Beli Emas Pelaburan Secara Pakej

Ada mini project di rumah yang perlukan saya survey jubin di beberapa kedai dan website. Lepas survey online & offline, saya decide nak beli daripada satu kedai di Kota Damansara yang ada banyak rangkaian sekitar Lembah Klang. Banyak jenis pilihan jubin ikut selera & poket kita sendiri. Lagi menarik ada macam-macam corak jubin terkini yang memang buat hati terdetik ‘corak macam ni pun ada?’

Cuma yang saya suka ialah Sales Advisor beri penjelasan kenapa ada jubin yang sama spesifikasi dijual pada ruangan ‘stock clearance’ & ada yang masih dijual ikut harga pasaran. Ada lagi tips-tips yang dia kongsikan dan buat saya rasa impressed sangat. Untuk item-item lain pun dia terangkan poin-poin penting yang saya perlu ambil kira sebelum saya putuskan nak beli yang mana satu ikut bajet yang ada. Saya diberi kebebasan nak pilih mana-mana jubin tanpa ada tekanan untuk pilih jubin yang mahal; yang menguntungkan dia & syarikat.

Harga adalah apa yang kita bayar. Nilai adalah apa yang kita dapat.
Begitu juga bila nak beli emas pelaburan. Bukan cuma SATU atau DUA faktor je yang kena ambil kira tapi pertimbangkan:

1) Harga yang rendah dan selalu dikemaskini mengikut harga emas dunia.
Sudah dah jadi kebiasaan apa juga barang yang nak dibeli mesti MURAH dan BERKUALITI. Harga emas Public Gold bukanlah paling murah dalam dunia tapi antara yang rendah dalam pasaran dan tanpa GST 6%. Sesiapa yang beli emas Public Gold secara automatik jimat 6%. Dari segi kualiti, emas Public Gold mendapat pengiktirafan antarabangsa London Bullion Market Association (LBMA). Ibarat beli barang elektrik, LBMA ini macam sijil SIRIM yang menunjukkan kualiti hebat yang ada pada emas Public Gold.

2) Perkongsian ilmu percuma sama ada sebelum atau selepas belian emas.
Public Gold satu-satunya syarikat yang mengadakan seminar percuma hampir setiap hari. Selain percuma, sesiapa yang datang ada peluang untuk dapat emas percuma dalam cabutan bertuah. Rasanya memang belum pernah ada syarikat yang buat seminar percuma dan beri hadiah percuma lagi kepada sesiapa yang datang nak belajar tentang emas.

3) Pilih & rujuk mana-mana dealer yang kita percaya untuk bimbing
kita sampai jadi penyimpan & pelabur emas yang merdeka.
Satu lagi yang menarik tentang Public Gold, dealer-dealer macam saya bersedia memberi bimbingan percuma kepada sesiapa yang minat nak simpan emas. Penyimpan-penyimpan emas akan diberi tunjuk ajar sampai mereka yakin buat belian sendiri tanpa terlalu bergantung kepada dealer-dealer sahaja. Sistem order emas online 24jam x 7 hari yang Public Gold sediakan amat memudahkan penyimpan emas untuk lock harga pada bila-bila masa siang ataupun malam.

4) Pilih syarikat yang kukuh dan ada banyak cawangan fizikal di seluruh negara.
Public Gold yang beribu pejabat di Pulau Pinang mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, 1 cawangan di Singapura dan 1 cawangan baru di Indonesia. Akan datang, Public Gold akan buka sekurang-kurangnya 20 lagi cawangan di Indonesia. Penyimpan-penyimpan emas cuma perlu datang ke mana-mana cawangan untuk ambil item emas yang telah ditempah terlebih dahulu tanpa perlu risau emas tersebut hilang ‘di tengah jalan’.

5) ‘Post-sales service’ termasuk jaminan belian semula emas tanpa syarat yang rumit.
Satu lagi yang menarik bagi sesiapa yang beli emas Public Gold, syarikat Public Gold tetap beli semula emas mereka walaupun emas tersebut kemek, bengkok, calar ataupun terbuka sealnya tanpa banyak soal. Cuma bila dah terbuka seal, harganya mestilah kurang daripada emas yang masih elok keadaaannya kan. Dealer-dealer Public Gold pun biasanya tak menolak untuk beli semula emas daripada customer sesiapa sahaja, asalkan emas tu masih dalam keadaan baik. Siapa tak suka dapat beli emas pada harga diskaun (harga buyback).

Jadi, pastikan kita sentiasa dapat nilai lebih daripada apa yang kita bayar dan bukannya buat pertimbangan atas faktor-faktor kecil sahaja. Setiap sen yang keluar mestilah berbaloi-baloi untuk jangka panjang.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *