Beli Emas Pada Harga Patut & Kompetetif

Mencari apa-apa juga item pada harga paling murah pun kadang-kadang kurang tepat juga. Sebaiknya, tinjau dulu harga per unit yang sama di beberapa tempat termasuk pakej terbaik yang bakal pembeli dapat kalau membeli produk atau servis itu. Kalau tengok barang-barang di kedai, ada pengeluar yang tawarkan harga lebih tinggi sedikit berbanding pesaing dan boleh dapat sampel percuma untuk produk lain.

Dalam memilih emas pelaburan terbaik, salah satu kriteria utamanya ialah ‘HARGA RENDAH’. Cuma yang jadi masalahnya, harga rendah itu hendak dibandingkan dengan apa. Bagi yang merujuk harga emas di Malaysia Gold Price, mereka dapat lihat harga emas yang dipaparkan adalah lebih rendah sekitar RM10 berbanding harga Public Gold. Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi ilmu dalam kelas PG1System baru-baru ini tentang persoalan yang diterima tentang ada syarikat lain yang menawarkan harga per gram lebih murah. Menurut beliau, harga tersebut adalah harga ‘raw gold’ yang mungkin boleh didapati daripada tokeh-tokeh emas underground sahaja. Ibarat beli barang pada harga borong, mestilah harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga runcit. Jadi, kalau nak beli emas pada harga ‘raw gold’ yang jauh lebih murah, pembeli juga kena bersedia untuk beli emas dalam kuantiti yang besar i.e berkilo-kilo atau bertan-tan. :-).

                                                                Lebih Gram, Lebih Murah

Konsep yang sama juga digunakan oleh Public Gold. Harga 1gram emas melalui Kaedah GAP ialah RM178 (16/5/16) yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli emas pada HARGA PATUT & KUANTITI yang mampu milik. Public Gold juga menawarkan item yang lebih berat seperti jongkong 1000gram (1 KILO) pada harga sekitar RM173 ribu. Ini bermakna penjimatan sebanyak RM5 per gram atau sekitar RM5000. Tapi pasaran untuk jongkong 1000g tidaklah sebesar pasaran 1gram emas. Biasanya tokeh-tokeh besar atau pemilik kedai emas sahaja yang mampu membeli emas 1000gram supaya mereka dapat mengurangkan kos per gram emas.

Kalau menurut guru saya En Mohd Zulkifli, sesiapa yang beli emas Public Gold, mereka akan lebih PEACE OF MIND sebab mereka tak perlu risau urusniaga emas Public Gold sangat telus atas sebab:

1) Public Gold ada 18 cawangan di semua negeri serata Malaysia kecuali Perlis.

2) Di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, Public Gold ada lebih daripada satu cawangan.

3) Item Dinar & Jongkong Emas Public Gold memenuhi piawaian antarabangsa – LBMA cetified.

4) Item Dinar & Jongkong Emas Public Gold mendapat pengecualian GST – Jimat 6%

5) Harga yang kompetetif dan Harga Jual & Harga Belian Balik dipaparkan di website.

6) Spread yang rendah iaitu 8% ke bawah mengikut item dan berat

7) Jaminan Belian Balik oleh Public Gold.

Satu Harga Untuk Semua

Harga kompetetif yang ditawarkan juga adalah harga yang sama untuk Dealer ataupun Pembeli/Pelanggan biasa. Sebagai syarikat yang hanya menjalankan jual beli emas fizikal, Public Gold tidak mengamalkan konsep Harga Ahli dan Yuran Penyertaan. Sesiapa yang beli emas dalam jumlah harga tertentu, secara automatik boleh mendapat dealership Public Gold tanpa sebarang yuran.

Katakan promosi untuk menjadi Dealer ialah perlu buat belian 100gram melalui Kaedah GAP dalam satu resit.

 1) Pembeli baru yang buat belian 100gram melalui Kaedah GAP dalam satu resit secara automatik menjadi Dealer Public Gold

2) Pembeli/Pelanggan biasa yang yang buat belian 100gram melalui Kaedah GAP dalam satu resit secara automatik menjadi Dealer Public Gold.

Untuk belian kedua dan seterusnya sesiapa yang mendapat taraf Dealer, masih lagi beli emas dengan harga yang tertera di website dan dia akan dibayar komisen tertentu mengikut tahap Dealership.
Di Public Gold, tidak ada diskriminasi harga antara Dealer mahupun Pembeli/Pelanggan. Harga jualan dan belian emas adalah sama untuk semua.

Urusniaga Public Gold sama seperti urusniaga emas di kedai-kedai emas biasa tetapi harga emas yang dijual di kedai-kedai emas tertakluk kepada harga yang ditetapkan oleh Persatuan Pekedai Emas Malaysia (FGJAM). Berbanding Public Gold, harga yang dipaparkan di website dikemaskini setiap 20minit mengikut pergerakan harga emas dunia.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *