Barang Kemas Sinonim Dengan Raya?

Kredit Tokopedia: Mesin Jahit Antik yang arwah nenek ada

Mak saya ambil upah jahit baju sejak dia abis SRP lagi. Kata mak dia dapat gred C jadi tak layak naik Tingkatan 4. Disebabkan mak anak bongsu, jadi arwah nenek tak lah harap mak kahwin lepas habis sekolah. Jadi pakcik yang sulung cadangkan mak ambil kursus jahitan dekat tukang jahit cina daripada tak buat apa. Lagipun mak tak tahu menoreh getah. Mak cakap dulu memang ‘rare’ anak dara belajar menjahit secara formal walaupun menjahit merupakan salah satu skill asas layak dipinang orang. Lepas ‘grad’ daripada kelas jahitan mak mula ambil upah jahit daripada kawan-kawan rapat dia.


Tambah Koleksi Setiap Kali Raya
Walaupun lepas kahwin dan ikut arwah ayah berhijrah ke KL, mak masih teruskan aktiviti menjahit sebab rasa seronok pegang duit sendiri & bebas nak beli barang-barang kesukaan mak tanpa tunggu gaji arwah ayah. Setiap kali dapat upah mak kumpul sikit-sikit dan beli barang kemas yang kecil. Kata mak itu saja cara nak nampak hasil ‘goyang kaki’ dekat mesin jahit.
Beli barang kemas bila nak raya memang dah jadi tradisi mak sebab itu
cara dia menyimpan duit yang lebih tahan lama. Lagipun makin dekat nak raya, makin banyak tempahan yang mak terima. Jadi makin besarlah emas yang boleh dikumpul. Dulu saya tak faham kenapa mak suka sangat beli barang kemas (ada jugak yang dia trade-in untuk dapatkan rantai/gelang yang lebih padu) walaupun sudah ada beberapa utas rantai & beberapa urat gelang. Kalau pandai bodek, saya pun ada ‘share’. Dapat cincin baru seketul jadilah..hehe..

 

Charms Raya Open Work khas untuk Aidilfitri 1438h

Seingat saya mak tak pernah jual barang-barang kemas dia semasa arwah ayah masih ada. Dia cuma tukar beli untuk dapatkan gelang atau rantai yang lebih berat. Rupa-rupanya mak pernah ada rantai emas paun (emas 18karat @ 750) sejak dulu lagi tapi mak dah jual rantai jenis tu dan pakai yang jenis emas 22karat @916. Ikut trend katanya. Cuma baru-baru ni bila nampak gelang Aurora Italia, mak terus teringat rantai lama yang sama jenis emasnya. Memang betul, emas paun ni lebih kukuh dan tahan lasak. Kalau setakat buat kerja-kerja kat rumah, memang tak ada hal.

Sebelum adanya Aurora Italia, saya bukanlah jenis yang suka sangat pakai barang kemas. Sikit-sikit jadilah. Kalau dapat duit bonus pun, tak ada pulak nak tambah barang kemas. Lebih baik topup saving akaun emas GAP. Cuma sejak ada Aurora Italia ni, setiap kali ada keluar charms baru yang memang premium dan eksklusif, hati memang tak senang.Sudahlah cantik dan comel, Public Gold beri jaminan jika berlaku sebarang defects dalam masa 6 bulan, Public Gold takkan hantar charms yang rosak untuk dibaiki tapi Public Gold akan berikan ganti charms tersebut tanpa bayaran! Wow! Ada dapat kat tempat lain ke? Dan Public Gold juga beri jaminan belian balik semua produk Aurora Italia pada harga tertinggi berbanding harga pasaran.

 

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *