Berapa Banyak Perlu Simpan Emas?

Senang saja nak mulakan simpanan emas bila kita sudah tahu KENAPA perlu simpan emas dan kita ada BAJET yang sudah dikhaskan untuk simpanan emas. Cuma kadang-kadang ada masanya kita terfikir ‘Aku tahu simpan emas ni nak ubati penyakit boros tapi berapa banyak emas yang aku perlu?’

Keperluan simpanan kita berbeza-beza. Ada yang mulakan simpanan emas seawal usia tamat persekolahan, ada yang baru mulakan simpanan emas selepas berkahwin dan ada juga yang baru kenal tentang emas selepas usia pencen.Sebenarnya tak ada jumlah gram tertentu yang sesuai untuk simpanan emas. Berdasarkan pakar kewangan peribadi di Malaysia iaitu Tuan Azizi Ali, beliau cadangkan supaya 10% kekayaan (total networth) kita mesti disimpan dalam bentuk emas. Ini penting supaya jika berlaku sebarang ketaktentuan ekonomi negara & dunia, kita masih ada aset ditangan yang kita boleh ‘rolling’ & mudah dicairkan untuk mulakan hidup baru.

1) Perancangan Simpanan Emas

Public Gold ada sediakan cara simpanan emas yang paling mudah & patuh shariah di Malaysia yang kita panggil Gold Accumulation Program (GAP). Cara beli emas menggunakan Akaun Emas GAP ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru di dunia. Di Jepun, melalui Tanaka Gold company, cara simpanan emas begini sudah dimulakan sejak 1980. Di Malaysia, kaedah simpanan begini baru saja diperkenalkan sejak 2014.

Kaedah ini sesuai paling untuk:

1) Sesiapa yang ada bajet kecil untuk simpan emas

2) Sesiapa yang tinggal jauh daripada ofis Public Gold

3) Sesiapa yang tak nak simpan emas sendiri.

Dengan kemudahan Akaun Emas GAP ini, kita boleh simpan sebanyak mana emas yang kita mampu dan mahu tanpa perlu risau isu-isu logistik.

2) Matlamat Simpanan Emas

Bila isu-isu logistik berkaitan emas dah selesai, kita kena cek semula matlamat kita simpan emas. Kalau tujuan asal simpan emas untuk ‘selamatkan nilai duit’, kita mesti nak simpan sebanyak mungkin duit kita dalam bentuk emas. Duit ringgit yang kita simpan cuma cukup-cukup untuk kegunaan antara 1 – 2 tahun saja. Contohnya, duit yang memang kita khaskan sebagai dana kecemasan. Kalau ikut Tuan Azizi Ali, dana kecemasan yang mesti disimpan cuma 6 bulan gaji saja. Dana itu sepatunya TIDAK termasuk duit untuk servis kereta, cukai jalan ataupun tambang balik kampung! Untuk simpanan jangka sederhana dan panjang seperti umrah dan haji, dana pendidikan anak-anak ataupun deposit hartanah, dana itu lebih baik disimpan dalam bentuk emas supaya tak mudah bocor kepada perkara-perkara yang bersifat keseronokan sementara.

3) Target Simpanan Emas

Emas ialah duit sebenar dan juga salah satu alat kewangan yang kita boleh manfaatkan untuk capai matlamat kita. Sebagai simpanan jangka panjang, kita boleh jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan yang kalis inflasi dan kalis bocor. Ada sorang kawan saya yang hampir setiap tahun dia minta doakan dapat pergi umrah. Baru-baru ini saya tanya dia berapa simpanan yang belum cukup untuk ke umrah. Agak payah dia nak jawab sebab saya percaya dia belum gunakan cara menabung yang kalis bocor… :-).

Sebenarnya, kalau halangan utama nak ke umrah ialah duit, kita boleh jadikan emas sebagai dana umrah. Kalau ikut pemerhatian guru-guru emas, mereka dapati 10 Dinar cukup untuk membiayai tambang ke umrah. Dan jika harga emas tinggi, kita masih boleh dapat lebihan duit sebagai duit jajan nanti.

10 Dinar = 42.50gram.

Jika simpan 1gram setiap bulan, dia perlukan 43 bulan atau 3 tahun 7 bulan untuk penuhkan dana umrah.

Jika simpan 2gram setiap bulan, jangka waktu yang lebih pendek diperlukan iaitu tak sampai 2 tahun, Insha Allah dana umrah sudah penuh.

Begitu juga kalau kita sudah kenalpasti matlamat lain kenapa kita simpan emas.

4) Kenalpasti Matlamat & Anggaran Emas Yang Perlu Disimpan

Ini antara beberapa matlamat biasa bagi penyimpan emas yang saya temui.

a) Dana Pendidikan Anak-anak perlukan sekitar 200gram emas bagi setiap anak. Nilai sekarang sekitar RM35,000 bagi kos pengajian universiti awam tempatan

b) Kos Hidup Selepas Belajar perlukan sekitar 40 – 50 gram emas untuk menampung hidup sebelum dapat pekerjaan yang stabil

c) Umrah perlukan sekitar 10 Dinar atau 40 – 50 gram emas

d) Haji perlukan sekitar 60 gram emas untuk menunaikan Haji kali pertama bersama Tabung Haji.

e) Perkahwinan – Mas Kahwin/Hantaran. Ramai pengantin yang jadikan 1 dinar sebagai Mas Kahwin.

– Kenduri Kahwin. Ini bergantung kepada kemampuan keluarga masing-masing. Bagi keluarga yang sederhana, mungkin perlukan sekitar 100gram emas.

f) Dana Persaraan juga bergantung kepada kos sara hidup ketika waktu bekerja.

Pesan mentor saya, duit bukanlah segala-galanya tapi segala yang penting dalam hidup ini memerlukan duit. Wang # duit cumalah alat untuk kita sempurnakan tanggungjawab kita di dunia. Untuk pastikan duit tersebut bertahan nilainya daripada gangguan emosi (berbelanja), ketidakstabilan ekonomi & politik, lebih baik duit tersebut ditukar dalam bentuk emas fizikal.

Jadi, sesiapa yang nak mula beli dan simpan emas dan perlukan bimbingan, jangan tangguh untuk hubungi saya. Saya akan berikan cadangan item emas terbaik mengikut bajet dan matlamat simpanan rakan-rakan. Insha Allah.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *