Benarkah Nilai Emas Takkan Jatuh Kosong?

Awal September 2017 yang lepas, harga emas GAP Public Gold naik ke paras paling tinggi dalam sejarah jadi RM198/g. Nak kata terkejut, tidak juga sebab sebelum ni harga emas pernah duduk di paras RM197/g. Antara faktor kenapa harga emas melonjak tempoh hari ialah ancaman perang oleh Korea Utara kepada Amerika. Baru ancaman….tapi pelabur-pelabur berilmu sudah alihkan aset mereka kepada emas fizikal! Penghujung bulan September, harga emas kembali turun sedikit dan ada pula ‘kerisauan’ lain di kalangan penyimpan-penyimpan emas khasnya orang baru celik emas.

Emas Sentiasa Mahal?

Rakan-rakan yang pernah saya bantu untuk buat simpanan emas ada yang bertanya ‘Harga emas pernah ‘shoot’ paling tinggi, ada tak kemungkinan emas jatuh nilai kepada ‘0’ (kosong), senang citer emas jatuh tak bernilai? Wow! Saya suka soalan tu. Secara logiknya, belum pernah kita dengar orang lama macam tok nenek kita kata ‘menyesal beli emas’. Yang biasa mereka cakap, ruginya tak beli emas banyak-banyak dulu. Jadi kebenarannya ialah emas memang sentiasa bernilai pada setiap zaman. Tahun 2000, ketika harga emas RM35/g orang kata ‘Emas Mahal’. Tahun 2010 bila harga emas naik ke RM130, pun orang kata ‘Emas Mahal’. Apatah lagi sekarang (Tahun 2017) bila harga emas di paras RM19+/g mestilah orang kata mahal!

Kebetulan saya berpeluang tonton rancangan dokumentari ‘Bering Sea Gold’ yang memaparkan kisah suka-duka pelombong-pelombong emas di Laut Bering. Kawasan lombong emas di Laut Bering sudah mula dibuka sejak puluhan tahun dulu dan mula mendapat perhatian sejak 20tahun lepas. Sekarang ni,pelombong-pelombong emas terpaksa melombong ke #laut dalam sebab sudah ada banyak persaingan antara sesama pelombong berbanding 10 tahun lalu. Maksudnya makin sukar hendak dapatkan emas di kawasan-kawasan tepi pantai mahupun daratan.

Kalau ikut cerita orang lama, pelombong-pelombong di #daratan kawasan sekitar pula pernah melombong 1000 auns dalam masa 3minggu sahaja! Maksudnya banyak dan mudah sangat emas ditemui di kawasan pesisir pantai suatu ketika dulu berbanding hari ini. Lagipun kos pengeluaran emas itu sendiri semakin meningkat.

Antara kos-kos yang terlibat:

* Kos Logistik (peralatan melombong, kenderaan pengangkut)
* Gaji/Upah Penggali Emas termasuk penyelam-penyelam yang mencari ‘lubuk’ emas.
* Kos Penyaringan / Pembersihan  Emas sebelum Emas Mentah dihantar kepada kilang emas untuk proses penulenan seterusnya.

Atas sebab ada kos yang tinggi yang perlu dibayar untuk dapatkan seketul emas, maksudnya kalau harga emas jatuh sekalipun, kos-kos inilah yang menghalang emas jatuh nilainya menjadi KOSONG.

Melombong Emas Tak Semudah Mencetak Wang Kertas

Berbanding duit kertas yang kosnya cuma sekeping kertas dan sedikit ‘ink’ untuk mencetak. Saya pernah terbaca yang kos untuk mencetak sekeping duit kertas 100USD cumalah 5sen sahaja berbanding dengan ‘nilai yang dipaksa’kan ke atas wang kertas tersebut. Jadi tak hairanlah kalau duit kertas itu semakin terhakis nilainya setiap tahun sebab ianya cuma berasal daripada sehelai kertas.

Jadi kesimpulannya, turun atau naik harga emas hanyalah persoalan masa. Hakikatnya emas sentiasa bernilai sepanjang zaman.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *