Benteng Pertahanan Diri , Keluarga & Harta Benda

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh
diamalkan seperti berikut;

i.               Al-Muawwizat
ii.              Ayatul Kursi
iii.             Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.             Ayat Berkubu
v.              Ayat Penggerak

1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

CARA
1.      Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.      Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.      Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca
     Surah Al-Fatihah)
4.      Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.      Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan
     keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.      Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0  AYATUL KURSI
BACAAN

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan
niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi
sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf
kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN

CARA
1.      Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2.      Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah
kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca
surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil
berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca
kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang
mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil
mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu
dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad
RasululLah.

CARA
1.      Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian
tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2.      Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat
ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke
kiri.
3.      Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4.      Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah
sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis
nafas
5.      Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas
dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0  AYAT PENGERAK

BACAAN

CARA
1.      Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,
atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan
yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan
yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.      Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat
ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan
lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *