top up sikit dengan duit kami (mungkin lebih kepada ‘pulangkan semula’ duit anak-anak), dapat juga dalam 6 keping dinar.

Lepas selesai urusan hingga ke hari collect dinar di PG Sunway, saya masih tak percaya saya sudah beli ‘DINAR EMAS’! Rasa terharu, bangga & paling penting rasa dalam mimpi bila dapat pegang dinar tu dalam genggaman. Aura dinar emas tu berbeza dengan barang kemas yang saya pakai. Tanpa disuruh sesiapa pun, terselit rasa tanggungjawab untuk simpan dinar emas tu sebaik mungkin.

Perasaan memiliki dinar emas yang pertama walaupun ianya hak milik anak-anak susah nak digambarkan. Secara automatik saya rasa dinar itu adalah harta anak-anak saya yang diamanahkan sebelum diserahkan kepada mereka bila sampai masanya nanti. Dari situ juga terjentik rasa malu sebab sebelum ini sangat culas dalam mentadbir harta/duit anak-anak. Terfikir juga, anak-anak yang belum pun baligh dah ada simpanan emas, takkan saya (yang dah bekerja hampir 10tahun pada waktu tu) tak ada emas walaupun segram. Sejak itu, sebaik sahaja dapat gaji, saya pastikan ada peruntukan khas untuk beli emas.

Sejak ada program GAP, lagi mudah nak buat simpanan emas anak-anak sebab akaun emas GAP boleh dibuat atas nama anak-anak. Duit-duit sedekah/duit raya anak-anak semua dah selamat jadi emas. Yang ada dalam akaun Tabung Haji cuma sekadar lepas syarat daftar Haji semata-mata. Esok-esok, kalau sampai giliran Haji & tak cukup duit, anak-anak boleh jualkan aje emas dalam akaun GAP tu.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *