Beli |:| Simpan |:| Jual

Dalam setiap pelaburan, pasti ada asasnya.

Tak kira matlamatnya adalah perlaburan atau simpanan, MANTRANYA cuma:

1) BELI
Beli emas untuk matlamat peribadi seperti elakkan kebocoran wang dan simpanan jangka panjang.
Seseorang penyimpan emas biasanya sudah menetapkan jumlah gram yang ingin dikumpul pada tempoh masa tertentu. Jadi tak kira sama ada harga emas tengah meroket ataupun menjunam, penyimpan emas akan terus BELI sebagai pelindung kekayaan.

2) SIMPAN

Simpan SENDIRI emas fizikal tanpa serahkan nilai emas tersebut kepada mana-mana individu atau kumpulan (syarikat) untuk ‘dilaburkan’ dengan harapan akan dapat keuntungan bulanan. Setiap gram emas fizikal yang dibeli mesti disimpan sendiri oleh pembeli tak kira sama ada disimpan di lokasi peribadi di rumah ataupun menyewa peti keselamatan di bank/syarikat swasta.

3) JUAL

 Jual emas jika perlukan duit atau untuk nikmati keuntungan tunai atas kenaikan harga emas. Emas itu adalah duit (macam yang saya terangkan dalam entri lepas). Jadi, jika ingin merasai keuntungan TUNAI, emas itu dijual semula jika terdapat kenaikan harga emas. Jika tidak, terus menyimpan emas fizikal itu.

Ketiga-tiga prinsip ini perlu dipertahankan untuk rasa selamat dalam pelaburan emas.

Insha Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *