Bina kubu pertahanan dengan simpanan emas fizikal

Manusia purba pakai cawat

Buru haiwan jadikan makanan

Sana sini kompang pasal gawat

Sudahkah dibina kubu pertahanan? 


                                                                    

“Nah, ambil RM2 ni buat belanja sekolah”

Sejak kecil, kita dah terbiasa dengar ungkapan sebegitu sekurang-kurangnya 5 kali seminggu. Jadi secara tak langsung, kita akan berfikir ‘bila dapat duit, nak beli apa?’
Rasa-rasanya jarang sekali ibu bapa yang pesan ‘simpan duit ni, lebihnya baru belanja’. 

Kalau pergi berziarah atau berhari raya pun, orang tua-tua titipkan duit pada kita sambil cakap  ‘Nah, ambil duit buat beli aiskrim’. Betul tak? Jadi tabiat menyimpan duit memang jarang sekali kita terapkan sejak usia muda lagi. Minda kita tidak diprogramkan untuk “Simpan dulu baru belanja”. Tak hairanlah bila anak-anak tadi tu meningkat remaja dan seterusnya mula memasuki alam pekerjaan, mereka tidak terbiasa untuk menyimpan duit gaji mereka terlebih dahulu sebelum berbelanja atau membayar bil-bil bulanan.

Kalau ikut pakar kewangan, 10%
gaji/pendapatan mesti disimpan dan dilupakan! 

Jika gaji RM2000, mesti simpan RM200. Lepas setahun, kita ada RM2400.
Jika gaji RM4000, mesti simpan RM400. Lepas setahun, kita ada RM4800.

Sampai satu tempoh tertentu umpamanya setahun, jumlah disimpan itu bolehlah ditukar kepada aset seperti membeli kediaman/hartanah. Duit simpanan itulah yang dijadikan bayaran muka 10% untuk memiliki rumah kediaman. Lagi best, beli hartanah yang kemudiannya disewakan, dapat lebihan sewa, TAMBAHKAN simpanan.

Tabiat menyimpan ini diibaratkan seperti membina kubu pertahanan ketika waktu peperangan. Membina kubu pertahanan kewangan pula memang susah pada awalnya jika kita dah
terbiasa dengan mind set ‘kalau ada lebih duit, baru simpan’. Jadi lebih elok
kita asingkan siap-siap duit untuk disimpan. Bila dah mula menyimpan duit untuk jangka waktu tertentu, jika belum mampu membeli hartanah, sekurang-kurangnya kita tukarkan kepada aset fizikal yang
lebih bertahan lama seperti emas fizikal.

Emas adalah aset fizikal yang boleh dibeli dengan modal kecil berbanding saham dan hartanah. Kita boleh beli emas serendah 1gram berbanding beli saham 1 unit atau hartanah 1 kaki persegi, betul tak?

Emas 1 gram keluaran Public Gold – LBMA Certified

Simpan aset fizikal adalah cara kita membina kubu pertahanan supaya duit
tak bocor kepada perkara yang membuatkan kita lebih miskin atau istilah sopannya, LAMBAT KAYA. 

Fitrah manusia memang menyukai emas dan bila kita dah mula simpan emas fizikal, kita ada motivasi untuk tambahkan simpanan emas kita. 

Emas fizikal ini memang ada aura tersendiri. Bila kita dah pegang sekali, mesti kita jadi ‘angau’ dan ingin memilikinya dengan lebih banyak lagi. Berbeza dengan duit kertas, lagi banyak dalam wallet, lagi laju kita rasa nak belanjakan. Betul tak?

Di Public Gold, kita boleh beli emas fizikal berkualiti antarabangsa dengan bermula serendah 1gram melalui Kaedah GAP.

Jadi tiada alasan lagi untuk tidak boleh menyimpan. Jika payah nak simpan duit, ubahlah kepada simpanan emas fizikal. Jom saya bantu.

 Emellia Maskor
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *