Berpada-pada reward diri..

Sebagai manusia apatah lagi wanita lumrahnya kita sukakan kecantikan, barangan berjenama, dikagumi rakan, disukai jiran dan bergaya trendy. Penat bekerja atau berbisnes, kita rasa kita layak untuk berbelanja mewah atas tiket ‘reward diri’. Kalau reward dengan sesuatu yang bakal buat kita ada harta di kemudian hari, itu ok je. Tapi kalau reward diri dengan sesuatu yang MAHAL dan TRENDY sahaja, sampai masa yang trendy itu akan out dated, lusuh dan tak dapat nak bantu kita kemudian hari nanti. Mungkin yang mahal dan trendy itu boleh dijual sebagai pre-loved item cuma belum tentu kita dapat harga yang lebih tinggi.

Orang perempuan & handbag berpisah tiada. Dulu saya pun begitu juga. Hampir setiap kali raya saya mesti beli handbag dan kasut yang sama warna. Kalau tak ada 2 benda ni, rasa macam tak best nak sambut raya. Ada masanya dapat bonus hujung tahun pun saya beli handbag yang murah-murah. Kononnya jemu dengan handbag yang ada. Handbag paling mahal saya pernah beli ialah jenama ‘teka’ tahun 2013; sebelum kenal emas lagi. (kalau pandai, tekalah ???). Handbag tu siap dengan purse sekali, jadi harga dia hampir RM400. Fuh! Memang masa itu tak adalah rasa sayang duit sebab saya cuma fikir, dengan beli handbag itulah cara untuk reward diri setelah setahun bekerja.

Sekarang ni saya masih pakai juga handbag/sling bag, cuma tak kisah nak beli yang mahal dan ada jenama, tapi pakai sesekali aje. Saya pula jenis yang malas nak pindahkan barang-barang dari satu handbag ke satu handbag. Jadi saya cuma beli beg yang agak presentable untuk di bawa kemana-mana saja sama ada ke pejabat atau ke kenduri kahwin. Sejak kenal emas, memang terasa sayang nak buang duit gitu-gitu. Impulse buying dapat saya kawal dan simpanan emas jadi ubat penyakit boros. Lebih baik selamatkan duit pada emas.

Belanja RM100, Lebur 0.5gram Emas

Beli emas bukanlah bermakna kita belanja hangus. Kita sebenarnya menabung duit sebenar. Kata pakar kewangan, Tuan Shamsudin Kadir, “setiap perbelanjaan RM100 akan meleburkan emas sebanyak 0.5gram.” Jadi bila kita berjaya tukarkan RM100 kepada simpanan emas, secara tak langsung kita dah selamat 0.5gram emas kepada dibazirkan begitu sahaja. Salah satu faktor menjana untung dalam simpanan emas ialah berapa gram yang kita kumpul dan simpan. Ok, kita ambil contoh si A beli dan simpan 1gram emas pada harga RM185 tahun lepas dan tak ada buat simpanan tambahan walaupun ketika harga jatuh macam sekarang (RM175 +/ -). Berbanding si B yang konsisten simpan emas walaupun cuma tambah 1gram 1 bulan, si B akan ada sekurang-kurangnya 12gram terkumpul sekarang. Bila harga emas naik semula ke RM190/g atau lebih, A cuma dapat untung RM5 sahaja atas 1gram yang tersimpan. Berbanding si B boleh dapat untung yang banyak (RM5 x 12gram), hasil dari kenaikan harga dan juga jumlah emas yang terkumpul.

Reward Diri Dengan Emas

Sejak kenal emas, rasanya tak ada benda lain yang saya beli atau saya beli untuk anak-anak dan suami sebagai hadiah. Kalau untuk anak-anak perempuan, sesekali belikan mereka charms Aurora Italia yang mereka suka. Setiap kali mereka minta mainan yang saya tahu ‘pengakhiran’ mainan tu akan jadi apa, saya pujuk mereka dengan beritahu yang saya tengah kumpul duit nak beli Aurora. Si kakak dapat charms warna pink sebab dapat No 1 merangkap hadiah harijadi. Si adik pun dapat charms warna biru untuk hadiah hari jadi dan baki duit raya.

Mudah-mudahan reward kecil ini dapat bantu mereka di kemudian hari.

 

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *