Belian Secara EPP (Easy Payment Purchase)

Belian Secara EPP sebenarnya dah lama wujud sebelum ada Kaedah GAP
lagi. Cuma saya tak pernah buat promosi sebab ditakuti ada cabaran dari
sudut shariah. Cara beliannya seolah-olah ada penangguhan dari segi
bayaran & serahan emas fizikal jika ianya tak diterangkan oleh orang
yang betul-betul faham ilmu muamalat. Alhamdulillah, sekarang EPP dah
dapat pengesahan patuh shariah (Fasa 1).

Proses utama dalam produk ini (seperti yang diterangkan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri) ialah:

1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.2. Pembayaran secara berperingkat: Ketika ini juga akad belum berlaku
dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit
keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli
terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas: Emas hanya
boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini
barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran
berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan)
secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Bagi
sesiapa yang baru PERTAMA KALI nak beli emas Public Gold dan belum ada
PG code, boleh consult dengan mana-mana dealer yang dia selesa nak
berurusan & percaya. Kalau nak consult dengan saya, WA 012 3669
330. 

Untuk belian kali pertama, boleh rujuk Langkah 1 Outright Purchase bagi proses pendaftaran.

Bila-bila nak buat belian EPP seterusnya, rujuk step di bawah ni.
 

1) Lepas log in – Klik Order – Place Order

                        Klik Order dan Place Order

2) Klik Agree

3) Pilih cawangan PG @ POS dan barangan (produk) yang dikehendaki. Klik ‘Next’.

 4) Pilih
Myself‘. Pada bahagian ‘Select Payment Option‘, sila pilih EPP. Kemudian, klik
‘Next’.
5) Klik ‘Submit Order‘ selepas SEMAK butiran dalam SO termasuk Gold Premium & Jadual Pembayaran EPP.

 

Lepas
submit order, sistem Public Gold akan emailkan SO macam belian Outright
Purchase. Buat bayaran kali pertama dalam masa 24jam dan pembayaran
seterusnya boleh dibayar mengikut tarikh dalam SO atau LEBIH AWAL.

Berdasarkan contoh belian di atas, ini butirannya:

Belian 50 gram melalui kaedah EPP
Harga semasa Lock = RM 9242
Gold premium = RM 80
Total = RM9322

Bayaran 4 kali
1- 19/1/2017 RM2392 ( 25% )
2- 19/2/2017 RM2310 ( 25%)
3- 19/3/2017 RM2310 ( 25%)
4- 19/4/2017 RM2310 ( 25%)

Poin Penting:

a) Gold premium yang dikenakan berbeza dari belian Outright Purchase & GAP iaitu mengikut item.

b) Pembelian minimum untuk kaedah EPP ialah RM500 & ke atas.

Peringatan Penting:

1) Emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my dan SIMPAN bukti bayaran original tu.

2)
Buat bayaran melalui online banking sebab kita boleh re-print slip
bayaran tu pada bila-bila masa tanpa risiko slip hilang atau terkoyak.

3)
Bayaran yang dibuat di Cash Deposit Machine berisiko untuk a) HILANG b)
RESIT ASAL KABUR sampai masa nak collect item pada bulan ke-3.

4) Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.

5) Selepas selesai buat bayaran pada bulan ketiga, boleh call cawangan PG untuk buat stock reservation. Semak no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (www.publicgold.com.my), bahagian “Contact Us > Branch Details“.

Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer). InsyaAllah, dia akan bantu.

 

Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *